14/08/2026
๐๐ - ๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ | ๐๐ฎ๐ซ๐ฌ๐ฎ๐ฌ ๐๐ฆ๐๐ซ๐ญ ๐๐ ๐ซ๐จ ๐๐๐ง๐๐ฆ๐๐ง ๐๐๐ง๐๐ฌ ๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐๐จ๐ฅ๐ข๐๐๐ ๐๐ข ๐๐๐ฐ๐๐ก ๐๐ซ๐จ๐ฃ๐๐ค ๐๐๐ฆ๐๐ซ๐ค๐๐ฌ๐๐๐ง ๐๐ ๐ซ๐จ๐ฆ๐๐ค๐๐ง๐๐ง ๐๐๐ ๐๐ซ๐ (๐๐๐๐)
Seramai 100 orang peserta daripada 30 komuniti telah mengikuti Kursus Smart Agro Tanaman Nanas dalam Polibeg di bawah Projek Pemerkasaan Agromakanan Negara (PPAN) yang diadakan di PERDA Tech, Nibong Tebal yang terdiri daripada pelbagai komuniti seperti sekolah, agensi kerajaan, agensi swasta, masjid dan juga taman perumahan.
Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada para peserta mengenai teknik penanaman nanas dalam polibeg secara lebih sistematik dan berkesan. Peserta telah didedahkan dengan kaedah penyediaan medium tanaman, pemilihan dan rawatan bahan tanaman, teknik penanaman yang betul serta pengurusan asas tanaman nanas dalam polibeg.
Selain itu, peserta turut diberikan penerangan mengenai kepentingan penjagaan tanaman, pembajaan dan pengawalan rumpai bagi memastikan pertumbuhan tanaman yang sihat serta menghasilkan buah nanas yang berkualiti.
Diharapkan kursus ini dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan keyakinan peserta untuk mengusahakan penanaman nanas dalam polibeg di kawasan komuniti masing-masing.
Program ini juga diharapkan dapat memperkukuh penglibatan komuniti dalam aktiviti pertanian moden serta menyumbang kepada peningkatan pendapatan dan kesejahteraan masyarakat setempat selaras dengan matlamat Projek Pemerkasaan Agromakanan Negara (PPAN).