Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Utara

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Utara Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Utara, Government Organization, Kepala Batas.

Bertanggungjawab dalam hal-hal yang berkaitan Belia, Sukan dan Rakan Muda mengikut Visi dan Misi KBS


PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH SEBERANG PERAI UTARA
Aras 4, Wisma Persekutuan Seberang Perai Utara
Jalan Bertam 2, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang

Pendaftaran Larian Ria MADANI Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 Kini Dibuka! πŸ“£ πŸ”₯Ayuh Malaysia - bersama kita semarakkan sa...
16/08/2026

Pendaftaran Larian Ria MADANI Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 Kini Dibuka! πŸ“£ πŸ”₯

Ayuh Malaysia - bersama kita semarakkan sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan Tahun 2026. ⚑️

Jom sertai Larian Ria MADANI yang dikuasakan oleh Safi Shayla seperti berikut: πŸ‘‡πŸ»

πŸ—“οΈ : 10 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ : 7.00 Pagi
πŸ“ : Pekarangan TM Stadium Nasional, Bukit Jalil
πŸ”— : https://www.myfitx.my/events/EventlinkWJS183

Daftar segera menerusi kod QR atau pautan yang disediakan. Bersama kita realisasikan sasaran seramai 5.3 juta orang penyertaan di seluruh negara! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Malaysia Aktif, JBSN Komited πŸ’ͺ

Program MADANI Kita Kini di Tanjong, Pulau Pinang! πŸ”₯⚑️Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan pelbagai perkhidmatan ke...
15/08/2026

Program MADANI Kita Kini di Tanjong, Pulau Pinang! πŸ”₯⚑️

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan pelbagai perkhidmatan kerajaan terutamanya melibatkan pembangunan belia dan sukan di Program MADANI Kita 2026. 🏁

Pakat mai semua bawa keluarga dan sahabat handai seperti berikut: πŸ‘‡

πŸ—“οΈ : 23 Ogos 2026 (Ahad)
⏰ : 7.00 pagi - 6.00 petang
πŸ“ : SJK(C) Li Tek, George Town

Membawakan tema β€œAktif Bersama Komuniti”, nantikan senarai penuh pengisian dan aktiviti yang akan dikongsikan sedikit masa lagi! πŸ“

Penang memang sempoi, JBSN komited πŸ’ͺ🏻

PERASMIAN PEMBUKAAN KEJOHANAN PENANG WOODBALL FAIRWAY CHALLENGE 2026KEPALA BATAS, 14 Ogos 2026 - Pegawai Belia dan Sukan...
14/08/2026

PERASMIAN PEMBUKAAN KEJOHANAN PENANG WOODBALL FAIRWAY CHALLENGE 2026

KEPALA BATAS, 14 Ogos 2026 - Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Utara telah mewakili Yang Berhormat Daniel Gooi Zi Sen (Exco Belia dan Sukan & Kesihatan) hadir merasmikan Majlis Pembukaan Kejohanan Penang Woodball Fairway Challenge 2026 anjuran Persatuan Woodball Pulau Pinang.

Kejohanan yang berlansung mulai 13 hingga 16 Ogos ini mendapat suntikan daripada Dana Sukan Komuniti daripada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan disertai dari para peserta seluruh Malaysia.

Hadir ke majlis tersebut Tuan Haji Nor Azam (Timbalan Presiden Woodball Pulau Pinang) YBhg Dato Haji Ahmad bin Darus (Pengerusi Persatuan Woodball Seberang Perai Utara) Encik Mohd Azan bin Yaakob, Timbalan Presiden Persatuan Woodball Malaysia dan YBhg. Dato Suhaimi Yunos (Presiden Persatuan Woodball Negeri Pahang)

PBSD SPU komited menyokong program pembangunan sukan di peringkat daerah SPU.




MPBN PERINGKAT DAERAH SPU : MEMARTABATKAN SUARA BELIAKEPALA BATAS, 13 Ogos 2026 - Persidangan Majlis Perundingan Belia N...
14/08/2026

MPBN PERINGKAT DAERAH SPU : MEMARTABATKAN SUARA BELIA

KEPALA BATAS, 13 Ogos 2026 - Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Daerah Seberang Perai Utara tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Bilik Mesyuarat Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Seberang Perai Utara.

Persidangan ini menjadi medan strategik dalam mengetengahkan suara, pandangan dan aspirasi golongan belia melalui perbincangan secara langsung bersama agensi kerajaan di peringkat daerah.

Persidangan dipengerusikan oleh YBrs. Encik Mohd Hafiz Aswad bin Nadzri, Pegawai Daerah Seberang Perai Utara merangkap Pengerusi MPBN. Terlebih dahulu persidangan dimulakan dengan perkongsian sembang saku daripada Pejabat Kesihatan Daerah bertajuk "Cabaran dan Kesedaran Kesihatan Mental kepada Golongan Belia" dan daripada Digital Penang dengan tajuk "Memacu Pertumbuhan Ekonomi Digital Pulau Pinang".

Seusai persidangan terus dimulakan dengan dua (2) usul telah dibentangkan dan dibahaskan oleh perwakilan pertubuhan belia bersama agensi berkaitan, mencakupi isu pembangunan belia, kesihatan mental, pendidikan dan sosial. Kedua usul ini juga telah dipersetujui untuk diangkat ke peringkat Negeri untuk dipertimbangkan dan diangkat keperingkat seterusnya.

Turut hadir Encik Mohd Khairan bin Hj Azhar, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Utara, Saudara Muhammad Syatir bin Zulkifflie, Yang Dipertua Majlis Belia Daerah Seberang Perai Utara, ketua-ketua dan wakil agensi kerajaan serta barisan pemimpin pertubuhan belia Daerah Seberang Perai Utara.

PROGRAM RAKAN PRIHATIN : MOBILISASI SUKARELAWAN RAKAN MUDA PERINGKAT DAERAH SEBERANG PERAI UTARA SIRI 2 TAHUN 2026KEPALA...
14/08/2026

PROGRAM RAKAN PRIHATIN : MOBILISASI SUKARELAWAN RAKAN MUDA PERINGKAT DAERAH SEBERANG PERAI UTARA SIRI 2 TAHUN 2026

KEPALA BATAS, 12 Ogos 2026 - Program Mobilisasi Sukarelawan Rakan Muda Siri 2 Daerah Seberang Perai Utara 2026 telah dilaksanakan dengan jayanya melalui penglibatan belia setempat serta pelajar Kolej Komuniti Kepala Batas.
Program diisi dengan aktiviti gotong-royong pembersihan kawasan sekitar kolej dan baik pulih gelanggang petanque bagi kegunaan pelajar kolej dan komuniti setempat.

Program dilaksanakan dengan kerjasama erat oleh PBSD SPU, MBD SPU dan Kolej Komuniti Tasek Gelugor

PROGRAM JAGUH RAKAN MUDA MUSIM KEDUA ( 2026)Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) melalui Bahagian Pembangunan Rakan Mud...
14/08/2026

PROGRAM JAGUH RAKAN MUDA MUSIM KEDUA ( 2026)

Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) melalui Bahagian Pembangunan Rakan Muda (BPRM) dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal menganjurkan Program Jaguh Rakan Muda Musim Kedua (2026). Program realiti ini bertujuan mencungkil bakat, ketahanan fizikal, IQ, dan kepimpinan belia berumur 16 hingga 30 tahun di seluruh negara.

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung siri uji bakat ini boleh menghubungi Urus Setia BPRM, En. Mohamad Fadhlir Rahman bin Mohamad Nazir ditalian 019-6205132 / 03-88713611 atau Pn. Salimah Abdul Latif ditalian 011-10208115 / 03-88713323.

13/08/2026
⚑ IDEA’26 X Jelajah TVET ILKBS 2026 Zon Timur, kami datang! πŸš€Dah ready nak explore dunia TVET, kemahiran dan idea-idea k...
13/08/2026

⚑ IDEA’26 X Jelajah TVET ILKBS 2026 Zon Timur, kami datang! πŸš€

Dah ready nak explore dunia TVET, kemahiran dan idea-idea kreatif dalam satu program? 😎

Kali ni, kita bawakan IDEA’26 X Jelajah TVET ILKBS 2026 Zon Timur terus kepada belia di Temerloh, Pahang!

Bukan sekadar datang tengok, korang boleh explore peluang TVET, kenali dunia kemahiran, lihat hasil inovasi dan dapatkan inspirasi untuk masa depan. πŸ’‘πŸ› οΈ

πŸ“… 16–17 Ogos 2026
πŸ“ Dewan Tun Razak, Temerloh, Pahang
⏰ 8.00 pagi – 5.00 petang

Temerloh, dah ready? 😎πŸ”₯

Jom kita jumpa, explore dan raikan dunia TVET bersama! πŸš€
πŸ’Ό TVET Pilihan Utama Kerjaya
πŸ† ILKBS Profesional Terunggul

πŸŽ‰ JOM RAMAI-RAMAI MERIAHKAN KARNIVAL & KONSERT RAKYAT! πŸŽ‰Mai kita pakat turun ke Padang Kota, Pulau Pinang pada 15 Ogos 2...
13/08/2026

πŸŽ‰ JOM RAMAI-RAMAI MERIAHKAN KARNIVAL & KONSERT RAKYAT! πŸŽ‰

Mai kita pakat turun ke Padang Kota, Pulau Pinang pada 15 Ogos 2026 (Sabtu) untuk sama-sama memeriahkan sambutan Hari Ulang Tahun Ke-85 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang! 🎊

πŸ”₯ Macam-macam aktiviti menanti anda!
πŸ’ƒ Senamrobik
🍴 Karnival Makanan
🎯 Sukaneka & Sukan Rakyat
πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦ Pertandingan & Aktiviti Kanak-Kanak
πŸ›οΈ Reuai Agensi & Pameran
πŸ† Pertandingan
🎀 Persembahan artis & Konsert Rakyat!
🌟 Antara artis yang bakal menggegarkan pentas:
🎢 Dato’ AC Mizal
🎢 Dato’ Jamal Abdillah
🎢 Dato’ Awie & Dragon Malaya
🎢 Farah AF
🎢 Usop Mentor
πŸ“… 15 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ 8.30 pagi – 11.00 malam
πŸ“ Padang Kota, Pulau JPPM Pulau Pinang

Jangan dok tunggu lagi! Mai pakat bawa keluarga, kawan-kawan dan orang tersayang. Kita jumpa di Padang Kota! πŸ”₯πŸŽ‰

NAK PERSATUAN NAIK LEVEL? INI MASANYA! Kalau anda ada persatuan atau terlibat dengan aktiviti belia, jangan lepaskan pel...
10/08/2026

NAK PERSATUAN NAIK LEVEL? INI MASANYA!

Kalau anda ada persatuan atau terlibat dengan aktiviti belia, jangan lepaskan peluang ni! Bengkel ni memang sesuai untuk anda yang nak lebih jelas tentang cara urus pertubuhan dengan betul tanpa pening kepala





Address

Kepala Batas

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Utara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share