Jabatan Sukarelawan Malaysia Negeri Pulau Pinang - Laman Rasmi

Jabatan Sukarelawan Malaysia Negeri Pulau Pinang  - Laman Rasmi Laman Rasmi Facebook RELA Negeri Pulau Pinang. Dikawal selia oleh Unit Media RELA (UMR) Negeri Pulau Pinang

14/08/2026

๐Ÿ“ข ๐๐„๐‘๐“๐€๐๐ƒ๐ˆ๐๐†๐€๐ ๐•๐ˆ๐ƒ๐„๐Ž ๐Š๐‘๐„๐€๐“๐ˆ๐… ๐‘๐„๐‹๐€ ๐Œ๐„๐๐†๐†๐”๐๐€๐Š๐€๐ ๐€๐ˆ

Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) menganjurkan ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฉ๐—ถ๐—ฑ๐—ฒ๐—ผ ๐—ž๐—ฟ๐—ฒ๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ณ ๐—ฅ๐—˜๐—Ÿ๐—” ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—œ.

Anda perlu memilih hanya SATU SAHAJA dari tiga tema yang diberikan iaitu:

1 - RELA: GENERASI MUDA, WADAH KESUKARELAWANAN
2 - RELA: BERDAYA SAING, BERKETRAMPILAN
3 - RELA: SETIA BERBAKTI

๐ŸŽฌ Ayuh sertai pertandingan ini dan tonjolkan kreativiti anda dalam menghasilkan video yang menampilkan keunikan serta semangat RELA melalui penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bermula 12 Ogos hingga 6 September 2026.

Penyertaan adalah PERCUMA dan TERBUKA KEPADA WARGA RELA di seluruh negara.

Sila imbas Kod QR di poster atau klik pautan https://drive.google.com/drive/folders/1I_D42ZSj9lYwySKBgHnJCwjnEdsxXCFt?usp=drive_link untuk maklumat lanjut berkenaan pertandingan.







CELIK DIGITAL, TEGUH AKIDAHKhutbah Jumaat pada minggu ini mengingatkan umat Islam agar bijak menggunakan teknologi dan m...
14/08/2026

CELIK DIGITAL, TEGUH AKIDAH

Khutbah Jumaat pada minggu ini mengingatkan umat Islam agar bijak menggunakan teknologi dan media sosial, menyemak kesahihan maklumat sebelum berkongsi serta menjaga akidah dan akhlak di alam digital.

Gunakan teknologi untuk perkara yang bermanfaat, menambah ilmu dan melakukan kebaikan dan selamat menunaikan solat Jumaat kepada seluruh umat Islam.
_________________
FACEBOOK RASMI :
https://www.facebook.com/relapenang
TIKTOK RASMI :
https://www.tiktok.com/.penang





AKTIVITI KOKURIKULUM PASUKAN RELASIS SEMESTER 1 & SEMESTER 2 POLITEKNIK SEBERANG PERAI (PSP)Permatang Pauh, 12 Ogos 2026...
13/08/2026

AKTIVITI KOKURIKULUM PASUKAN RELASIS SEMESTER 1 & SEMESTER 2 POLITEKNIK SEBERANG PERAI (PSP)

Permatang Pauh, 12 Ogos 2026 (Rabu) โ€“ Aktiviti Kokurikulum Pasukan RELASIS Semester 1 dan Semester 2 Politeknik Seberang Perai (PSP) telah diadakan pada hari ini bertempat di Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Aktiviti yang berlangsung dari jam 3.00 petang hingga 7.00 petang ini melibatkan seramai 206 orang pelajar RELASIS, terdiri daripada 176 orang pelajar Semester 1 dan 28 orang pelajar Semester 2, serta turut disertai oleh 1 orang PPRD, 1 orang MySTEP RELASIS dan 2 orang Jurulatih Daerah.

Antara pengisian aktiviti pada hari ini adalah semakan kehadiran pelajar yang dilaksanakan oleh Pegawai Bersekutu RELASIS (PSP) bersama Pegawai Penyelaras.

Pelajar RELASIS Semester 2 turut menjalani latihan kawad yang dikendalikan oleh jurulatih anggota yang bertugas bagi meningkatkan tahap disiplin, kekemasan dan kerjasama dalam kalangan pelajar.

Selain itu, PPRD Latihan SPT telah menyampaikan taklimat berkaitan Fungsi dan Peranan Ketua Perhubungan RELA Kawasan (KPRK) dan Ketua Perhubungan RELA (KPR) kepada pelajar Semester 1. Taklimat tersebut turut dibantu oleh MySTEP RELASIS yang bertugas.

Secara keseluruhannya, aktiviti kokurikulum berjalan dengan lancar, teratur dan selamat tanpa sebarang insiden yang tidak diingini. Sesi latihan telah tamat dan semua pelajar bersurai pada jam 7.00 petang.

FACEBOOK RASMI :
https://www.facebook.com/relapenang

TIKTOK RASMI :
https://www.tiktok.com/.penang







MAJLIS SERAH TUGAS ANTARA PEGAWAI RELA DAERAH PULAU PINANGPulau Pinang | 13 Ogos 2026 โ€“ Jabatan Sukarelawan Malaysia (RE...
13/08/2026

MAJLIS SERAH TUGAS ANTARA PEGAWAI RELA DAERAH PULAU PINANG

Pulau Pinang | 13 Ogos 2026 โ€“ Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Majlis Serah Tugas antara Pegawai RELA Daerah Negeri Pulau Pinang bersempena urusan penempatan dan penukaran pegawai bagi memastikan kelancaran pengoperasian serta kesinambungan penyampaian perkhidmatan Jabatan.

Bagi urusan tersebut, PgR Muhammad Mukmin Wafi bin Hassan, pegawai dari Pejabat RELA Daerah Timur Laut, Pulau Pinang akan bertukar ke Pejabat RELA Daerah Gua Musang, Kelantan.

Sementara itu, PgR Mohd Rizal bin Radzi, pegawai dari Pejabat RELA Daerah Kerian, Perak akan ditempatkan ke Pejabat RELA Daerah Timur Laut, Pulau Pinang.

Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Pulau Pinang merakamkan penghargaan atas segala khidmat dan sumbangan yang telah diberikan serta mengucapkan selamat bertugas di penempatan baharu. Semoga kedua-dua pegawai terus melaksanakan amanah dengan penuh dedikasi, komitmen dan integriti demi memperkukuhkan perkhidmatan RELA kepada masyarakat dan negara.

_________________
FACEBOOK RASMI :
https://www.facebook.com/relapenang
TIKTOK RASMI :
https://www.tiktok.com/.penang





APA PERBEZAAN 31 OGOS DAN 16 SEPTEMBER?Tahukah anda? 31 Ogos dan 16 September merupakan dua tarikh penting dalam sejarah...
12/08/2026

APA PERBEZAAN 31 OGOS DAN 16 SEPTEMBER?

Tahukah anda? 31 Ogos dan 16 September merupakan dua tarikh penting dalam sejarah pembentukan negara Malaysia, namun kedua-duanya mempunyai makna yang berbeza.

31 OGOS โ€“ HARI KEBANGSAAN
31 Ogos 1957 merupakan tarikh Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan daripada British. Tarikh ini menjadi simbol kebebasan dan kedaulatan negara serta terus dikenang sebagai Hari Kebangsaan.

16 SEPTEMBER โ€“ HARI MALAYSIA
16 September 1963 p**a merupakan tarikh Malaysia ditubuhkan melalui pembentukan Persekutuan Malaysia yang melibatkan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Tarikh ini diraikan sebagai Hari Malaysia.

Marilah kita sama-sama memahami sejarah negara, menghargai pengorbanan generasi terdahulu serta menyemarakkan semangat patriotisme dan kecintaan kepada Malaysia.

"Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati"

________________
FACEBOOK RASMI :
https://www.facebook.com/relapenang
TIKTOK RASMI :
https://www.tiktok.com/.penang





PROGRAM PENGUKUHAN INTEGRITI RELA PULAU PINANG BERSAMA PENCERAMAH DARI SPRM PULAU PINANG.Kepala Batas | 11 Ogos 2026 โ€“ J...
11/08/2026

PROGRAM PENGUKUHAN INTEGRITI RELA PULAU PINANG BERSAMA PENCERAMAH DARI SPRM PULAU PINANG.

Kepala Batas | 11 Ogos 2026 โ€“ Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan Program Pengukuhan Integriti di hadiri penceramah jemputan daripada SPRM Pulau Pinang.

RELA Pulau Pinang telah menjemput penceramah dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyampaikan ceramah berkaitan nilai integriti, pencegahan rasuah serta kepentingan membudayakan amalan kerja yang beretika dan berintegriti.

Antara tujun program ialah memperkukuhkan jati diri dan profesionalisme warga RELA, seterusnya membentuk warga kerja yang amanah, berintegriti dan bebas rasuah dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

_________________
FACEBOOK RASMI :
https://www.facebook.com/relapenang
TIKTOK RASMI :
https://www.tiktok.com/.penang





MESYUARAT JAWATANKUASA SEBUTHARGA/PEMUTUS BAGI PELUPUSAN 5 UNIT KENDERAAN RELA NEGERI PULAU PINANGKepala Batas | 10 Ogos...
10/08/2026

MESYUARAT JAWATANKUASA SEBUTHARGA/PEMUTUS BAGI PELUPUSAN 5 UNIT KENDERAAN RELA NEGERI PULAU PINANG

Kepala Batas | 10 Ogos 2026 โ€“ Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Sebutharga/Pemutus bagi urusan pelupusan lima (5) unit kenderaan jabatan pada jam 10.30 pagi tadi.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengarah RELA Negeri Perlis, PPjR Muhamad Helmi bin Mohd Abd Shukur bersama ahli jawatankuasa dari RELA Negeri Kedah dan RELA Negeri Perlis.

Mesyuarat ini merupakan sebahagian daripada proses pengurusan dan pelupusan aset jabatan yang dilaksanakan secara teratur, telus dan berintegriti, selaras dengan tatacara serta peraturan yang telah ditetapkan.

Semoga urusan pelupusan lima (5) unit kenderaan ini dapat dilaksanakan dengan lancar serta memastikan pengurusan aset Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) sentiasa cekap, sistematik dan berintegriti.

__________________
FACEBOOK RASMI :
https://www.facebook.com/relapenang
TIKTOK RASMI :
https://www.tiktok.com/.penang





MESYUARAT JAWATANKUASA PENILAIAN SEBUTHARGA PELUPUSAN KENDERAAN RELA NEGERI PULAU PINANGKepala Batas | 10 Ogos 2026 (Isn...
10/08/2026

MESYUARAT JAWATANKUASA PENILAIAN SEBUTHARGA PELUPUSAN KENDERAAN RELA NEGERI PULAU PINANG

Kepala Batas | 10 Ogos 2026 (Isnin) โ€“ Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Sebutharga bagi pelupusan 5 unit kenderaan jabatan pada jam 9.00 pagi.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah RELA Negeri Pulau Pinang, PPjKR Arshab bin Jan dan turut disertai oleh pegawai - pegawai RELA Negeri Pulau Pinang.

Mesyuarat ini diadakan bagi memastikan proses penilaian sebutharga pelupusan aset jabatan dilaksanakan secara teratur, telus, berintegriti serta mematuhi tatacara dan peraturan yang ditetapkan.

RELA Negeri Pulau Pinang terus komited memperkukuh tadbir urus dan pengurusan aset yang cekap demi memastikan setiap urusan jabatan dilaksanakan dengan penuh amanah dan akauntabiliti.

_________________
FACEBOOK RASMI :
https://www.facebook.com/relapenang
TIKTOK RASMI :
https://www.tiktok.com/.penang





08/08/2026

PROGRAM MADANI KITA (PMK) NIBONG TEBAL

NIBONG TEBAL, 8 Ogos 2026 โ€“ Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Pulau Pinang, PPjKR Arshab bin Jan, menyambut kunjungan YB Puan Fadhlina binti Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia, ke reruai Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Pulau Pinang sempena Program MADANI Kita (PMK) Nibong Tebal.

Kunjungan ini mencerminkan sokongan terhadap usaha RELA dalam menyantuni masyarakat serta memperkukuh hubungan antara agensi dan komuniti.

________________
FACEBOOK RASMI :
https://www.facebook.com/relapenang
TIKTOK RASMI :
https://www.tiktok.com/.penang





PROGRAM MADANI KITA (PMK) NIBONG TEBALNIBONG TEBAL | 8 Ogos 2026 โ€“ Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Pulau Pina...
08/08/2026

PROGRAM MADANI KITA (PMK) NIBONG TEBAL

NIBONG TEBAL | 8 Ogos 2026 โ€“ Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Pulau Pinang telah menyertai Program MADANI Kita (PMK) Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan yang berlangsung di Parkir C-Mart Mall, Nibong Tebal.

Program yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang ini menjadi platform bagi agensi-agensi yang terlibat, termasuk RELA Negeri Pulau Pinang, untuk menyampaikan khidmat dan perkhidmatan secara langsung kepada masyarakat setempat.

Dalam penyertaan ini, RELA Negeri Pulau Pinang turut menyediakan perkhidmatan gunting rambut percuma serta perkhidmatan penukaran minyak hitam motosikal secara percuma kepada masyarakat setempat.

Penyertaan dan pengisian yang disediakan ini mencerminkan komitmen berterusan RELA dalam mendekati masyarakat, menyantuni komuniti serta memberikan khidmat secara langsung kepada rakyat.

________________
FACEBOOK RASMI :
https://www.facebook.com/relapenang
TIKTOK RASMI :
https://www.tiktok.com/.penang





Address

Aras 2, Anjung A, Wisma Persekutuan
Kepala Batas
13200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Sukarelawan Malaysia Negeri Pulau Pinang - Laman Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share