GRS SOOK

GRS SOOK Saluran Informasi Daerah SOOK • Gabungan Rakyat Sabah - N.45 SOOK

Syukur dapat bersama-sama warga Gereja Para Kudus, Kebulu meraikan Hari Penaung Gereja hari ini.Terima kasih atas sambut...
05/11/2025

Syukur dapat bersama-sama warga Gereja Para Kudus, Kebulu meraikan Hari Penaung Gereja hari ini.

Terima kasih atas sambutan mesra dan keakraban yang ditunjukkan. Semoga semangat perpaduan dan kasih sesama kita terus subur demi kebaikan bersama.

Sempat meninjau rumah milik saudara Mahaing B. Umborong di Kampung Sakikilo yang musnah dalam kebakaran baru-baru ini. S...
05/11/2025

Sempat meninjau rumah milik saudara Mahaing B. Umborong di Kampung Sakikilo yang musnah dalam kebakaran baru-baru ini. Saya amat bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga ini.

Pihak kami akan berusaha menyalurkan bantuan yang sewajarnya agar mereka dapat kembali membina kehidupan seperti biasa.
Inilah masa untuk kita semua menunjukkan semangat kebersamaan dan keprihatinan terhadap sesama rakyat.

Merasmikan Majlis Penutupan Pathfinder Camporee Wilayah 7 Sesi 2025 di Dewan Datuk Ellron Kampung Biah Tengah. Kelab Pat...
05/11/2025

Merasmikan Majlis Penutupan Pathfinder Camporee Wilayah 7 Sesi 2025 di Dewan Datuk Ellron Kampung Biah Tengah.

Kelab Pathfinder yang bernaung di bawah Gereja Seventh-day Adventist telah lama memainkan peranan penting dalam membina iman, sahsiah dan kepimpinan generasi muda. Melalui aktiviti seperti berkhemah, khidmat masyarakat dan pembelajaran alam semula jadi, anak-anak muda dilatih menjadi insan yang berdisiplin, beriman serta menghargai ciptaan Tuhan.

Kerajaan Negeri Sabah sentiasa memberi perhatian besar terhadap pembangunan belia kerana belia hari ini ialah pemimpin hari esok. Semoga Pathfinder Camporee menjadi titik kebangkitan iman, minda dan karakter untuk terus menyumbang kepada kemajuan negeri dan negara.

05/11/2025

29 Oktober 2025 - Turun Padang ke Mukim Dalit

Majlis Santai Bersama Pemimpin Gabungan 3 Kampun (Kampung Mempulut, Kampung Ulu Mempulut & Kampung Korobot)Majlis santai...
05/11/2025

Majlis Santai Bersama Pemimpin Gabungan 3 Kampun (Kampung Mempulut, Kampung Ulu Mempulut & Kampung Korobot)

Majlis santai ini menjadi ruang penuh mesra antara pemimpin dan rakyat, di mana suara dan harapan masyarakat didengar secara dekat. Bersama kita terus berganding bahu membangunkan kampung dan negeri tercinta.

Teruslah menyokong GRS demi kestabilan dan kesejahteraan Sabah.

Sempat meninjau pembinaan Dewan Terbuka Kampung Mempulut.Inilah antara usaha kita untuk memastikan rakyat di kawasan lua...
05/11/2025

Sempat meninjau pembinaan Dewan Terbuka Kampung Mempulut.

Inilah antara usaha kita untuk memastikan rakyat di kawasan luar bandar turut menikmati kemudahan yang selesa dan berkualiti. Dewan ini nanti akan menjadi tempat masyarakat berkumpul, bermesyuarat, bersukan dan beriadah bersama.

Marilah kita terus menyokong kerajaan GRS agar pembangunan seperti ini dapat diteruskan demi kesejahteraan rakyat.

05/11/2025

29 Oktober 2025 - Majlis Naik Taraf Dewan SLDB Dalit Gana

Program Santai Bersama Pemimpin di Kampung Karamatoi.Terima kasih kepada semua penduduk yang hadir dengan semangat kekel...
05/11/2025

Program Santai Bersama Pemimpin di Kampung Karamatoi.

Terima kasih kepada semua penduduk yang hadir dengan semangat kekeluargaan dan perpaduan yang tinggi.

Program seperti ini bukan sekadar mempererat hubungan pemimpin dan rakyat, tetapi juga lambang keutuhan sokongan kita kepada Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

GRS terus komited membela nasib rakyat luar bandar membangunkan infrastruktur, memperkukuh ekonomi, dan memastikan setiap lapisan masyarakat menikmati hasil pembangunan negeri.

Marilah kita kekalkan kestabilan politik, terus bersatu hati menyokong GRS demi masa depan yang lebih baik untuk Sook dan seluruh Sabah.

Ribuan penyokong membanjiri Sabah International Convention Centre (SICC) sempena Program Pelancaran Jentera Pilihan Raya...
21/10/2025

Ribuan penyokong membanjiri Sabah International Convention Centre (SICC) sempena Program Pelancaran Jentera Pilihan Raya GRS.

Kehadiran yang luar biasa ini membuktikan bahawa sokongan rakyat terhadap GRS kekal utuh dan semakin kuat.

GRS terus menjadi pilihan kerana kepimpinan yang stabil, berwawasan, dan sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat Sabah.

Syukur dan terima kasih atas jemputan ke Hari Keluarga Katekis Zon Rancangan Belia Tiulon di Gereja Hati Kudus Mototou.S...
21/10/2025

Syukur dan terima kasih atas jemputan ke Hari Keluarga Katekis Zon Rancangan Belia Tiulon di Gereja Hati Kudus Mototou.

Sungguh menggembirakan dapat bersama komuniti yang penuh semangat dan kasih. Semoga ikatan kekeluargaan ini terus erat dan diberkati.

Terima kasih atas jemputan ke Hari Keluarga Makit yang diadakan di rumah Encik Mesius, Kampung Mesorui.Suasana penuh mes...
21/10/2025

Terima kasih atas jemputan ke Hari Keluarga Makit yang diadakan di rumah Encik Mesius, Kampung Mesorui.
Suasana penuh mesra dan kekeluargaan!

Address

Pekan Sook
Keningau
89000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when GRS SOOK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share