05/08/2026
*Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani Tuan/Puan,*
*JEMPUTAN MENYERTAI KARNIVAL KOMUNITI KEMPEN INTERNET SELAMAT TAHUN 2026*
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa *Karnival Komuniti Kempen Internet Selamat 2026* akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 8 Ogos 2026 (Sabtu)
Masa : 7.00 pagi - 2.00 petang
Lokasi : Muzium Kota Kuala Kedah
3. Sehubungan dengan itu, pihak MCMC Negeri Kedah berbesar hati sekiranya pihak tuan/puan sekeluarga dapar hadir menyertai karnival komuniti tersebut.
4. Pihak kami sangat berbesar hati sekiranya pihak Tuan/Puan dapat memanjangkan jemputan ini kepada seluruh warga agensi dan komuniti bagi memeriahkan karnival ini. Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
*Sekian, terima kasih.*