Giatmara Pulau Pinang

Giatmara Pulau Pinang GIATMARA Pulau Pinang Sebuah Organisasi yang menyediakan latihan dan perkhidmatan kepada umum dari segi skill dan bantuan kebajikan kepada umum

SESI LAWATAN AHLI LEMBAGA PENGARAH GIATMARA & PENGURUSAN TERTINGGI GIATMARA KE GIATMARA BAYAN LEPAS8 Ogos 2026 – Telah b...
09/08/2026

SESI LAWATAN AHLI LEMBAGA PENGARAH GIATMARA & PENGURUSAN TERTINGGI GIATMARA KE GIATMARA BAYAN LEPAS

8 Ogos 2026 – Telah berlangsung sesi lawatan Ahli Lembaga Pengarah GIATMARA bersama Pengurusan Tertinggi GIATMARA ke GIATMARA Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Sesi lawatan dimulakan dengan sambutan oleh Encik Tajul Muluk bin Shaari, Pengarah GIATMARA Negeri Pulau Pinang, dan Encik Najib bin Abdul Ghani, Pengurus GIATMARA Bayan Lepas yang menerima kunjungan Ybhg.Datuk Musa bin Hj.Sheikh Fadzir, Pengerusi GIATMARA Malaysia.Juga kehadiran Ts.Ahmad Hamdi bin Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA Malaysia yang turut mengalu-alukan kehadiran Ahli Lembaga Pengarah GIATMARA dan wakil industri dari WATLOW Elektrik Malaysia Sdn.Bhd, Trilli Maju dan wakil-wakil UMNO bhg Pulau Pinang. Para tetamu dijemput menikmati juadah yang disediakan oleh tenaga pengajar GIATMARA Balik Pulau.

Dalam sesi lawatan tersebut, turut dibentangkan projek inovasi yang berjaya meraih PINGAT EMAS (GOLD) dalam kategori ITEX Invention & Design Competition (IDC) 2026 kepada Ahli Lembaga Pengarah GIATMARA dan pihak industri.
Pencapaian ini membuktikan komitmen, kreativiti, kepakaran dan keupayaan warga GIATMARA dalam menghasilkan inovasi yang berimpak tinggi, kompeten, malah mampu menghasilkan inovasi yang memenuhi keperluan semasa.

Lawatan kemudiannya diteruskan ke bengkel-bengkel latihan serta rumah contoh bagi meninjau dengan lebih dekat kemudahan, persekitaran latihan dan hasil kerja yang dilaksanakan oleh warga GIATMARA Bayan Lepas.

Kehadiran pihak industri dalam sesi lawatan ini turut memperlihatkan komitmen dan sokongan berterusan terhadap GIATMARA, di samping membuka ruang yang lebih luas untuk memperkukuh jaringan kerjasama antara institusi TVET dan pihak industri.

Secara keseluruhannya, lawatan ini memberi peluang kepada Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan Tertinggi GIATMARA untuk meninjau pencapaian, memahami keperluan semasa serta mengenal pasti ruang penambahbaikan dalam usaha memperkukuh penyampaian latihan dan meningkatkan kualiti kemudahan demi memastikan GIATMARA terus unggul, relevan dan berdaya saing dalam landskap TVET negara.

Lawatan Pentauliahan Micro-Credential di GIATMARA Bukit Bendera pada 22 Julai 2026. Terima kasih kepada semua yang terli...
23/07/2026

Lawatan Pentauliahan Micro-Credential di GIATMARA Bukit Bendera pada 22 Julai 2026.
Terima kasih kepada semua yang terlibat.
Alhamdulillah selesai.

MAJLIS RINGKAS -  PENYERAHAN  LAPTOP22 Julai 2026 melakar kenangan manis buat Nur Farisha binti Hashim, lepasan pelatih ...
22/07/2026

MAJLIS RINGKAS - PENYERAHAN LAPTOP

22 Julai 2026 melakar kenangan manis buat Nur Farisha binti Hashim, lepasan pelatih GIATMARA Bagan, apabila menerima sumbangan sebuah laptop daripada Yayasan Pelajaran MARA (YPM). Nur Farisha merupakan seorang anak kelainan upaya yang menggunakan kerusi roda seumur hidup, namun kekangan fizikal tersebut tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus berusaha mencapai kejayaan dalam bidang akademik dan kemahiran.

Laptop tersebut telah disampaikan oleh Encik Afzal Nasir Ibrahim, Pegawai Perhubungan Pendidikan YPM Negeri Pulau Pinang. Turut hadir ialah Encik Tajul Muluk bin Shaari, Pengarah GIATMARA Negeri Pulau Pinang; Encik Faizal bin Che Amat, Timbalan Pengarah GIATMARA Negeri Pulau Pinang; Cik Jamiza binti Johari, Pengurus GIATMARA Bagan serta Encik Danial Alimin, Pengerusi GPMS Pulau Pinang;

Untuk makluman, Nur Farrisha binti Hashim, 22 tahun, yang menetap di Mak Mandin, Butterworth merupakan anak tunggal dan seorang pelajar cemerlang. Beliau memperoleh 8A dalam SPM, PNGK 3.25 dalam STPM, serta berjaya mencatat PNGK 3.70 sepanjang pengajian di GIATMARA Bagan. Atas kecemerlangan tersebut, beliau turut menerima Sijil Anugerah Eksekutif GIATMARA (SAEGM) bagi Sesi Ambilan Ogos 2025.

Semoga sumbangan ini menjadi pemangkin semangat kepada Nur Farrisha untuk terus melakar kejayaan dalam pengajian dan kerjaya pada masa hadapan. Tahniah dan selamat maju jaya!

📍 Lawatan Verifikasi Penarafan Tunggal Program TVET Tahun 2026Pada 20 Julai 2026, GIATMARA Kepala Batas telah menerima L...
20/07/2026

📍 Lawatan Verifikasi Penarafan Tunggal Program TVET Tahun 2026

Pada 20 Julai 2026, GIATMARA Kepala Batas telah menerima Lawatan Verifikasi Penarafan Tunggal Program TVET.

Lawatan ini bertujuan untuk menilai serta mengesahkan pelaksanaan program TVET berdasarkan kriteria penarafan yang telah ditetapkan, di samping memperkukuhkan usaha meningkatkan kualiti penyampaian latihan kemahiran.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua panel verifikasi serta seluruh warga GIATMARA Kepala Batas yang telah memberikan kerjasama dan komitmen sepanjang sesi lawatan berlangsung.

Semoga usaha berterusan ini dapat memperkasakan lagi kecemerlangan TVET dan melahirkan tenaga kerja mahir yang berkualiti serta berdaya saing.

15/07/2026

Tahniah MARA Tahniah GIATMARA

13/07/2026

Terima kasih Ybhg Datuk Zulfikri Bin Osman, Ketua Pengarah MARA atas kesudian melawat GIATMARA Jelutong yang baru beroperasi di Bangunan MARA Negeri Pulau Pinang.


13 Julai 2026 | Program Walkabout Ketua Pengarah MARA di GIATMARA Jelutong, Pulau PinangProgram Walkabout bersama Datuk ...
13/07/2026

13 Julai 2026 | Program Walkabout Ketua Pengarah MARA di GIATMARA Jelutong, Pulau Pinang

Program Walkabout bersama Datuk Zulfikri Bin Osman, Ketua Pengarah MARA telah berlangsung di GIATMARA Jelutong, Pulau Pinang.
Turut hadir mengiringi beliau ialah En. Abdul Halim bin Mohamad, Pengarah MARA Negeri Pulau Pinang, En. Tajul Muluk bin Shaari, Pengarah GIATMARA Negeri Pulau Pinang, Pengarah-Pengarah Bahagian MARA serta Pengurusan Tertinggi GIATMARA Ibu Pejabat.

Sepanjang lawatan, delegasi telah meninjau bengkel-bengkel latihan yang melibatkan program Terapi Kecantikan, Dandanan Rambut, dan Kursus Jangka Pendek Family Care Services. Program ini disertai oleh para peserta daripada PAWE Bayan Baru, yang berpeluang memgikuti kemahiran pengurusan warga emas.

Program Walkabout diakhiri dengan Majlis Menandatangani Plak Kenangan serta jamuan makan tengah hari dalam suasana mesra, sekali gus mengeratkan hubungan antara pihak MARA, GIATMARA dan para peserta program.

Semoga lawatan ini menjadi pemangkin kepada usaha memperkasakan kualiti latihan, memperkukuh budaya kecemerlangan dan mengangkat GIATMARA sebagai institusi TVET pilihan negara.

Lawatan kerja diteruskan bersama perjumpaan semua staf Pejabat MARA Negeri dan Pegawai Mengawal Pusat MARA Negeri Pulau Pinang.




🇲🇾 Dari GIATMARA Prima Tasek Gelugor ke Pentas Antarabangsa! ✂️🌍Tahniah dan syabas diucapkan kepada Saudara Muhd Taufiq,...
03/07/2026

🇲🇾 Dari GIATMARA Prima Tasek Gelugor ke Pentas Antarabangsa! ✂️🌍

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Saudara Muhd Taufiq, lepasan Kursus Penyeliaan Dandanan Rambut Tahap 3 tahun 2022 di GIATMARA Prima Tasek Gelugor, yang bakal mengharumkan nama Malaysia apabila terpilih mewakili negara ke Bali Barber Battle 2026 di Bali, Indonesia pada 5 Julai 2026. Acara ini merupakan sebahagian daripada Bali Barber Expo 2026, antara acara barber terbesar di Asia. (Bali Barber Expo⁠)

Beliau yang juga merupakan lepasan pelatih Senireka Gaya Rambut Tahap 2 di GIATMARA Gopeng, Perak membuktikan bahawa graduan TVET GIATMARA mampu bersaing di pentas antarabangsa dengan bakat, kemahiran dan profesionalisme yang tinggi.

Seluruh warga GIATMARA Prima Tasek Gelugor mendoakan agar Saudara Muhd Taufiq diberikan kelancaran, keyakinan dan kejayaan sepanjang pertandingan. Semoga pulang membawa kemenangan serta terus mengangkat nama Malaysia dan GIATMARA di persada dunia.

Terbang tinggi membawa harapan, pulang membawa kebanggaan.

Address

Kepala Batas

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6045741151

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Giatmara Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Giatmara Pulau Pinang:

Shortcuts

Share