Nancy Goliong

Nancy Goliong Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Nancy Goliong, Government Official, Lot 22, Blok B, Adika Commercial Complex, Keningau.

22/05/2026
22/05/2026
22/05/2026

𝐔𝐣𝐢𝐚𝐧 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐮𝐛𝐚𝐡 𝐒𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚𝐧𝐲𝐚

Ketika kebanyakan kita masih dibuai mimpi, Muhammad Nabil Kusani sudah memulakan tugasnya seperti biasa. Dalam dingin pagi di Lebuhraya Pantai Baru, beliau menjalankan kerja menebang pokok iaitu satu rutin yang sudah sebati dengan dirinya. Namun pagi itu, takdir mengubah segalanya dalam sekelip mata. Ketika berada di atas skylift pada ketinggian kira-kira 10 meter, kejadian tidak dijangka berlaku. Muhammad Nabil terjatuh dan pada masa sama, sebatang dahan besar menghempap tubuhnya. Kejadian itu menyebabkan beliau tidak sedarkan diri di lokasi kejadian.

Akibat insiden tersebut, beliau mengalami kecederaan parah kerana hentakan kuat di kepala, patah rahang serta patah tangan kiri. Beliau segera dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum meneruskan rawatan susulan di Hospital Universiti Tunku Abdul Rahman. Sejak itu, perjalanan hidupnya berubah sepenuhnya. Daripada seorang yang aktif bekerja, kini beliau terpaksa bergantung kepada rawatan berterusan dan tempoh cuti sakit yang panjang sehingga Ogos ini. Setiap hari menjadi fasa pemulihan yang bukan sahaja mencabar fizikal tetapi juga emosi, lebih-lebih lagi apabila beliau merupakan seorang suami dan ayah kepada dua anak kecil. Kini isterinya yang merupakan seorang suri rumah setia menjaga beliau sehingga sembuh.

Terima kasih kepada Pengarah PERKESO Selangor; Encik Muhammad Rashid Othman; Pengurus PERKESO Klang, Puan Thavamani A/P Ramalingam serta Skuad PERKESO Prihatin Klang yang segera menyantuni beliau. Dalam tempoh ini, Muhammad Nabil menerima gantian pendapatan melalui bayaran Faedah Hilang Upaya Sementara sepanjang tempoh cuti sakit. Sedikit sebanyak menjadi kelegaan buat keluarga kecil ini untuk meneruskan kehidupan walaupun diuji. Bantuan keperluan asas seperti pampers juga disalurkan dan beliau juga akan dibekalkan alatan pemulihan termasuk kerusi roda jenis reclining dan ripple mattress bagi menyokong proses pemulihan yang sedang dilalui.

Saya doakan semoga Muhammad Nabil terus diberi kekuatan dan kesembuhan untuk kembali sihat seperti sedia kala.

22/05/2026

𝐁𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐒𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐏𝐮𝐥𝐢𝐡, 𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐌𝐞𝐧𝐣𝐞𝐦𝐩𝐮𝐭 𝐏𝐞𝐫𝐠𝐢

Dalam diam, ujian datang tanpa diduga dan tidak semua sempat kita persiapkan. Wan Rusdi Wan Ngah, seorang pekerja di Bank Simpanan Nasional (BSN) menjalani kehidupan seperti biasa iaitu mencari rezeki dan menjadi tempat bergantung buat keluarga tercinta. Namun pada 11 Mac yang lalu ketika sedang bertugas di premis majikan, beliau tiba-tiba rebah tanpa sebarang reaksi balas.

Melihat keadaan itu, rakan sekerja bertindak pantas membawa beliau ke Hospital Kuala Lumpur dan hasil pemeriksaan mendapati beliau menghidapi tekanan darah dan paras gula yang tinggi disertai pendarahan serta saraf di bahagian kiri kepala yang tersumbat. Beliau disahkan mengalami strok yang menjejaskan bahagian kanan tubuhnya sebelum dibenarkan pulang pada 18 Mac yang lalu untuk meneruskan rawatan.

Terima kasih saya ucapkan kepada Skuad PERKESO Prihatin Kuala Lumpur yang pantas hadir menziarahi beliau di kediaman bagi membantu proses tuntutan Faedah Pencen Ilat. Harapan masih ada ketika itu agar beliau diberi ruang untuk pulih dan kembali bersama keluarga seperti biasa.

Namun takdir mendahului segalanya. Pada 23 April 2026, Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir akibat kegagalan buah pinggang dan meninggalkan seorang isteri yang bertugas sebagai Pembantu Perawat Kesihatan di Hospital Kuala Lumpur serta lima anak yang masih di bawah usia 21 tahun.

Di sebalik duka yang menyelubungi, hasil semakan mendapati waris Allahyarham layak menerima Faedah Pengurusan Jenazah serta Faedah Pencen Penakat di bawah Skim Keilatan PERKESO. InsyaAllah, pencen ini akan menjadi sokongan berterusan buat balu seumur hidup dan anak-anak Allahyarham. Mungkin bantuan ini tidak mampu menggantikan kasih sayang yang telah pergi tetapi sekurang-kurangnya menjadi penyambung harapan untuk keluarga yang ditinggalkan.

22/05/2026

𝐓𝐫𝐚𝐠𝐞𝐝𝐢 𝐃𝐢 𝐆𝐮𝐧𝐮𝐧𝐠 𝐈𝐧𝐚𝐬, 𝐒𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐲𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐡𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐛𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐓𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧

Dalam hidup ini, ada ujian yang hadir tanpa sempat kita bersedia. Bagi Azinuddin Azemi, 39 tahun, satu perjalanan biasa demi mencari rezeki akhirnya mengubah seluruh kehidupannya dalam sekelip mata. Sebagai pemandu lori, perjalanan jauh sudah menjadi rutin hariannya. Namun pada tengah hari kejadian ketika dalam perjalanan dari Klang, Selangor menuju ke Kuala Nerang, Kedah di Jalan Hulu Perak, Baling laluan Gunung Inas, takdir merubah segalanya.

Sebuah kenderaan dari arah bertentangan tiba-tiba memasuki laluan sehingga menyebabkan lori yang dipandunya hilang kawalan. Dalam detik cemas itu, tangan kiri beliau tersepit dan akhirnya tidak dapat diselamatkan. Bayangkan, dalam satu hari seorang lelaki kehilangan sebahagian daripada dirinya. Bukan sekadar kehilangan anggota badan, tetapi hilangnya kudrat yang selama ini digunakan untuk bekerja, memeluk anak-anak dan menyara keluarga tercinta.

Lebih berat, Azinuddin bukan hidup untuk dirinya sahaja. Di rumah, ada seorang isteri dan lima orang anak kecil yang bergantung harap kepadanya. Sebagai seorang ayah, luka paling dalam bukan pada tubuhnya tetapi pada fikirannya yang memikirkan cara untuk terus menjadi kuat buat keluarga.

Namun di sebalik ujian yang amat berat ini, masih ada sinar harapan yang memimpin langkahnya untuk bangkit semula. Melalui perlindungan PERKESO, beliau menerima Faedah Hilang Upaya Sementara sepanjang tempoh cuti sakit serta Faedah Hilang Upaya Kekal akibat kecacatan kekal yang dialami.

Terima Kasih saya ucapkan kepada Skuad PERKESO Prihatin Negeri Perlis yang diketuai oleh Pengarah PERKESO Negeri Perlis, Encik Ahmad Firdaus Hashim dan Penghulu Bahagian Pentadbiran Daerah Negeri Perlis, Encik Reswan Ramli yang pantas menyantuni Azinuddin sekeluarga. Kehadiran mereka bersama Kotak Prihatin bukan sekadar membawa bantuan tetapi juga menyampaikan satu mesej penting bahawa beliau tidak menghadapi semua ini sendirian.

Address

Lot 22, Blok B, Adika Commercial Complex
Keningau
89008

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 11:30
14:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nancy Goliong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share