16/08/2026
BERHENTI SEBELUM KONGSI โ SEMAK, FIKIR, JANGAN SEBAR
Setiap perkongsian di media sosial membawa kesan. Sebelum mempercayai atau menyebarkan sesuatu kandungan, pastikan sumbernya sahih, maklumatnya benar dan tidak mengandungi unsur kebencian, provokasi atau fahaman yang boleh menggugat keharmonian masyarakat. Sikap berhati-hati dalam ruang digital merupakan sebahagian daripada tanggungjawab bersama menjaga keselamatan negara.
โMyPCVE menjadi panduan penting kepada seluruh pemegang taruh dalam menangani ancaman fahaman pelampau keganasan di Malaysia.โ
โ YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri
Pelan Tindakan Malaysia bagi Mencegah dan Menangani Fahaman Pelampau Keganasan (MyPCVE) 2024โ2028 menggariskan pendekatan menyeluruh melibatkan kerajaan, sektor swasta, media, institusi pendidikan dan masyarakat dalam mencegah serta menangani ancaman fahaman pelampau keganasan. Pelan ini berteraskan pencegahan, penguatkuasaan, pemulihan dan pengukuhan.
Sebelum menekan butang โkongsiโ, tanyakan kepada diri:
Siapa sumbernya?
Adakah maklumat ini benar?
Adakah ia membangkitkan kebencian?
Apakah kesannya jika saya sebarkan?
Dalam dunia digital yang pantas, satu perkongsian tanpa semakan boleh mencetuskan salah faham, kebencian dan perpecahan. Jadilah pengguna media sosial yang bertanggungjawab serta bersama-sama membina ruang digital yang lebih selamat, harmoni dan berintegriti.
SEMAK. FIKIR. JANGAN SEBAR.
โ๏ธ Talian Utama: 999
โ๏ธ Majlis Keselamatan Negara (MKN): 03-8888 2010
โ๏ธ Malaysia Government Call Centre (MyGCC): 03-8000 8000
Sumber: Pelan Tindakan Malaysia bagi Mencegah dan Menangani Fahaman Pelampau Keganasan 2024โ2028 (MyPCVE), Kementerian Dalam Negeri.