ICU JPM Pulau Pinang

ICU JPM Pulau Pinang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from ICU JPM Pulau Pinang, Government Organization, Kepala Batas.

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐“๐ˆ๐๐ƒ๐€๐Š๐€๐ ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ (๐Œ๐“๐๐๐ ) ๐๐”๐‹๐€๐” ๐๐ˆ๐๐€๐๐† ๐๐ˆ๐‹. ๐Ÿ‘ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”18 OGOS 2026, PULAU PINANG - Agenda p...
19/08/2026

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐“๐ˆ๐๐ƒ๐€๐Š๐€๐ ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ (๐Œ๐“๐๐๐ ) ๐๐”๐‹๐€๐” ๐๐ˆ๐๐€๐๐† ๐๐ˆ๐‹. ๐Ÿ‘ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

18 OGOS 2026, PULAU PINANG - Agenda pembangunan Negeri Pulau Pinang terus diperkasa menerusi Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) Pulau Pinang Bil. 3 Tahun 2026 yang diadakan di Bilik Mesyuarat Sri Perdana, ICU JPM Pulau Pinang.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang, menghimpunkan barisan kepimpinan tertinggi Kerajaan Negeri, termasuk ketua-ketua jabatan dan agensi berkaitan. Mesyuarat ini menjadi wadah penting dalam memperkukuh penyelarasan dan pemantauan pelaksanaan program serta projek pembangunan, di samping membincangkan isu-isu strategik berkaitan agenda pembangunan Negeri Pulau Pinang.

Antara perkara yang diberi perhatian ialah perkembangan pelaksanaan projek, isu dan cabaran semasa serta tindakan susulan oleh jabatan dan agensi berkaitan, bagi memastikan agenda pembangunan negeri dilaksanakan secara teratur, berkesan dan memberi manfaat kepada rakyat.

Komitmen serta kerjasama berterusan semua pihak amat penting dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan serta memastikan setiap perancangan pembangunan dapat direalisasikan dengan jayanya.







Unit Penyelarasan Pelaksanaan JPM

12/08/2026

๐ŸŒ๐Ÿ‘จ๐Ÿปโ€๐Ÿš€ ๐Ÿ ๐‰๐š๐ฅ๐ฎ๐ซ ๐†๐ž๐ฆ๐ข๐ฅ๐š๐ง๐ , ๐Ÿ ๐๐ฅ๐š๐ง๐ž๐ญ ๐€๐ง๐ ๐ค๐š๐ฌ๐š! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿš€

Kibarkan Jalur Gemilang di segenap pelusuk negara, dari daratan hingga ke angkasa! ๐ŸŒโœจ

Semarakkan bulan kemerdekaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda cinta, bangga dan penghargaan terhadap negara yang kita cintai.

Di mana sahaja kita berada, biarlah Jalur Gemilang terus berkibar, menyatukan rakyat dan menyemarakkan semangat patriotik dalam diri setiap rakyat Malaysia. Kalau boleh sampai ke angkasa, kita kibarkan sekali! ๐Ÿš€๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

โ€œ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ: ๐Š๐ž๐ฌ๐ž๐ฃ๐š๐ก๐ญ๐ž๐ซ๐š๐š๐ง ๐ƒ๐ข๐ง๐ข๐ค๐ฆ๐š๐ญ๐ขโ€
โ€œ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ญ๐ฎ ๐๐ฎ๐ฌ๐š, ๐“๐ž๐ ๐ฎ๐ก ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐šโ€

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ





๐—ž๐—จ๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—›๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ง ๐ˆ๐‚๐” ๐‰๐๐Œ ๐๐”๐‹๐€๐” ๐๐ˆ๐๐€๐๐† ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ฌ๐—• ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—œ๐—”๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—๐—”๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—จ ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก๐—š10 OGOS 2026, KOMTAR  โ€“ YBrs. Tua...
12/08/2026

๐—ž๐—จ๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—›๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ง ๐ˆ๐‚๐” ๐‰๐๐Œ ๐๐”๐‹๐€๐” ๐๐ˆ๐๐€๐๐† ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ฌ๐—• ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—œ๐—”๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—๐—”๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—จ ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก๐—š

10 OGOS 2026, KOMTAR โ€“ YBrs. Tuan Mohd Iqbal bin Mohd Noor, Pengarah ICU JPM Pulau Pinang telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Datoโ€™ Dr. Jafri bin Abdul Jalil, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang di pejabat beliau.

Kunjungan hormat ini merupakan antara usaha memperkukuh hubungan dan jalinan kerjasama antara Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang, ICU JPM dengan pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Turut serta dalam kunjungan hormat tersebut ialah YBrs. Tuan Asuat bin Ahmad, Timbalan Pengarah ICU JPM Pulau Pinang; Puan Emi Rosdianna binti Rosli (Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Pemantauan dan Penilaian), Encik Wan Saiful Ikmal bin Wan Ibrahim (Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Khidmat Pengurusan) serta Encik Azzimi bin Saidin (Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Kesejahteraan Rakyat).

Pertemuan tersebut turut membuka ruang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan mengenai perkara berkaitan pembangunan negeri, di samping memperkukuh penyelarasan dalam pelaksanaan program dan projek pembangunan di Pulau Pinang.

Diharapkan pertemuan ini menjadi pemangkin kepada hubungan kerja yang lebih erat serta sinergi yang berterusan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam memastikan agenda pembangunan di Pulau Pinang dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan demi kesejahteraan rakyat.








Pejabat SUK Pulau Pinang

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐”๐ฅ๐š๐ง๐  ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Š๐ž๐ฅ๐š๐ก๐ข๐ซ๐š๐ง ๐Š๐ž-๐Ÿ•๐Ÿ— ๐˜๐€๐ ๐ƒ๐š๐ญ๐จโ€™ ๐’๐ž๐ซ๐ข ๐€๐ง๐ฐ๐š๐ซ ๐ˆ๐›๐ซ๐š๐ก๐ข๐ฆ, ๐๐ž๐ซ๐๐š๐ง๐š ๐Œ๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐ข ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐šSetinggi-tinggi ucapan Selamat...
10/08/2026

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐”๐ฅ๐š๐ง๐  ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Š๐ž๐ฅ๐š๐ก๐ข๐ซ๐š๐ง ๐Š๐ž-๐Ÿ•๐Ÿ— ๐˜๐€๐ ๐ƒ๐š๐ญ๐จโ€™ ๐’๐ž๐ซ๐ข ๐€๐ง๐ฐ๐š๐ซ ๐ˆ๐›๐ซ๐š๐ก๐ข๐ฆ, ๐๐ž๐ซ๐๐š๐ง๐š ๐Œ๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐ข ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š

Setinggi-tinggi ucapan Selamat Ulang Tahun Kelahiran ke-79 diucapkan kepada YAB Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.

Semoga Allah SWT terus mengurniakan YAB Datoโ€™ Seri dengan kesihatan yang baik, usia yang diberkati, kekuatan, kebijaksanaan serta ketabahan dalam meneruskan amanah memimpin negara.

Semoga segala usaha dan ikhtiar yang dilaksanakan demi kemajuan Malaysia sentiasa dipermudah, serta negara terus menikmati keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan di bawah aspirasi Malaysia MADANI.

Ikhlas daripada,
Pengarah ICU JPM Pulau Pinang
Serta Seluruh Warga ICU JPM Pulau Pinang.







PMO Malaysia
Unit Penyelarasan Pelaksanaan JPM

๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐“๐€๐Š๐™๐ˆ๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐‘๐ˆ๐๐€๐ƒ๐€ ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐ˆ๐‚๐” ๐‰๐๐Œ ๐๐”๐‹๐€๐” ๐๐ˆ๐๐€๐๐†Warga ICU JPM Pulau Pinang menzahirkan ucapan takziah kepada Puan Nurid...
10/08/2026

๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐“๐€๐Š๐™๐ˆ๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐‘๐ˆ๐๐€๐ƒ๐€ ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐ˆ๐‚๐” ๐‰๐๐Œ ๐๐”๐‹๐€๐” ๐๐ˆ๐๐€๐๐†

Warga ICU JPM Pulau Pinang menzahirkan ucapan takziah kepada Puan Nuridayu binti Halili, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Seksyen Khidmat Pengurusan, ICU JPM Pulau Pinang atas pemergian suami tercinta yang telah menghembuskan nafas terakhir pada Ahad, 9 Ogos 2026.

Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kayu Mati, Bukit Jambul. Turut hadir dalam ziarah tersebut ialah pengarah serta pegawai ICU JPM Pulau Pinang bagi menyampaikan ucapan takziah serta memberikan sokongan kepada keluarga Allahyarham.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampuni segala dosanya serta mengurniakan ketabahan dan kekuatan kepada seluruh ahli keluarga.

Al-Fatihah.





๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐”๐ƒ๐€ ๐‹๐€๐๐ƒ (๐๐Ž๐‘๐“๐‡) ๐’๐ƒ๐. ๐๐‡๐ƒ. ๐Š๐„ ๐ˆ๐‚๐” ๐‰๐๐Œ ๐๐”๐‹๐€๐” ๐๐ˆ๐๐€๐๐†7 OGOS 2026, PULAU PINANG - Pejabat Pembangunan Neger...
10/08/2026

๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐”๐ƒ๐€ ๐‹๐€๐๐ƒ (๐๐Ž๐‘๐“๐‡) ๐’๐ƒ๐. ๐๐‡๐ƒ. ๐Š๐„ ๐ˆ๐‚๐” ๐‰๐๐Œ ๐๐”๐‹๐€๐” ๐๐ˆ๐๐€๐๐†

7 OGOS 2026, PULAU PINANG - Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang, ICU JPM telah menerima kunjungan hormat daripada Ir. Shahrul Arizan bin Mohamad Adnan, Ketua Pegawai Operasi, UDA Land (North) Sdn. Bhd.

Kunjungan hormat tersebut telah disambut oleh YBrs. Tuan Mohd Iqbal bin Mohd Noor, Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang, ICU JPM Pulau Pinang, dan berlangsung dalam suasana mesra serta penuh muhibah.

Pertemuan ini menjadi platform bagi mengeratkan hubungan serta memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang, ICU JPM Pulau Pinang dan UDA Land (North) Sdn. Bhd., khususnya dalam perkara berkaitan pembangunan dan kepentingan bersama di Negeri Pulau Pinang.

Semoga hubungan baik dan kerjasama yang terjalin dapat terus diperkukuh demi menyokong agenda pembangunan negeri serta kesejahteraan rakyat.








Unit Penyelarasan Pelaksanaan JPM

10/08/2026

Address

Kepala Batas

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ICU JPM Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share