23/07/2026
Sebelum bermulanya Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Kepala Batas 2026, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kepala Batas, Saudara Mohamad Helmi Juhari, telah menyampaikan Insentif Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kepala Batas kepada mahasiswa-mahasiswa yang hadir.
Turut bersama Dato' Roslan Saidin, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas, yang turut memeriahkan majlis penyampaian insentif tersebut.
Penyampaian insentif ini merupakan tanda penghargaan dan sokongan kepada mahasiswa agar terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik serta menjadi generasi pelapis yang berilmu, berintegriti dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara.
Semoga inisiatif ini menjadi pembakar semangat kepada para mahasiswa untuk terus melakar kejayaan dan kembali menyumbang kepada masyarakat pada masa hadapan.