Jabatan Pengairan Dan Saliran Seberang Perai Utara

Jabatan Pengairan Dan Saliran Seberang Perai Utara FOLLOW FOR LATEST UPDATE FROM JPS SPU

 Spu
14/08/2026

Spu

 Spu
14/08/2026

Spu

AMARAN RIBUT PETIR

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perlis • Kedah • Pulau Pinang • Perak (Kerian, Selama, Larut Matang, Manjung dan Bagan Datuk) • Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Gombak dan Hulu Selangor) • W.P. Kuala Lumpur sehingga 1:00 Tengah Hari; Jumaat, 14 Ogos 2026.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Dikeluarkan: 11:00 pagi, 14 Ogos 2026




 Spu
13/08/2026

Spu

𝐒𝐈𝐓𝐔𝐀𝐒𝐈 𝐉𝐄𝐑𝐄𝐁𝐔 𝐃𝐈 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍𝐆.

Jangan panik!

Bacaan indeks pencemaran udara di Pulau Pinang adalah baik di Balik Pulau dan sederhana di Seberang Jaya, Seberang Perai. Walau bagaimanapun, orang ramai dinasihati untuk mengambil langkah berjaga-jaga.

𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏𝐈 𝐉𝐄𝐑𝐄𝐁𝐔:
✅ Kurangkan aktiviti luar terutama apabila bacaan kualiti udara berada pada tahap tidak sihat.
✅ Pakai pelitup muka yang sesuai jika perlu berada di luar, khususnya golongan berisiko. (mask jenis 3 ply)
✅ Tutup tingkap dan pintu untuk mengurangkan kemasukan asap dan udara tercemar ke dalam rumah.
✅ Dilarang melakukan pembakaran terbuka
✅ Elakkan aktiviti fizikal berat di luar seperti bersukan atau bekerja dalam tempoh yang lama.
✅ Minum air secukupnya bagi membantu mengekalkan hidrasi badan.
✅ Pantau bacaan kualiti udara semasa melalui sumber rasmi seperti Jabatan Alam Sekitar Malaysia.
✅ Dapatkan rawatan sekiranya mengalami simptom seperti batuk berterusan, sesak nafas, sakit dada atau mata mengalami iritasi yang teruk.
✅ Golongan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai masalah pernafasan perlu mengambil langkah berjaga-jaga.

𝐒𝐔𝐌𝐁𝐄𝐑 𝐈𝐍𝐅𝐎𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈:
1. Kementerian Kesihatan Malaysia
(https://www.moh.gov.my/en/core/health-information/jerebu)

2. Jabatan Alam Sekitar Malaysia
(https://eqms.doe.gov.my/APIMS/main)

 Spu
13/08/2026

Spu

Amaran Ribut Petir

Dikeluarkan: 10:00 Pagi, 13 Ogos 2026

AMARAN RIBUT PETIR

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah (Kota Setar, Yan, Pendang dan Kuala Muda) • Pulau Pinang • Pahang (Lipis) • Selangor (Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat) • Sarawak: Sri Aman (Lubok Antu) sehingga 1:00 Tengah Hari; Khamis, 13 Ogos 2026.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.




 Spu
12/08/2026

Spu

NAK MANDI SUNGAI / AIR TERJUN?
JANGAN BAWA BALIK LEPTOSPIROSIS.

Air nampak jernih tidak bermaksud bebas daripada bakteria Leptospira.

Bakteria ini boleh mencemari air atau tanah melalui air kencing haiwan yang dijangkiti, termasuk tikus. Ia boleh masuk ke dalam badan melalui luka pada kulit atau melalui mata, hidung dan mulut.

Kalau pergi kawasan rekreasi air:

1. Elakkan mandi atau bermain air jika ada luka, kudis atau kulit yang pecah. KKM turut menyarankan supaya tidak bermandi-manda di sungai atau kolam jika terdapat luka atau kudis pada kulit.

2. Elakkan aktiviti air ketika dan selepas hujan lebat. Air hujan boleh membawa pencemaran daripada tanah dan kawasan sekeliling masuk ke sungai atau kolam. Bahan pendidikan KKM turut menasihatkan supaya mengelakkan aktiviti rekreasi melibatkan air semasa dan selepas hujan.

3. Jangan telan air sungai, air terjun atau tasik.

4. Kalau ada luka kecil yang tidak dapat dielakkan, tutup dengan dressing kalis air sebelum masuk ke kawasan basah.

5. Pakai kasut atau sandal apabila berjalan di kawasan berlumpur, tanah basah atau tebing sungai. Jangan berjalan berkaki ayam jika boleh dielakkan.

6. Selepas aktiviti, mandi dan bersihkan badan dengan air bersih. Tukar pakaian basah secepat mungkin.

7. Tengok keadaan kawasan. Sampah berselerak, makanan terbiar dan banyak tanda kehadiran tikus adalah red flag.

Paling penting:

Selepas balik dari sungai, air terjun atau campsite, jika mula mengalami demam, sakit kepala, sakit otot, muntah atau rasa sangat tidak sihat, dapatkan pemeriksaan dan beritahu petugas kesihatan bahawa anda baru terdedah kepada kawasan rekreasi air.

Leptospirosis boleh bermula seperti demam biasa tetapi dalam sesetengah kes boleh menjadi penyakit yang serius.

Pergi bercuti untuk bawa balik memori.
Bukan bawa balik kencing tikus.

Public Health Malaysia

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐉𝐔𝐑𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐄 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝐑𝐄𝐊𝐑𝐄𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐍𝐓𝐀𝐈 𝐊𝐀𝐌𝐋𝐎𝐎𝐍.|| 11 Ogos 2026 || Lawatan Jurutera Daerah JPS SPU, Ir. Mohd Sh...
12/08/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐉𝐔𝐑𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐄 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝐑𝐄𝐊𝐑𝐄𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐍𝐓𝐀𝐈 𝐊𝐀𝐌𝐋𝐎𝐎𝐍.
|| 11 Ogos 2026 || Lawatan Jurutera Daerah JPS SPU, Ir. Mohd Shahman Bin Shaari bersama Penolong Jurutera Kawasan Encik Mohd Asmawi Bin Ishak ke Tapak Rekreasi Pantai Kamloon bagi meninjau kawasan cadangan projek menaiktaraf laluan trek berbasikal dan jogging untuk komuniti setempat dan sekitar kawasan Kepala Batas yang berpotensi sebagai hub pelancongan dan lokasi bagi kaki pancing ikan toman serta udang galah.








Jps Spu

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀-𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐏𝐄𝐌𝐔𝐋𝐈𝐇𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈 𝐌𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐍 𝐑𝐈𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐁𝐀𝐍𝐉𝐈𝐑 𝐃𝐈 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐁𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐈 𝐔𝐓𝐀𝐑𝐀, 𝐏𝐔𝐋...
11/08/2026

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀-𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐏𝐄𝐌𝐔𝐋𝐈𝐇𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈 𝐌𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐍 𝐑𝐈𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐁𝐀𝐍𝐉𝐈𝐑 𝐃𝐈 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐁𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐈 𝐔𝐓𝐀𝐑𝐀, 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍𝐆.

|| 10 Ogos 2026 || Mesyuarat untuk kerja-keja pemuliharaan Sungai Mak Mandin bagi mengurangkan risiko banjir di Daerah Seberang Perai Utara diadakan bertujuan membincangkan isu berkaitan kerja-kerja pemasangan longkang di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Mak Mandin, berdekatan Sg Mak Mandin.
Mesyuarat telah dihadiri oleh Jurutera Daerah Ir. Mohd Shahman Bin Shaari bersama Penolong Jurutera Daerah Encik Mohd Tamizi Bin Aziz dan Penolong Jurutera di Bilik Mesyuarat SKJ(T) Mak Mandin, dipengerusikan oleh ADUN Bagan Jermal, YB Tuan Chee Yeeh Keen.








Jps Spu

𝐉𝐏𝐒𝐒𝐏𝐔 𝐋𝐄𝐓'𝐒 𝐅𝐈𝐓 𝐇𝐈𝐊𝐈𝐍𝐆 𝐁𝐔𝐊𝐈𝐓 𝐇.|| 07 Ogos 2026 || JPS SPU telah menganjurkan satu program bertajuk 𝐋𝐄𝐓'𝐒 𝐅𝐈𝐓 𝐇𝐈𝐊𝐈𝐍𝐆 𝐁𝐔𝐊...
10/08/2026

𝐉𝐏𝐒𝐒𝐏𝐔 𝐋𝐄𝐓'𝐒 𝐅𝐈𝐓 𝐇𝐈𝐊𝐈𝐍𝐆 𝐁𝐔𝐊𝐈𝐓 𝐇.

|| 07 Ogos 2026 || JPS SPU telah menganjurkan satu program bertajuk 𝐋𝐄𝐓'𝐒 𝐅𝐈𝐓 𝐇𝐈𝐊𝐈𝐍𝐆 𝐁𝐔𝐊𝐈𝐓 𝐇 yang telah disertai seramai 30 orang kakitangan JPS SPU. Program yang bertujuan untuk kecerdasan dan kesihatan ini telah berjalan dengan lancar dimana semua perserta berjaya naik dan turun dengan jayanya.
Program ini bukan sahaja menjadi wadah untuk memupuk gaya hidup sihat dan meningkatkan kecergasan fizikal, malah berjaya mengeratkan hubungan silaturahim serta semangat kerja berpasukan (teamwork) dalam kalangan warga JPS SPU. Aktiviti mendaki yang penuh cabaran ini turut menguji ketahanan mental dan fizikal, namun sokongan padu sesama peserta menjadi kunci kejayaan hingga ke garisan penamat.
Semangat kebersamaan yang ditunjukkan sepanjang program diharap dapat menyemarakkan lagi daya usaha dan produktiviti kakitangan dalam menjalankan tugas seharian. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah menjayakan program ini.








Jps Spu

 Spu
10/08/2026

Spu

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada
𝐘𝐁𝐡𝐠. 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐈𝐫. 𝐌𝐨𝐡𝐚𝐦𝐚𝐝 𝐑𝐚𝐝𝐳𝐢 𝐛𝐢𝐧 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥 𝐓𝐚𝐥𝐢𝐛
𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡
𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐥𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚

Atas pemangkuan dan penempatan bagi jawatan
𝐉𝐮𝐫𝐮𝐭𝐞𝐫𝐚 (𝐀𝐰𝐚𝐦) 𝐆𝐫𝐞𝐝 𝐔𝐭𝐚𝐦𝐚 𝐀
𝐒𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐡𝐚𝐬 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐚𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠 (𝐊𝐔𝐏)

Berkuat kuasa pada
𝟗 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟔


Address

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN SEBERANG PERAI UTARA LAHAR IKAN MATI
Kepala Batas
13200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6045751223

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pengairan Dan Saliran Seberang Perai Utara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Pengairan Dan Saliran Seberang Perai Utara:

Shortcuts

Share