SWCorp Kubang Pasu

SWCorp Kubang Pasu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SWCorp Kubang Pasu, Government Organization, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (Swcorp Malaysia) Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Kepala Batas.

27/08/2026
27/08/2026
PELAKSANAAN HUKUMAN PERINTAH KHIDMAT MASYARAKAT (PKM) DI DAERAH KUBANG PASU26 Ogos 2026 | RabuSWCorp Kubang Pasu hari in...
26/08/2026

PELAKSANAAN HUKUMAN PERINTAH KHIDMAT MASYARAKAT (PKM) DI DAERAH KUBANG PASU

26 Ogos 2026 | Rabu

SWCorp Kubang Pasu hari ini telah melaksanakan hukuman Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) melibatkan lapan individu yang telah disabitkan di mahkamah bagi kesalahan membuang sampah kecil di tempat awam dan jalan awam.

Sepanjang pelaksanaan hukuman PKM, pesalah menjalankan kerja-kerja pembersihan kawasan awam termasuk menyapu dan mencuci di sekitar Dataran Darulaman, Jitra, Kedah.

PKM ini merupakan siri Ke-43 sejak penguatkuasaannya bermula pada 1 Januari 2026. Pelaksanaan Perintah Khidmat Masyarakat ini dilaksanakan di bawah pengawasan pihak SWCorp selaku pegawai yang diberi kuasa.

Pendekatan ini dilaksanakan sebagai usaha mendidik masyarakat agar lebih bertanggungjawab terhadap kebersihan persekitaran selaras dengan komitmen SWCorp dalam merealisasikan Malaysia yang Bersih, Indah dan Sejahtera.


📍OPS CEGAH PENGUATKUASAAN PEMBUANGAN SAMPAH KECIL DI DAERAH KUBANG PASU📍23 Ogos 2026 | AhadPerbadanan Pengurusan Sisa Pe...
23/08/2026

📍OPS CEGAH PENGUATKUASAAN PEMBUANGAN SAMPAH KECIL DI DAERAH KUBANG PASU📍

23 Ogos 2026 | Ahad

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Cawangan Kubang Pasu telah melaksanakan Ops Cegah sebagai langkah penguatkuasaan terhadap kesalahan pembuangan sampah kecil oleh orang awam. Operasi ini dijalankan di kawasan sekitar kawasan tumpuan di daerah ini yang sering dikenal pasti sebagai lokasi berlakunya ketidakpatuhan terhadap amalan kebersihan

Individu yang didapati bersalah akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 77A (1) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672). Peruntukan ini memperuntukkan hukuman denda maksimum sehingga RM2,000.00 dan Perintah Khidmat Masyarakat sehingga 12 jam yang perlu dilaksanakan dalam tempoh enam bulan. Pendekatan ini bukan bersifat menghukum, malah bertujuan memberi kesedaran dan pengajaran kepada masyarakat agar tidak
mengulangi kesalahan yang sama






📍SWCorp PERKUKUH PENGUATKUASAAN: DUA PESALAH DIDENDA DAN DIKENAKAN HUKUMAN PERINTAH KHIDMAT MASYARAKAT BAGI KESALAHAN ME...
20/08/2026

📍SWCorp PERKUKUH PENGUATKUASAAN: DUA PESALAH DIDENDA DAN DIKENAKAN HUKUMAN PERINTAH KHIDMAT MASYARAKAT BAGI KESALAHAN MEMBUANG SAMPAH KECIL DI DAERAH KUBANG PASU📍

20 Ogos 2026 - Khamis

Dua lelaki warganegara tempatan telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Setar dan dikenakan hukuman denda dan sebagai tambahan perlu menjalani hukuman Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) bagi kesalahan membuang sampah kecil di tempat awam di bawah Akta 672 di daerah Kubang Pasu.

Bagi pesalah pertama, mahkamah telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM 500.00 dan sekiranya gagal membayar denda tersebut, pesalah boleh dipenjarakan selama lima (5) bulan. Mahkamah turut memerintahkan pesalah menjalani hukuman Perintah Khidmat Masyarakat selama enam (6) jam dalam tempoh empat (4) bulan dengan pelaksanaan minimum satu (1) jam sehari bermula dari tarikh perintah dikeluarkan.

Bagi pesalah kedua, mahkamah telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM 500.00 dan sekiranya gagal membayar denda tersebut, pesalah boleh dipenjarakan selama lima (5) bulan. Mahkamah turut memerintahkan pesalah menjalani hukuman Perintah Khidmat Masyarakat selama enam (6) jam dalam tempoh empat (4) bulan dengan pelaksanaan minimum satu (1) jam sehari bermula dari tarikh perintah dikeluarkan.

Tindakan ini bukan sekadar hukuman tetapi mesej jelas kepada masyarakat bahawa perbuatan membuang sampah walaupun berskala kecil tidak lagi dipandang ringan.





📍TIADA HARI TANPA PENGUATKUASAAN📍20 Ogos 2026 | KhamisSWCorp Kedah melalui SWCorp Cawangan Kubang Pasu telah menjalankan...
20/08/2026

📍TIADA HARI TANPA PENGUATKUASAAN📍

20 Ogos 2026 | Khamis

SWCorp Kedah melalui SWCorp Cawangan Kubang Pasu telah menjalankan Operasi Peraturan-Peraturan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Skim Bagi Sisa Pepejal Pembinaan) 2018 di dua buah tapak bina yang sedang dalam proses pembinaan di Jitra, Kedah.

Notis Pematuhan telah dikeluarkan kepada pemaju di kedua- dua tapak pembinaan semasa operasi dijalankan. Selain itu, pihak anggota penguatkuasa juga telah membuat teguran kepada kontraktor pembinaan di kedua- dua tapak pembinaan yang disemak tersebut agar menguruskan sisa binaan dengan baik serta mengikut prosedur yang telah ditetapkan selaras dengan peraturan sedia ada.






📍Program Madani Bridge of Knowledge Carnival Di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, Kedah ♻️🚮17 Ogos 2026 | IsninSWCorp ...
17/08/2026

📍Program Madani Bridge of Knowledge Carnival Di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, Kedah ♻️🚮

17 Ogos 2026 | Isnin

SWCorp Kedah melalui SWCorp Cawangan Kubang Pasu hari ini turut serta dalam menyertai Program Madani Bridge of Knowledge Carnival di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, Jitra, Kedah.

Antara pengisian program yang dilaksanakan adalah pameran berkaitan 3R kepada guru dan pelajar-pelajar. Program yang diadakan ini berobjektifkan sebagai satu kaedah pendedahan kepada masyarakat sekeliling tentang kesedaran kepentingan amalan kitar semula serta amalan pengurusan sisa pepejal yang lebih baik bagi memastikan persekitaran yang bersih, indah dan sejahtera.




📍OPS CEGAH PENGUATKUASAAN PEMBUANGAN SAMPAH KECIL DI DAERAH KOTA SETAR📍17 OGOS 2026 | ISNINPerbadanan Pengurusan Sisa Pe...
17/08/2026

📍OPS CEGAH PENGUATKUASAAN PEMBUANGAN SAMPAH KECIL DI DAERAH KOTA SETAR📍

17 OGOS 2026 | ISNIN

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Cawangan Kubang Pasu telah melaksanakan Ops Cegah sebagai langkah penguatkuasaan terhadap kesalahan pembuangan sampah kecil oleh orang awam. Operasi ini dijalankan di kawasan sekitar kawasan tumpuan di daerah Kota Setar yang sering dikenal pasti sebagai lokasi berlakunya ketidakpatuhan terhadap amalan kebersihan

Individu yang didapati bersalah akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 77A (1) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672). Peruntukan ini memperuntukkan hukuman denda maksimum sehingga RM2,000.00 dan Perintah Khidmat Masyarakat sehingga 12 jam yang perlu dilaksanakan dalam tempoh enam bulan. Pendekatan ini bukan bersifat menghukum, malah bertujuan memberi kesedaran dan pengajaran kepada masyarakat agar tidak
mengulangi kesalahan yang sama





📍SWCorp PERKUKUH PENGUATKUASAAN: SEORANG PESALAH DIDENDA DAN DIKENAKAN HUKUMAN PERINTAH KHIDMAT MASYARAKAT BAGI KESALAHA...
17/08/2026

📍SWCorp PERKUKUH PENGUATKUASAAN: SEORANG PESALAH DIDENDA DAN DIKENAKAN HUKUMAN PERINTAH KHIDMAT MASYARAKAT BAGI KESALAHAN MEMBUANG SAMPAH KECIL DI DAERAH KUBANG PASU📍

17 Ogos 2026 | Isnin

Seorang lelaki warganegara tempatan telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Setar dan dikenakan hukuman denda dan sebagai tambahan perlu menjalani hukuman Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) bagi kesalahan membuang sampah kecil di tempat awam di bawah Akta 672 di daerah Kubang Pasu.

Mahkamah telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM 500.00 dan sekiranya gagal membayar denda tersebut, pesalah boleh dipenjarakan selama 5 bulan. Mahkamah turut memerintahkan pesalah menjalani hukuman Perintah Khidmat Masyarakat selama 6 jam dalam tempoh 4 bulan, dengan pelaksanaan minimum 1 jam sehari bermula dari tarikh perintah dikeluarkan.

Tindakan ini bukan sekadar hukuman, tetapi mesej jelas kepada masyarakat bahawa perbuatan membuang sampah walaupun berskala kecil tidak lagi dipandang ringan.





📍OPS CEGAH PENGUATKUASAAN PEMBUANGAN SAMPAH KECIL DI DAERAH KUBANG PASU📍12 Ogos 2026 | RabuPerbadanan Pengurusan Sisa Pe...
17/08/2026

📍OPS CEGAH PENGUATKUASAAN PEMBUANGAN SAMPAH KECIL DI DAERAH KUBANG PASU📍

12 Ogos 2026 | Rabu

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Cawangan Kubang Pasu telah melaksanakan Ops Cegah sebagai langkah penguatkuasaan terhadap kesalahan pembuangan sampah kecil oleh orang awam. Operasi ini dijalankan di kawasan sekitar kawasan tumpuan di daerah ini yang sering dikenal pasti sebagai lokasi berlakunya ketidakpatuhan terhadap amalan kebersihan

Individu yang didapati bersalah akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 77A (1) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672). Peruntukan ini memperuntukkan hukuman denda maksimum sehingga RM2,000.00 dan Perintah Khidmat Masyarakat sehingga 12 jam yang perlu dilaksanakan dalam tempoh enam bulan. Pendekatan ini bukan bersifat menghukum, malah bertujuan memberi kesedaran dan pengajaran kepada masyarakat agar tidak
mengulangi kesalahan yang sama






Address

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (Swcorp Malaysia) Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
Kepala Batas
06000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6047143197

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SWCorp Kubang Pasu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share