KOLEJ TENTERA UDARA RASMI

KOLEJ TENTERA UDARA RASMI HALAMAN RASMI BAGI MEMAPARKAN AKTIVITI SEMASA DAN TERKINI KOLEJ TENTERA UDARA

SEMINAR PENGURUSAN KELUARGA, KEWANGAN DAN KESIHATAN MENTAL SIRI 4/26ALOR SETAR, 5 SEPTEMBER 2026 – Seksyen Pengurusan Ps...
05/09/2026

SEMINAR PENGURUSAN KELUARGA, KEWANGAN DAN KESIHATAN MENTAL SIRI 4/26

ALOR SETAR, 5 SEPTEMBER 2026 – Seksyen Pengurusan Psikologi, Markas Tentera Udara telah menganjurkan Seminar Pengurusan Keluarga, Kewangan dan Kesihatan Mental Siri 4/26 selama dua hari, bermula 4 hingga 5 September 2026, bertempat di Kolej Tentera Udara. Seminar ini melibatkan penyertaan anggota tentera dan staf awam Kolej Tentera Udara.

Pada 4 September 2026, seminar dimulakan dengan ceramah bertajuk “Pengurusan Kes Gangguan Seksual” yang disampaikan oleh Kapt Wan Norkamilah binti Wan Ismail TUDM. Sesi tersebut memberi pendedahan serta meningkatkan kesedaran para peserta mengenai isu gangguan seksual, termasuk aspek pencegahan, tatacara pengurusan kes serta tindakan sewajarnya dalam menangani isu berkaitan.

Seminar diteruskan pada 5 September 2026 dengan ceramah bertajuk “Pengurusan Kewangan Peribadi dan Kesihatan Mental Keluarga” yang disampaikan oleh Encik Mohamed Shafuden bin Othman, Pegawai Psikologi, Hospital Sultanah Bahiyah. Sesi ini memberi penekanan terhadap kepentingan pengurusan kewangan peribadi secara terancang serta penjagaan kesihatan mental yang baik sebagai antara elemen penting dalam menjamin kesejahteraan diri dan keharmonian institusi keluarga.

Secara keseluruhannya, penganjuran seminar ini bertujuan meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan kefahaman warga Kolej Tentera Udara berkaitan aspek kekeluargaan, kewangan dan kesihatan mental. Program ini turut menjadi platform dalam memperkukuh keupayaan warga kerja untuk menghadapi dan mengurus pelbagai cabaran kehidupan secara lebih teratur, matang dan berkesan, selaras dengan usaha melahirkan warga TUDM yang sejahtera, berdaya tahan dan berkualiti.

Majlis penutup seminar telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Brig Jen Azman bin Taib TUDM, Komandan Kolej Tentera Udara, dengan diiringi oleh Lt Kol Zul Izzudin bin Ismail TUDM, PS 1 Psikologi, Markas Tentera Udara.

Penganjuran program seumpama ini diharapkan dapat diteruskan sebagai salah satu usaha memperkasakan warga TUDM melalui peningkatan pengetahuan, kesedaran dan kemahiran dalam mengurus aspek kekeluargaan, kewangan serta kesihatan mental. Usaha ini seterusnya dapat menyumbang kepada pembentukan warga TUDM yang lebih berintegriti, berdaya tahan dan sejahtera dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab kepada perkhidmatan.

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS KETUA CAWANGAN KEJURUTERAAN DAN KETUA CAWANGAN TADBIR KOLEJ TENTERA UDARAALOR SETAR, 4 Sep 26 ...
04/09/2026

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS KETUA CAWANGAN KEJURUTERAAN DAN KETUA CAWANGAN TADBIR KOLEJ TENTERA UDARA

ALOR SETAR, 4 Sep 26 - Majlis Serah Terima Tugas Ketua Cawangan Kejuruteraan dan Ketua Cawangan Tadbir telah diadakan di Markas KTU.

Majlis dimulakan dengan upacara menandatangani serah terima tugas Ketua Cawangan Kejuruteraan di antara Lt Kol Ir. Mohd Yusri bin Mokhtar TUDM dan Mej Ahmad Izwan bin Muhamad TUDM. Manakala, Ketua Cawangan Tadbir di antara Lt Kol Shuhaniff bin Sharuddin TUDM dan Lt Kol Mohamad Rozali bin Abd Rahman TUDM.

Majlis serah terima tugas Ketua Cawangan Kejuruteraan dan Ketua Cawangan Tadbir ini telah disaksikan oleh Komandan Kolej Tentera Udara, YBhg Brig Jen Azman bin Taib TUDM dan dihadiri semua pegawai dan anggota LLP Cawangan Kejuruteraan dan Cawangan Tadbir.

YBhg Komandan dan semua warga Cawangan Kejuruteraan dan Cawangan Tadbir mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ketua Cawangan Kejuruteraan, Lt Kol Ir. Mohd Yusri bin Mokhtar TUDM dan Ketua Cawangan Tadbir, Lt Kol Shuhaniff bin Sharuddin TUDM kerana telah memberikan komitmen yang baik sepanjang bertugas di KTU.

Semoga terus komited dan cemerlang di tempat baru.

PROGRAM STRATEGI DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN SPM ANJURAN KOLEJ TENTERA UDARA TAHUN 2026ALOR SETAR, 2 Sep 26 - Seksyen Pen...
03/09/2026

PROGRAM STRATEGI DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN SPM ANJURAN KOLEJ TENTERA UDARA TAHUN 2026

ALOR SETAR, 2 Sep 26 - Seksyen Pendidikan Kolej Tentera Udara (KTU) dengan kerjasama Yayasan LTAT dan Kolej Komuniti Bandar Darulaman telah menganjurkan Program Strategi dan Teknik Menjawab Soalan SPM Tahun 2026. Program ini telah disertai oleh 9 orang peserta yang melibatkan 7 orang peserta dari KTU dan 2 orang peserta dari MK Bgd Ke-30. Program ini menggunakan inisiatif pendidkan yang ditawarkan oleh Yayasan LTAT iaitu Kemahiran Keluarga Tentera (K²T).

Tenaga pengajar program ini terdiri daripada guru pakar dan penggubal soalan SPM iaitu Pn Nor'aini binti Samsudin dari SMK Tunku Abdul Rahman, Alor Setar, Kedah (Bahasa Melayu) dan En Mohd Jamil bin Rosli dari SMK Agama (P) Alawiyah, Arau, Perlis.

Penganjuran program ini membuktikan komitmen Kementerian Pertahanan dengan kerjasama Yayasan LTAT dan Kolej Komuniti Bandar Darulaman untuk melahirkan anak-anak tentera yang cemerlang dalam akademik sekali gus mampu menjadi modal insan cemerlang bagi menjadi pewaris kepada pemimpin negara pada masa akan datang.

SESI DIALOG KOMANDAN AKADEMI LATIHAN KETENTERAAN BERSAMA PEGAWAI KADET LATIHAN KETENTERAAN PERKHIDMATAN (LKP) 1 SIRI 1/2...
03/09/2026

SESI DIALOG KOMANDAN AKADEMI LATIHAN KETENTERAAN BERSAMA PEGAWAI KADET LATIHAN KETENTERAAN PERKHIDMATAN (LKP) 1 SIRI 1/26

KEPALA BATAS, 2 September 2026 – Bertempat di Auditorium Sekolah Latihan Pegawai (SLP), Kolej Tentera Udara (KTU), telah berlangsung Sesi Dialog Komandan Akademi Latihan Ketenteraan (ALK), Yang Berbahagia Brig Jen Dato’ Mohamad Noorlizam bin Shamsuddin bersama Pegawai Kadet Latihan Ketenteraan Perkhidmatan (LKP) Siri 1/26.

Ketibaan YBhg Komandan ALK telah disambut oleh YBhg Komandan KTU, Brig Jen Azman bin Taib TUDM, dan seterusnya dimulakan dengan Pemeriksaan Kawalan Kuarter di Balai Pengawal SLP. Acara kemudiannya diteruskan dengan sesi menandatangani buku lawatan oleh YBhg Komandan ALK di perkarangan Bangunan Latihan SLP, diikuti dengan acara pertukaran cenderahati antara YBhg Komandan ALK dan YBhg Komandan KTU. Lawatan turut diserikan dengan sesi minum pagi bertempat di Phoenix Bar SLP.

Seterusnya, acara diteruskan dengan Sesi Dialog Komandan ALK bersama Pegawai Kadet LKP Siri 1/26 yang berlangsung di Auditorium SLP. Sesi tersebut turut dihadiri oleh Pemangku Pegawai Memerintah SLP serta pegawai dan jurulatih ALK.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya diteruskan dengan sesi dialog bersama YBhg Komandan ALK. Antara fokus utama sesi dialog adalah untuk mendapatkan maklum balas daripada Pegawai Kadet LKP Siri 1/26 berhubung pengalaman, pelaksanaan serta keberkesanan latihan yang telah dilalui sepanjang tujuh minggu di SLP.

Sesi dialog ini merupakan salah satu medium penting bagi mendapatkan pandangan dan maklum balas secara langsung daripada Pegawai Kadet, di samping menjadi landasan dalam mengenal pasti ruang penambahbaikan secara berterusan terhadap sistem dan pelaksanaan latihan pada masa akan datang. Pendekatan ini diharap dapat memastikan aspek latihan sentiasa relevan, berkesan dan menepati keperluan pembangunan kompetensi Pegawai Kadet.

Acara diakhiri dengan sesi bergambar di hadapan Bangunan Markas SLP sebagai kenang-kenangan dan penutup rasmi lawatan.

Pihak Sekolah Latihan Pegawai merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg Komandan ALK atas kesudian mengadakan lawatan serta meluangkan masa dalam sesi dialog bersama Pegawai Kadet LKP Siri 1/26. Semoga lawatan dan sesi dialog ini dapat terus memperkukuh jalinan silaturahim, kerjasama serta semangat Esprit de Corps antara ALK dan SLP demi kecemerlangan latihan dan pembangunan modal insan Angkatan Tentera Malaysia.

DARI LENSA PENGLIBATAN PESAWAT PC-7 Mk II INSPEN 1 DAN EC120B INSPEN 2 KOLEJ TENTERA UDARA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDE...
01/09/2026

DARI LENSA PENGLIBATAN PESAWAT PC-7 Mk II INSPEN 1 DAN EC120B INSPEN 2 KOLEJ TENTERA UDARA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-69 PERINGKAT NEGERI KEDAH



SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-69 PERINGKAT NEGERI KEDAH 2026 ALOR SETAR, 31 Ogos 2026 – Lebih 40,000 pengunjung daripada ...
01/09/2026

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-69 PERINGKAT NEGERI KEDAH 2026

ALOR SETAR, 31 Ogos 2026 – Lebih 40,000 pengunjung daripada pelbagai kaum dan lapisan umur membanjiri Dataran Medan Bandar, Alor Setar bagi memeriahkan Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-69 Peringkat Negeri Kedah Tahun 2026.

Sambutan penuh semangat patriotik itu dimeriahkan dengan perarakan melibatkan lebih 100 kontinjen dan hampir 5,000 peserta yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta, pasukan beruniform serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Kolej Tentera Udara turut mengambil bahagian dalam sambutan ini yang terdiri daripada 2 Pegawai 52 LLP. Majlis juga turut diserikan dengan pertunjukan udara daripada INSPEN 1 dan INSPEN 2.

Mengangkat tema “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, sambutan tahun ini menzahirkan semangat keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat, perpaduan, kesepakatan serta kecintaan yang tidak berbelah bahagi terhadap tanah air.

Acara perarakan bermula sekitar jam 8.30 pagi dengan keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Turut berangkat adalah DYTM Tengku Sarafudin Badlishah Al-Aminul Karim Sultan Sallehhuddin, Raja Muda Kedah; DYAM Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehhuddin, Tunku Mahkota Kedah; YTM Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Bendahara Kedah dan YTM Tengku Puteri Intan Shafinaz binti Almarhum Sultan Abd Halim, Tengku Temenggong Kedah serta turut dihadiri oleh YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah.

Perarakan berlangsung penuh meriah dan berakhir kira-kira jam 12.00 tengah hari, sekali gus menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dalam suasana penuh tertib, patriotik dan harmoni.

Turut sama hadir, Komandan Kolej Tentera Udara, Brig Jen Azman bin Taib TUDM, serta dif-dif kehormat dan tetamu jemputan yang lain.



31/08/2026

PENGLIBATAN PC-7 MK II INSPEN 1 DAN EC120B INSPEN 2 TUDM SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69 PERINGKAT NEGERI KEDAH



31/08/2026

KOLEJ TENTERA UDARA SEMARAKKAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69 PERINGKAT NEGERI KEDAH


PERLAKSANAAN PEMERIKSAAN AUDIT TAHUNAN MTU- INSPEKTORAT KE ATAS KOLEJ TENTERA UDARAKEPALA BATAS, 28 Ogos 2026 – MTU-Insp...
30/08/2026

PERLAKSANAAN PEMERIKSAAN AUDIT TAHUNAN MTU- INSPEKTORAT KE ATAS KOLEJ TENTERA UDARA

KEPALA BATAS, 28 Ogos 2026 – MTU-Inspektorat telah melaksanakan Pemeriksaan Audit Tahunan ke atas Kolej Tentera Udara (KTU) bermula 24 hingga 28 Ogos 26. Ketibaan Tim Inspektorat diketuai oleh Kol Mohamad Rosdzni bin Abdul Karim TUDM telah disambut oleh Komandan KTU, Brig Jen Azman bin Taib TUDM dan Eksekutif Kolej.

Pemeriksaan telah dimulakan dengan Taklimat Pra Audit oleh Komandan Kolej yang telah dihadiri oleh Ketua-ketua Tim Audit dan semua Eksekutif Kolej di Bilik Mesyuarat Kolej. Pemeriksaan yang dilaksanakan adalah bertujuan untuk menilai dan memastikan aspek-aspek keselamatan (safety), kesiapsiagaan (readiness), dan pengurusan (management) setiap unit dalam KTU sentiasa berada pada tahap tertinggi sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pucuk pimpinan tertinggi TUDM agar segala kelemahan yang dikenal pasti dapat segera diperbetulkan.

Sempena pemeriksaan tahunan ini, Inspektor Jeneral Tentera Udara (IJTU), Brig Jen Mohd Azwan bin Mohd Pohari TUDM turut hadir ke Kolej Tentera Udara.

Pelaksanaan Audit telah diakhiri dengan Taklimat Pasca Audit di Bilik Mesyuarat Kolej pada 28 Ogos 26 yang diketuai oleh IJTU serta dihadiri oleh Komandan KTU bersama barisan eksekutif kolej. Segala teguran, pemerhatian dan cadangan penambah baikan yang diberikan oleh Tim Inspektorat TUDM diterima oleh pihak kolej sebagai nasihat dan panduan untuk mengurus tadbir kolej dengan lebih baik di masa hadapan.

Address

Kolej Tentera Udara
Kepala Batas
06200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KOLEJ TENTERA UDARA RASMI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share