PAS Kepala Batas

PAS Kepala Batas TERIMA KASIH bersama PAS KAWASAN KEPALA BATAS

Negara Ini Perlu Jelas IdentitinyaKenyataan bahawa “perjudian berlesen sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan di Ma...
20/08/2026

Negara Ini Perlu Jelas Identitinya

Kenyataan bahawa “perjudian berlesen sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan di Malaysia” membawa kita kepada satu persoalan yang jauh lebih besar daripada isu lesen perjudian semata-mata:

Apakah identiti dan nilai asas yang mahu menjadi panduan negara ini?

Inilah yang sering saya tekankan. Malaysia tidak boleh dibiarkan berkembang sebagai sebuah negara yang identitinya ditafsir dan didefinisikan semula mengikut selera pemimpin atau kelompok yang sedang mempunyai pengaruh politik.

Kita mempunyai asas sejarah dan Perlembagaan yang jelas. Islam mempunyai kedudukan sebagai agama Persekutuan, institusi Raja-Raja Melayu mempunyai kedudukan tersendiri, dan sejarah pembentukan negara ini tidak boleh dipisahkan daripada akar Melayu-Islam.

Sebab itu bagi saya, kita perlu berani memperkukuhkan identiti Malaysia yang berteraskan Islam dan Melayu, dalam masa yang sama menjamin keadilan, keamanan dan hak seluruh rakyat berbilang kaum dan agama.

Berteraskan Islam bukan bermaksud menafikan hak bukan Islam. Islam sendiri menuntut keadilan kepada semua. Tetapi sebuah negara mesti mempunyai kompas moral dan identiti yang jelas.

Jika asas ini terus dikaburkan, akhirnya setiap perkara akan ditentukan berdasarkan pragmatisme semasa:

Hari ini perjudian dikatakan sudah menjadi “sebahagian kehidupan”.
Esok mungkin perkara lain p**a dinormalisasikan atas alasan ia sudah lama wujud, mempunyai permintaan atau memberikan hasil kepada negara.

Persoalannya bukan sekadar:

“Adakah ia berlesen?”

Persoalan yang lebih mendasar ialah:

“Adakah ia selari dengan nilai dan arah negara yang mahu kita bina?”

Lesen menjadikan sesuatu aktiviti sah di sisi undang-undang, tetapi lesen tidak dengan sendirinya menjadikan sesuatu itu baik dari sudut moral dan pembinaan masyarakat.

Malaysia mesti maju. Malaysia mesti inklusif. Malaysia mesti berlaku adil kepada semua.

Tetapi dalam perjalanan itu, Malaysia tidak boleh kehilangan jati dirinya.

Kita tidak mahu identiti negara didefinisikan semula setiap kali bertukar kerajaan atau pemimpin.

Islam mesti menjadi kompas.
Keadilan untuk semua mesti menjadi prinsip.
Jati diri negara mesti dipertahankan.

Dr Zaki Ibrahim
Ketua Penerangan PAS Kepala Batas

Jom Live Podcast bersama ADUN Pinang Tunggal, YB Bukhori🗓️ 9.45 Malam ini✅Tik Tok YB Bukhori: ybhajibukhorighazaliPautan...
18/08/2026

Jom Live Podcast bersama ADUN Pinang Tunggal, YB Bukhori

🗓️ 9.45 Malam ini

✅Tik Tok YB Bukhori: ybhajibukhorighazali

Pautan:
https://www.tiktok.com/?_r=1&_t=ZS-98z7oNHDjdP

Jom tiap2x screen & share kepada rakan-rakan semua.

Pandangan ketua penerangan PAS Kawasan Kepala Batas.
18/08/2026

Pandangan ketua penerangan PAS Kawasan Kepala Batas.

KENYATAAN terbaru Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow bahawa cadangan terowong dasar laut atau jambatan ketiga masih dikekalkan secara indikatif dalam draf Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang (RSNPP) 2040 membuka kembali perbahasan yang telah berlarutan lebih sedekad.

Berita penuh

https://harakahdaily.net/2026/08/18/p**au-pinang-perlukan-terowong-ketiga/

🎙️ PODCAST “HANGPA TANYA, YB PAKLANG JAWAB” KEMBALI BERSIARAN! 🔥Nak tahu apa isu semasa yang sedang hangat? Jom dengar k...
18/08/2026

🎙️ PODCAST “HANGPA TANYA, YB PAKLANG JAWAB” KEMBALI BERSIARAN! 🔥


Nak tahu apa isu semasa yang sedang hangat? Jom dengar kupasan dan jawapan secara santai, terus daripada YB Haji Bukhori Ghazali bersama moderator Dr Zaki bin Ibrahim.

📌 Antara isu yang akan dibincangkan:
▪️ Isu Rohingya
▪️ Kos Sara Hidup
▪️ PRU16 – Bila?
▪️ Isu DUN Pinang Tunggal
🗓 18 Ogos 2026 (Selasa)
⏰ 9.45 malam
📱 LIVE DI TikTok:
🎁 Kuiz & hadiah menarik disediakan!


🔥 Jangan lepaskan peluang untuk dengar, tanya dan ikuti perbincangan secara LIVE!
Sembang santai • Info tepat • Suara rakyat 🇲🇾









JENTERA PAS DUN PINANG TUNGGAL DILANCARKAN, TEKAD BAWA POLITIK BERINTEGRITI DAN BERPAKSIKAN TAKWAPINANG TUNGGAL, 16 Ogos...
17/08/2026

JENTERA PAS DUN PINANG TUNGGAL DILANCARKAN, TEKAD BAWA POLITIK BERINTEGRITI DAN BERPAKSIKAN TAKWA

PINANG TUNGGAL, 16 Ogos 2026 – PAS Kawasan Kepala Batas terus memperkukuhkan kesiapsiagaan menghadapi pilihan raya akan datang menerusi Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS DUN Pinang Tunggal yang berlangsung dalam suasana penuh semangat dan iltizam perjuangan.

Majlis yang menghimpunkan pimpinan, petugas parti, ahli serta penyokong itu menjadi medan menyatukan kekuatan organisasi dan memperbaharui komitmen untuk mempertahankan amanah rakyat di DUN Pinang Tunggal. Majlis dipengerusikan sendiri oleh pengarah JPRP Kepala Batas, Tuan Mohd Akhir Che Mat yang menyusun dengan sangat baik gerak kerja persediaan jentera di seluruh parlimen Kepala Batas.

Pengarah JPRD Pinang Tunggal, Ustaz Khairul Rizan Saad, dalam ucapannya menegaskan bahawa kekuatan sesebuah jentera pilihan raya bukan sekadar bergantung kepada jumlah petugas, tetapi kepada kesediaan bekerja secara tersusun, berdisiplin dan istiqamah.

Beliau menyeru seluruh jentera supaya memperkukuhkan gerak kerja di setiap peringkat serta mendekati masyarakat secara berterusan. Pelancaran tersebut, katanya, bukan sekadar acara simbolik tetapi menandakan bermulanya gerak kerja yang lebih tersusun dan menyeluruh di seluruh DUN Pinang Tunggal.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Kawasan Kepala Batas, Dr Zaki Ibrahim, membawa mesej mengenai integriti dan amanah dalam memilih pemimpin.

Beliau menegaskan bahawa pilihan raya bukan sekadar soal memilih parti atau individu, tetapi merupakan keputusan besar untuk menyerahkan amanah mengurus rakyat, institusi dan harta awam kepada seseorang pemimpin.

Menurut beliau, rakyat memerlukan wakil rakyat dan pemimpin yang bukan sahaja berkebolehan, tetapi mempunyai integriti serta rasa takut kepada Allah dalam melaksanakan amanah.

Yang Dipertua PAS Kawasan Kepala Batas merangkap ADUN Pinang Tunggal, YB Bukhori Ghazali, p**a berkongsi pengalaman beliau sepanjang menjalankan amanah sebagai wakil rakyat Pinang Tunggal.

Beliau menekankan bahawa menjadi ADUN bukan suatu kedudukan untuk dibanggakan, sebaliknya satu amanah besar yang menuntut seseorang pemimpin sentiasa dekat dengan masyarakat, mendengar permasalahan mereka dan berusaha mencari penyelesaian.

Pengalaman berhadapan secara langsung dengan pelbagai lapisan masyarakat, menurut beliau, memperlihatkan bahawa rakyat mahukan wakil rakyat yang boleh ditemui, mendengar suara mereka dan benar-benar bekerja untuk kawasan yang diwakili.

Turut menyampaikan ucapan ialah Ahli Parlimen Permatang Pauh, YB Ustaz Muhammad Fawwaz Mohamad Jan, yang membawa hadirin menghayati kisah perjuangan dan thabat Abu Zar al-Ghifari RA.

Kisah keberanian Abu Zar mempertahankan perjuanagn dijadikan inspirasi kepada seluruh jentera bahawa perjuangan Islam menuntut keberanian, keikhlasan dan kesanggupan berkorban. Perjuangan tidak boleh dibina atas kepentingan peribadi, sebaliknya perlu berakar kepada keyakinan terhadap kebenaran dan kesediaan menyampaikan risalah walaupun berhadapan cabaran.

Kemuncak majlis ialah ucapan dan perasmian oleh YB Dr Haim Hilman Abdullah, AJK PAS Pusat merangkap ADUN Jitra.

Dalam amanatnya, beliau menyuntik semangat kepada seluruh jentera agar melihat perjuangan politik sebagai medan khidmat kepada rakyat dan sebahagian daripada tanggungjawab membina masyarakat serta negara yang lebih baik.

Beliau menyeru jentera supaya tidak hanya bergerak ketika musim pilihan raya, tetapi terus berada di tengah masyarakat, memahami denyut nadi rakyat serta menawarkan kepimpinan yang berprinsip, berintegriti dan mampu membawa penyelesaian kepada permasalahan sebenar mereka.

Pelancaran jentera ini sekaligus menjadi isyarat bahawa PAS Kepala Batas dan JPRD Pinang Tunggal kini memasuki fasa kesiapsiagaan yang lebih tersusun, dengan kekuatan organisasi, penerangan, kebajikan dan hubungan masyarakat terus diperkasakan.

Pinang Tunggal bukan sekadar sebuah kerusi untuk dipertahankan. Ia adalah amanah yang mesti dijaga.

Dengan semangat perjuangan, integriti dan khidmat kepada rakyat, seluruh jentera bertekad untuk terus bekerja dan membawa suara masyarakat Pinang Tunggal.

**Berintegriti dalam memimpin.
Beramanah dalam berkhidmat.
Istiqamah dalam perjuangan.**

**PAS KAWASAN KEPALA BATAS**

Inna lillahi wainna ilaihi rojiun. Semoga Allah menempatkan arwah dalam kalangan orang beriman.
17/08/2026

Inna lillahi wainna ilaihi rojiun.
Semoga Allah menempatkan arwah dalam kalangan orang beriman.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Salam takziah saya ucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham adik Muhammad Zulkarnain bin Suwardi, pelajar Asasi Kejuruteraan dan Teknologi, UPNM.

"Abang wadi, macam mana anak masuk sana? Dia minat nak sambung sana..Janji dia s**a.."

Masih terngiang-ngiang sembang santai saya dan ayahandanya bulan lepas dalam majlis pemberian saguhati kepada pelajar-pelajar yang menyambung pengajian.

"Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman".

Al-Fatihah



Pelancaran Jentera Pilihanraya PAS DUN Pinang TunggalJommm, malam ini!Gendang perjuangan telah dipalu. Ayuh! semua ahli,...
16/08/2026

Pelancaran Jentera Pilihanraya PAS DUN Pinang Tunggal

Jommm, malam ini!

Gendang perjuangan telah dipalu. Ayuh! semua ahli, amilin dan penyokong², bersama-sama kita hadir dan berhimpun memeriahkan Majlis Ceramah Perdana & Pelancaran Jentera Pilihanraya PAS DUN Pinang Tunggal.

Ini adalah malam semangat kesiapsagaan dan kebangkitan jentera PAS menuju ke medan perjuangan serta kemenangan!

✅ Tarikh : 16 Ogos 2026 (Ahad)
✅ Masa : 9.00 Malam
✅ Tempat : Dataran Sungai Korok, Jalan Kampung Baharu, Pinang Tunggal
✅ Disempurnakan Oleh: YB Dr Haim Hilman Bin Abdullah (AJK PAS Pusat merangkap ADUN Jitra, Kedah)
✅ Turut Hadir : YB Ustaz Muhammad Fawwaz Bin Mohamad Jan (Ahli Parlimen Permatang Pauh)

Kehadiran anda adalah simbol sokongan, kesatuan dan kekuatan jamaah dalam menggalas amanah perjuangan.
Jom!! menjadi sebahagian daripada sejarah kebangkitan jentera PAS DUN Pinang Tunggal !

”Bersama PAS Membina Negara Berkat Dan Sejahtera”




See less

PAS KEPALA BATAS HADIR SOKONG MAJLIS MAKAN MALAM PAS PULAU PINANGTASEK GELUGOR, 15 Ogos 2026 — PAS Kawasan Kepala Batas ...
15/08/2026

PAS KEPALA BATAS HADIR SOKONG MAJLIS MAKAN MALAM PAS PULAU PINANG

TASEK GELUGOR, 15 Ogos 2026 — PAS Kawasan Kepala Batas hadir memberikan sokongan dan turut menyumbang bagi menjayakan Majlis Makan Malam Anjuran PAS Negeri Pulau Pinang yang berlangsung malam ini di Dewan Pusat Kecemerlangan As-Syafie (PAKSY), Lubuk Meriam, Tasek Gelugor.

Majlis yang menghimpunkan pimpinan, ahli serta para pendukung perjuangan PAS dari seluruh Pulau Pinang ini menjadi medan memperkukuhkan ukhuwah, kesatuan fikrah dan kesiapsiagaan gerak kerja dalam menghadapi cabaran perjuangan yang semakin besar.

PAS Kawasan Kepala Batas hadir bersama-sama menyatakan sokongan penuh terhadap usaha PAS Negeri Pulau Pinang, di samping memberikan sumbangan sebagai tanda kebersamaan dalam menjayakan agenda dan gerak kerja parti di peringkat negeri.

Program turut dimeriahkan dengan persembahan teater anak SRIBU dan TAPAI, Boria Anak PASTI serta tausiah dan taujihat pimpinan, sekali gus menjadikan majlis bukan sekadar pertemuan, tetapi ruang menyuntik semangat dan memperkukuhkan iltizam para pendukung perjuangan.

Bagi PAS Kepala Batas, kekuatan perjuangan tidak dibina secara bersendirian. Ia lahir daripada jamaah yang bersatu, saling menyokong dan sanggup menyumbang tenaga, masa serta harta demi membawa agenda Islam dan kesejahteraan rakyat.

Insya-Allah, PAS Kepala Batas akan terus bersama PAS Negeri Pulau Pinang dalam memperkukuhkan gerak kerja menuju sebuah Pulau Pinang yang lebih baik, sejahtera dan berpaksikan nilai Islam.

Bersama kita perkukuhkan saf. Bersama kita bina kekuatan.






13/08/2026

Pelancaran Jentera Pilihanraya PAS Dun Pinang Tunggal, Pulau Pinang bersama Prof Haim Hilman.




Ameerah Kepala Batas Pemuda PAS Kepala Batas Dewan Muslimat PAS Kawasan Kepala Batas

🇲🇾 SEMARAK KEMERDEKAAN KEPALA BATAS 2026 🇲🇾Ayuh seluruh warga Kepala Batas dan sekitarnya, mari bersama-sama menyemarakk...
06/08/2026

🇲🇾 SEMARAK KEMERDEKAAN KEPALA BATAS 2026 🇲🇾

Ayuh seluruh warga Kepala Batas dan sekitarnya, mari bersama-sama menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan untuk seisi keluarga!

📅 30 Ogos 2026 (Ahad)
🕣 8.30 pagi – 12.30 tengah hari
📍 Pusat Pengajian Al-Quran Al-Basyir, Bandar Putra Bertam

🎉 Antara aktiviti menarik yang disediakan:
🏍️ Konvoi Motosikal
🏍️ Pameran Motosikal
🎨 Pertandingan Mewarna (5–10 tahun)
🇲🇾 Gubahan Jalur Gemilang (Menggunakan Bahan Terpakai)
🧩 Puzzle Merdeka (Berkump**an)
🖐️ Messy Play (Kanak-kanak 4 Tahun ke Bawah)
👕 Jualan Baju Semarak Merdeka
🎁 Cabutan Bertuah dengan pelbagai hadiah menarik

📌 Daftar dan dapatkan maklumat lanjut di:
https://sites.google.com/view/semarak-kemerdekaan-kepala-bat/home

📞 Sebarang pertanyaan:
☎️ Wan: 012-432 9864
☎️ Fatehah: 013-517 7795

Jom bawa keluarga, sahabat dan jiran tetangga untuk bersama-sama menghayati semangat kemerdekaan dalam suasana penuh ukhuwwah dan perpaduan.

📲 Pakat share, pakat mai!

🇲🇾 Semarak Merdeka, Teguh Penyatuan.

Address

KEPALA BATAS
Kepala Batas
13200

Telephone

+60194974123

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Kepala Batas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share