Kraftangan Pulau Pinang

Kraftangan Pulau Pinang Kraftangan Malaysia Penang supports the growth of local handicraft entrepreneurs through training, promotion, and innovation towards a wider audience.

🧺✨ PROMOSI KRAF MALAYSIA 2026 βœ¨πŸ§ΊπŸ“ MYDIN Mall, Bertam, Pulau PinangπŸ“… 27 Ogos – 6 September 2026⏰ 10.00 pagi – 10.00 malam...
04/09/2026

🧺✨ PROMOSI KRAF MALAYSIA 2026 ✨🧺

πŸ“ MYDIN Mall, Bertam, Pulau Pinang
πŸ“… 27 Ogos – 6 September 2026
⏰ 10.00 pagi – 10.00 malam

πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŽ‰ 4 September 2026 | HARI KE-9

Hari ke-9 Promosi Kraf Malaysia 2026 terus meriah dengan kunjungan YBrs. Dr. Annuar bin Mohamed, Pengarah MOTAC Pulau Pinang, bersama YBrs. Puan Eezmadyna Azalin binti Nordin, Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Pulau Pinang.

Kunjungan ini bukan sahaja menjadi tanda sokongan terhadap usaha memartabatkan produk kraf tempatan, malah turut mengukuhkan hubungan strategik serta kerjasama antara Kraftangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang, MOTAC dan agensi-agensi di bawahnya dalam memperkasakan industri kraf di Pulau Pinang. 🀝✨

Menariknya, terdapat juga usahawan kraf Pulau Pinang yang bakal turut serta dalam Festival Citra Mutiara 2026 anjuran JKKN Pulau Pinang yang akan berlangsung pada:

πŸ“… 11 – 13 September 2026
⏰ 10.00 pagi – 11.00 malam
πŸ“ Lebuh Armenian, George Town, Pulau Pinang

Inisiatif sebegini membuka lebih banyak ruang dan peluang kepada usahawan kraf untuk memperluaskan pasaran, memperkenalkan produk tempatan serta mendekatkan kraf Malaysia kepada masyarakat dan pelancong. πŸ§ΊπŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸ™ Terima kasih diucapkan kepada YBrs. Dr. Annuar bin Mohamed dan YBrs. Puan Eezmadyna Azalin binti Nordin atas kunjungan, sokongan dan perhatian terhadap pembangunan industri kraf tempatan.

Lebih istimewa, kunjungan turut diserikan dengan sokongan membeli produk kraf tempatan sebagai tanda galakan kepada para usahawan kraf yang terus gigih berkarya dan menjana ekonomi melalui hasil seni dan kreativiti mereka. ❀️

✨ Mai mai! Promosi Kraf Malaysia 2026 masih berbaki 2 hari sahaja lagi!

Jangan dok tunggu lama-lama… mai singgah MYDIN Bertam, pilih produk kraf tempatan dan sokong usahawan kita! 🧺πŸ’ͺπŸ‡²πŸ‡Ύ

Beli Kraf Malaysia. Sokong Usahawan Tempatan. Semarakkan Industri Kraf Negara. πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨





𝙄𝙣𝙛𝙀 π™†π™§π™–π™›π™Žπ™€π™£π™œπ™ π™€π™ ..
04/09/2026

𝙄𝙣𝙛𝙀 𝙆𝙧𝙖𝙛
π™Žπ™€π™£π™œπ™ π™€π™ 
..



3 SEPTEMBER 2026 | LAWATAN PEMANTAUAN USAHAWAN KRAFKraftangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang meneruskan usaha menyantuni...
03/09/2026

3 SEPTEMBER 2026 | LAWATAN PEMANTAUAN USAHAWAN KRAF

Kraftangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang meneruskan usaha menyantuni usahawan kraf menerusi Lawatan Pemantauan Usahawan Kraf sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam memperkukuh ekosistem pembangunan usahawan kraf tempatan.

Sehubungan itu, Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang telah mengadakan lawatan pemantauan ke premis Encik JONATHAN YUN TIEN TZU, pengusaha CHRYSALIS JEWELS, yang terlibat dalam bidang Kraf Hasil Logam (Perak), bertempat di Jalan Masjid Kapitan Keling, 10200 Georgetown, Pulau Pinang pada 3 September 2026.

Encik Jonathan Yun Tien Tzu telah berdaftar sebagai usahawan kraf bersama Kraftangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang sejak tahun 2022 dan merupakan antara usahawan kraf yang berpengalaman serta aktif dalam bidang hasil logam, khususnya penghasilan produk berasaskan perak.

Berbekalkan pengalaman dan kemahiran yang dimiliki, beliau bukan sahaja aktif menghasilkan produk kraf yang mempunyai nilai estetika dan keunikan tersendiri, malah turut konsisten menyertai pelbagai pameran, promosi dan program pembangunan usahawan anjuran Kraftangan Malaysia.

Dalam sesi perbincangan bersama usahawan, turut dikongsikan beberapa cabaran dan kekangan yang dihadapi dalam mengembangkan perusahaan, khususnya berkaitan dengan mendapatkan bekalan bahan mentah yang bersesuaian dan berkualiti, selain berdepan dengan harga bahan mentah yang tinggi serta tidak menentu mengikut keadaan pasaran semasa.

Keadaan tersebut secara tidak langsung memberi kesan kepada kos pengeluaran, penetapan harga produk serta perancangan pengeluaran dan pemasaran. Bagi pengusaha kraf hasil logam seperti Chrysalis Jewels, kestabilan bekalan dan kos bahan mentah merupakan antara aspek penting dalam memastikan kelangsungan serta daya saing perusahaan.

Selain itu, cabaran mendapatkan modal insan yang mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang kraf hasil logam turut menjadi antara perkara yang dibincangkan. Kekurangan tenaga kerja berkemahiran bukan sahaja memberi cabaran kepada kapasiti pengeluaran, malah boleh menjejaskan usaha untuk mengembangkan perusahaan serta proses pemindahan kemahiran kepada generasi pelapis.

Kraftangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang mengambil maklum setiap pandangan dan cabaran yang dikongsikan oleh usahawan sebagai input penting dalam merangka pendekatan pembangunan yang lebih bersasar dan berkesan.

Pendekatan turun padang dan cakna usahawan akan terus diperkasakan kerana setiap kunjungan bukan sekadar pemantauan, tetapi merupakan ruang untuk mendengar, memahami cabaran dan bersama-sama mencari jalan penyelesaian demi memastikan usahawan kraf terus bertahan, berkembang dan mampu bersaing dalam pasaran.

✨ Cabaran hari ini bukan penghalang untuk terus melangkah, tetapi ruang untuk kita mencari solusi dan membina kekuatan baharu.

Kraftangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang akan terus komited dalam menyokong dan memperkasa usahawan kraf tempatan agar industri kraf terus berkembang, lestari dan mampu mengangkat nilai seni serta warisan kraf Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi.





02/09/2026
🧺✨ 2 SEPTEMBER 2026 | MENYANTUNI USAHAWAN KRAF DI MYJAM15 ✨🧺Dalam kesibukan menguruskan PROMOSI KRAF MALAYSIA 2026 di MY...
02/09/2026

🧺✨ 2 SEPTEMBER 2026 | MENYANTUNI USAHAWAN KRAF DI MYJAM15 ✨🧺

Dalam kesibukan menguruskan PROMOSI KRAF MALAYSIA 2026 di MYDIN Mall, Bertam yang sedang berlangsung dari 27 Ogos hingga 6 September 2026, langkah tetap diatur untuk turun padang menyantuni usahawan kraf Pulau Pinang.

Pada 2 September 2026, Kraftangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang berkesempatan meluangkan masa menziarahi usahawan kraf yang sedang menyertai Demonstrasi dan Jualan Kraf sempena Jambori Pengakap Malaysia ke-15 (MYJam15) di perkarangan Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan.

πŸ“… 29 Ogos – 3 September 2026
⏰ 10.00 pagi – 10.00 malam

Bagi Kraftangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang, kunjungan seperti ini amat bermakna. Bukan sekadar melihat jualan dan demonstrasi, tetapi untuk bertanya khabar, mendengar cerita, melihat sendiri perkembangan usahawan serta memberikan sokongan kepada mereka yang tidak pernah berhenti membawa nama kraf Pulau Pinang. ❀️

Antara usahawan yang terlibat ialah Encik Anuar bin Sha'ari daripada NUAS MODEL ENTERPRISE, yang turut memainkan peranan sebagai urus setia MYJam15.

⛴️ Menariknya, replika Feri Pulau Pinang hasil kraf beliau telah mendapat perhatian dan dibeli untuk dijadikan sebagai produk pameran bagi kategori Pengakap Laut.

Daripada sebuah hasil kraf yang dihasilkan dengan penuh ketelitian, kini replika tersebut menjadi sebahagian daripada pameran dalam sebuah program Pengakap berskala kebangsaan. Inilah nilai sebuah kraf β€” bukan sekadar produk, tetapi membawa cerita, identiti dan kebanggaan negeri. πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈ

Turut terlibat dalam Demonstrasi dan Jualan Kraf ialah:

πŸ”¨ Encik Ahmad Nadir bin Askandar
OUTDOOR DYNAMICS SDN. BHD.
➑️ Senjata – Hasil Logam

🧡 Encik Roslan bin Hussain
PUCUK REBUNG ENTERPRISE
➑️ Tekstil

🌿 Encik Yunizam bin Yahaya
LAKAR SARI RESOURCES
➑️ Hasil Rimba

πŸ“° Puan Asni binti Othman
ASNI FAHMI ENTERPRISE
➑️ Aneka Kraf – Kertas Surat Khabar

Kesempatan ini turut menjadi bukti bahawa di mana sahaja ada ruang untuk kraf diketengahkan, di situ Kraftangan Malaysia akan berusaha hadir bersama usahawan.

Walaupun jadual padat, walaupun program berlangsung serentak di lokasi berbeza, usahawan tetap dekat di hati. πŸ’ͺ❀️

Teruskan berkarya.
Teruskan berusaha.
Teruskan membawa nama kraf Pulau Pinang ke pentas yang lebih luas.

Sebab setiap hasil kraf ada ceritanya.
Dan setiap usahawan kraf ada perjuangannya. 🧺✨

πŸ‡²πŸ‡Ύ Kraf Malaysia – Warisan Kita, Kebanggaan Kita.







01/09/2026

πŸ”₯🧺 5 HARI TERAKHIR! 5 HARI TERAKHIR! 🧺πŸ”₯
πŸ‡²πŸ‡Ύ MAI BERTAM, JANGAN BAGI LEPAS! πŸ‡²πŸ‡Ύ

✨ PROMOSI KRAF MALAYSIA 2026 ✨

πŸ“ MYDIN Mall, Bertam, Pulau Pinang
πŸ“… 27 Ogos – 6 September 2026
⏰ 10.00 pagi – 10.00 malam

🚨 TINGGAL 5 HARI SAHAJA LAGI! 🚨
Kalau belum mai, inilah masanya!
Kalau dah mai, mai lagi! 😍

🧺✨ Pelbagai produk kraf tempatan yang unik, kreatif dan berkualiti daripada usahawan kraf dari pelbagai negeri sedang menanti anda!

🎁 Nak cari buah tangan?
🏠 Nak cantikkan rumah?
πŸ›οΈ Nak cari produk unik hasil tangan tempatan?
❀️ Atau nak support usahawan kraf kita?

SEMUA ADA! Mai tengok sendiri β€” mungkin ada yang terus jatuh hati! 😍

πŸ’¬ Warga Bertam, mai jangan dok tunggu lagi!

πŸ“£ Ajak mak ayah, anak-anak, keluarga, kawan-kawan dan geng-geng semua. Mai singgah MYDIN Mall, Bertam!

πŸ‘‰ Pi tengok.
πŸ‘‰ Pi pilih.
πŸ‘‰ Pi beli.
πŸ‘‰ Pi support usahawan kraf Malaysia! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ§Ί

πŸ”₯ Jangan tunggu sampai hari terakhir!
Promosi ini hanya berlangsung sehingga 6 September 2026 sahaja.

🌟 Setiap pembelian anda membantu menyokong kelangsungan usahawan kraf tempatan, di samping menghargai seni, kreativiti, budaya dan warisan kraf Malaysia.

🀝 SOKONG KRAF TEMPATAN.
❀️ SOKONG USAHAWAN KITA.
πŸ‡²πŸ‡Ύ HARGAI HASIL TANGAN ANAK MALAYSIA.

πŸ“’ Mohon bantu SHARE & hebahkan kepada keluarga, rakan-rakan dan komuniti Bertam serta seluruh Pulau Pinang!

🚨🚨🚨 TINGGAL 5 HARI SAHAJA LAGI! 🚨🚨🚨

πŸ”₯ MAI BERTAM! MAI LAH SINGGAH!
🧺 Mai tengok kraf! Mai beli kraf! Mai support usahawan kita!

πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨ PROMOSI KRAF MALAYSIA 2026
KRAF KITA, KEBANGGAAN KITA! 🧺❀️






🧺✨ PROMOSI KRAF MALAYSIA 2026 βœ¨πŸ§ΊπŸ“ MYDIN Mall, Bertam, Pulau PinangπŸ“… 27 Ogos – 6 September 2026⏰ 10.00 pagi – 10.00 malam...
01/09/2026

🧺✨ PROMOSI KRAF MALAYSIA 2026 ✨🧺

πŸ“ MYDIN Mall, Bertam, Pulau Pinang
πŸ“… 27 Ogos – 6 September 2026
⏰ 10.00 pagi – 10.00 malam

πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŽ‰ 31 Ogos 2026 | HARI KE-5
🌟 MERIAHNYA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69 DI PROMOSI KRAF MALAYSIA! 🌟

πŸŽ‰πŸ‡²πŸ‡Ύ Jom mai! Jom meriahkan sambutan Merdeka sambil sokong kraf tempatan! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŽ‰

Hari ke-5 Promosi Kraf Malaysia 2026 yang berlangsung pada 31 Ogos 2026, bersempena Hari Kebangsaan Malaysia ke-69, terus meriah dengan penganjuran aktiviti Chef Cilik: Deko Cupcake oleh Kraftangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang di MYDIN Mall, Bertam.

🧁🎨 Aktiviti ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan apabila ramai chef cilik tampil dengan penuh teruja untuk menghias cupcake mengikut kreativiti masing-masing. Lebih menarik, hiasan cupcake turut mengetengahkan tema sambutan Hari Kebangsaan, menjadikan aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan, malah turut menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan anak-anak. πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈ

Gelagat anak-anak yang begitu tekun menghias cupcake turut menceriakan suasana promosi. Ibu bapa yang hadir bersama tidak melepaskan peluang memberikan sokongan kepada anak-anak sambil singgah membeli-belah dan melihat pelbagai produk kraf tempatan yang ditawarkan oleh usahawan-usahawan kraf. πŸ›οΈπŸ§Ίβœ¨

🧺✨ Kraf Malaysia, hasil tangan penuh cerita!

Pelbagai produk kraf tempatan yang unik, kreatif dan berkualiti menanti anda daripada usahawan kraf dari pelbagai negeri. Inilah peluang untuk mengenali, menghargai dan mendapatkan produk kraf hasil tangan anak Malaysia.

πŸ’¬β€οΈ Warga Bertam, mai jangan dok tunggu lagi!

πŸ“£ Ajak keluarga, kawan-kawan dan orang tersayang untuk mai singgah ke MYDIN Mall, Bertam. Sambil jalan-jalan, boleh pi tengok, pi cuba, pi beli dan pi sokong usahawan kraf kita! πŸ§ΊπŸ‡²πŸ‡Ύ

🌏 Marilah kita bersama-sama mengangkat martabat industri kraf tempatan, khususnya produk kraf Pulau Pinang, agar terus berkembang, berdaya saing dan mampu melangkah lebih jauh hingga ke persada dunia.

🀝 Sokong kraf tempatan. Sokong usahawan kita.
🧺 Beli produk kraf, hargai hasil tangan anak Malaysia! πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈ

πŸ“’ Mohon Tuan/Puan bantu hebahkan dan kongsikan maklumat ini kepada keluarga, rakan-rakan serta komuniti setempat.

πŸ”₯πŸ‡²πŸ‡Ύ Mai Bertam! Mai MYDIN! Mai sambut Merdeka! Mai sokong kraf Malaysia! 🧺✨






Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia Ke-69. πŸ‡²πŸ‡ΎSemoga semangat patriotisme, perpaduan dan kasih sayang terhadap neg...
30/08/2026

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia Ke-69. πŸ‡²πŸ‡Ύ

Semoga semangat patriotisme, perpaduan dan kasih sayang terhadap negara terus mekar dalam sanubari setiap rakyat Malaysia. Bersama kita melakar masa depan yang lebih gemilang.

Ikhlas daripada
Kraftangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang

🧺 PROMOSI KRAF MALAYSIA 2026 🧺✨ Mai ramai-ramai ke MYDIN Mall, Bertam! βœ¨πŸ“ MYDIN Mall, Bertam, Pulau PinangπŸ“… 27 Ogos – 6 ...
30/08/2026

🧺 PROMOSI KRAF MALAYSIA 2026 🧺
✨ Mai ramai-ramai ke MYDIN Mall, Bertam! ✨

πŸ“ MYDIN Mall, Bertam, Pulau Pinang
πŸ“… 27 Ogos – 6 September 2026
⏰ 10.00 pagi – 10.00 malam

30 Ogos 2026 | Hari Ke-4

πŸŽ‰ Jom mai! Jom sokong kraf tempatan! πŸŽ‰

Kraftangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang dengan sukacitanya menjemput Tuan/Puan, warga Bertam dan seluruh masyarakat Pulau Pinang untuk hadir memeriahkan PROMOSI KRAF MALAYSIA 2026 di MYDIN Mall, Bertam.

Pelbagai produk kraf tempatan yang unik, kreatif dan berkualiti menanti anda daripada usahawan-usahawan kraf dari pelbagai negeri. Inilah peluang untuk mengenali, menghargai dan mendapatkan produk kraf hasil tangan anak tempatan. 🧺✨

πŸ’¬ Warga Bertam, mai jangan dok tunggu lagi!

πŸ“£ Ajak keluarga, kawan-kawan dan mai singgah ke MYDIN Mall. Sambil jalan-jalan, boleh pi tengok, pi beli dan pi sokong usahawan kraf kita! ❀️

Marilah kita bersama-sama mengangkat martabat industri kraf tempatan, khususnya produk kraf Pulau Pinang, agar terus berkembang dan mampu melangkah lebih jauh hingga ke persada dunia. 🌏

🀝 Sokong kraf tempatan. Sokong usahawan kita.
Beli produk kraf, hargai hasil tangan anak Malaysia!

πŸ“’ Mohon Tuan/Puan bantu hebahkan dan kongsikan maklumat ini kepada keluarga, rakan-rakan serta komuniti setempat.

Mai Bertam! Mai sokong kraf Malaysia! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ§Ίβœ¨





πŸ“£ PROMOSI KRAF MALAYSIA 2026πŸ“… 27 Ogos – 6 September 2026⏰ 10.00 Pagi - 10.00 MalamπŸ“ MYDIN Mall, Bertam, Pulau PinangProm...
30/08/2026

πŸ“£ PROMOSI KRAF MALAYSIA 2026

πŸ“… 27 Ogos – 6 September 2026
⏰ 10.00 Pagi - 10.00 Malam
πŸ“ MYDIN Mall, Bertam, Pulau Pinang

Promosi Kraf Malaysia 2026 himpunan produk kraf berkualiti daripada usahawan tempatan, interaktif kraf serta pelbagai aktiviti menarik sepanjang program berlangsung.

Jom hadir bersama keluarga dan rakan-rakan bagi menyokong industri kraf tempatan dan menikmati pengalaman membeli-belah yang berkualiti dan eksklusif.

πŸ“Œ Jumpa anda di sana!









Address

Kepala Batas

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6045752353

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kraftangan Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share