24/08/2026
MAJLIS PEMBUKAAN KURSUS PERALIHAN DAN ASAS PENERBANGAN KUARTERMASTER UDARA PESAWAT AW139 SIRI 1/2026
BERTAM, 24 Ogos – Pangkalan Udara Wilayah Utara JBPM pada hari ini telah mengadakan Majlis Pembukaan Kursus Peralihan dan Asas Penerbangan Kuartermaster Udara Pesawat AW139 Siri 1/2026 melibatkan 10 orang anggota baharu dan 6 orang anggota dari Pangkalan Udara Wilayah Sarawak.
Majlis telah dimulakan dengan ucapan oleh PPgB Muhamad Ubadah bin Shuib, Ketua Jurulatih Kuartermaster Udara pesawat AW139 dan diteruskan dengan ucapan dan perasmian oleh PPjB Faizal Izani bin Azizan, Komander Pangkalan Udara Wilayah Utara JBPM. Turut hadir pada majlis ini ialah PgKB II Muhd Sabri bin Jamalludin, Ketua Cawangan Pasukan Khas Udara Bomba (PASKUB), Pegawai-pegawai kanan serta jurulatih-jurulatih kursus.
Secara keseluruhannya, majlis pembukaan telah berlangsung dengan lancar dan teratur. Kursus ini diharapkan dapat meningkatkan tahap pengetahuan, kemahiran dan kompetensi peserta kursus dalam melaksanakan tugas sebagai Kuartermaster Udara serta menyokong keberkesanan operasi udara JBPM, khususnya melibatkan pesawat AW139
Sekian terima kasih.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
BAHAGIAN UDARA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Pangkalan Udara Wilayah Tengah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Pangkalan Udara Wilayah Sarawak JBPM