JKR Seberang Perai Utara

JKR Seberang Perai Utara Bertanggungjawab Untuk Melaksanakan Projek Kerajaan Dan Juga Penyelenggaraan Jalan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.Selamat Menyambut Maulidul Rasul ﷺ 1448H / 2026M.Marilah kita bersama-sama me...
24/08/2026

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Selamat Menyambut Maulidul Rasul ﷺ 1448H / 2026M.

Marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ dengan memperbanyakkan selawat serta meneladani akhlak, kepimpinan dan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.

Semoga sambutan Maulidul Rasul ini menyemarakkan rasa cinta kita kepada Rasulullah ﷺ, mengeratkan ukhuwah sesama kita serta menjadi sumber kekuatan untuk terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

“Sesungguhnya pada diri Rasulullah ﷺ itu terdapat contoh teladan yang terbaik.”
(Surah al-Ahzab: 21)

Semoga kita semua dikurniakan keberkatan, rahmat dan syafaat Baginda ﷺ di dunia dan di akhirat.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, ahli keluarga serta para sahabat Baginda.

Salam Maulidul Rasul 1448H / 2026M.
Allahumma solli ‘ala Sayyidina Muhammad.

JKR Pulau Pinang
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Kementerian Kerja Raya Malaysia

MAJLIS BERSAMA PENGARAH JKR PULAU PINANG DAN WARGA KERJA JKR SEBERANG PERAI UTARA12 Ogos 2026 | Dewan Pejabat Operasi JK...
13/08/2026

MAJLIS BERSAMA PENGARAH JKR PULAU PINANG DAN WARGA KERJA JKR SEBERANG PERAI UTARA

12 Ogos 2026 | Dewan Pejabat Operasi JKR Pajak Song, JKR Seberang Perai Utara

Pada 12 Ogos 2026, telah berlangsung Majlis Bersama Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang, YBrs. Ir. Azmi bin Abdul Hamid, bersama warga kerja JKR Seberang Perai Utara (JKRSPU) bertempat di Dewan Pejabat Operasi JKR Pajak Song, JKRSPU.

Ketibaan YBrs. Ir. Azmi bin Abdul Hamid telah disambut oleh Jurutera Daerah JKR Seberang Perai Utara, Ir. Mohd Zuwairi bin Samsuddin, bersama barisan pegawai kanan yang terdiri daripada Jurutera Bangunan, Abu Hasan bin Saaidi; Jurutera Jalan, Azna binti Bahari; Jurutera Fasiliti, Ts. Muhamad Faiz bin Zukkifli, serta warga kerja JKRSPU.

Majlis dimulakan dengan sesi bersama warga kerja JKRSPU yang menjadi platform interaksi dua hala antara Pengarah JKR Pulau Pinang dengan warga kerja. Sesi tersebut turut disusuli dengan sesi soal jawab yang memberi ruang kepada warga kerja untuk mengemukakan pertanyaan, pandangan dan perkara berkaitan pelaksanaan tugas serta penyampaian perkhidmatan jabatan.

Program turut diserikan dengan aktiviti menanam pokok sebagai simbolik kepada usaha memupuk kelestarian alam sekitar serta meningkatkan kesedaran warga kerja terhadap kepentingan pemeliharaan alam sekitar.

YBrs. Ir. Azmi bin Abdul Hamid kemudiannya turut mengadakan lawatan ke sekitar Pejabat Operasi JKR Pajak Song bagi meninjau keadaan serta operasi semasa pejabat.

Program ini mencerminkan komitmen berterusan pihak pengurusan JKR Pulau Pinang dalam memperkukuh hubungan bersama warga kerja, di samping memastikan aspek kebajikan, penyampaian perkhidmatan dan keberkesanan operasi sentiasa diberikan perhatian.

Diharapkan sesi pertemuan dan interaksi sebegini dapat terus memperkukuh semangat kerja berpasukan, meningkatkan motivasi warga kerja serta memperkasakan budaya kerja yang profesional, berintegriti dan berorientasikan kecemerlangan dalam penyampaian perkhidmatan awam.

JKR Pulau Pinang
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Kementerian Kerja Raya Malaysia

10/08/2026

🇲🇾🌉 JAMBATAN MERDEKA — MENYAMBUNG SEJARAH, MENGHUBUNG RAKYAT

Pernahkah anda tahu?

Di Sungai Muda, di sempadan Kedah dan Pulau Pinang, berdiri dua buah Jambatan Merdeka yang menjadi sebahagian daripada sejarah dan jaringan perhubungan utama di utara Semenanjung.

Jambatan pertama mempunyai sejarah yang panjang. Sebelum Perang Dunia Kedua, jambatan di lokasi ini telah menjadi laluan penting yang menghubungkan Kedah dengan Seberang Perai.

Ketika kemaraan tentera Jepun pada tahun 1942, jambatan tersebut telah dimusnahkan oleh pihak British sebagai sebahagian daripada usaha untuk memperlahankan kemaraan tentera Jepun.

Selepas perang, sebuah jambatan baharu dibina di lokasi tersebut. Jambatan ini kemudiannya dikenali sebagai Jambatan Merdeka dan menjadi simbol kepada sebuah negara yang sedang melangkah menuju kemerdekaan.

🇲🇾 Jambatan Merdeka yang pertama dibuka pada era menjelang kemerdekaan dan menjadi laluan penting di Laluan Persekutuan 1, menghubungkan kawasan utara Kedah dengan Seberang Perai.

Namun, perkembangan pesat kawasan utara dan peningkatan jumlah trafik menyebabkan kapasiti jambatan lama semakin terhad.

Maka, jambatan kedua dibina bersebelahan jambatan asal untuk meningkatkan kapasiti laluan dan melancarkan pergerakan trafik. Kedua-dua jambatan ini kemudiannya menjadi sebahagian daripada sistem perhubungan penting antara Kedah dan Pulau Pinang.

Hari ini, kedua-dua jambatan tersebut terus menjadi sebahagian daripada landskap Sungai Muda — menyaksikan perubahan zaman daripada era sebelum kemerdekaan, selepas kemerdekaan, sehinggalah ke Malaysia moden.

Dan di sebalik perjalanan yang lancar setiap hari, terdapat kerja-kerja pemeriksaan, penyelenggaraan dan pemantauan yang dilaksanakan secara berterusan.

🔧 Jambatan Merdeka di sebelah Pulau Pinang merupakan antara aset infrastruktur yang berada di bawah selenggaraan JKR Seberang Perai Utara (JKR SPU).

Lebih enam dekad berlalu, jambatan ini masih memainkan peranannya.

Daripada sejarah perang kepada sejarah kemerdekaan.
Daripada satu jambatan kepada dua.
Daripada satu generasi kepada generasi seterusnya.

🌉 Jambatan Merdeka — bukan sekadar penghubung jalan, tetapi penghubung sejarah.

🇲🇾 Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Jabatan Kerja Raya Seberang Perai Utara
Delivery Is Our Priority

PEMANTAUAN PELAKSANAAN KERJA TAPAKPemantauan pelaksanaan kerja tapak bagi ujian Dynamic Cone Pe*******on (DCP) telah dil...
07/08/2026

PEMANTAUAN PELAKSANAAN KERJA TAPAK

Pemantauan pelaksanaan kerja tapak bagi ujian Dynamic Cone Pe*******on (DCP) telah dilaksanakan di Jalan Lunas bagi mendapatkan data kekuatan lapisan pavemen dan ketebalan lapisan pavemen. Ujian ini dijalankan sebagai sebahagian daripada keperluan teknikal bagi cadangan pembangunan tepi jalan di atas Lot 1640, Mukim 13, Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

Projek ini adalah di bawah tetuan Qualified Management Consortium Sdn. Bhd.

Pemantauan telah dilaksanakan oleh Puan Azna binti Bahari, Jurutera Jalan, JKR Seberang Perai Utara dan Encik Samsul Izham bin Rusli, Penolong Jurutera Jalan, JKR Seberang Perai Utara, bagi memastikan pelaksanaan ujian di tapak mematuhi spesifikasi, prosedur dan piawaian teknikal yang ditetapkan.

Pelaksanaan pemantauan ini adalah selaras dengan komitmen Jabatan Kerja Raya dalam memastikan setiap kerja berkaitan infrastruktur jalan dilaksanakan secara berkualiti, teratur dan memenuhi standard teknikal yang ditetapkan.

JKR Pulau Pinang
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Kementerian Kerja Raya Malaysia

LAWATAN TAPAK BERSAMA DATO' TIMBALAN SETIAUSAHA SUKAN PEMBANGUNAN, KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN (KBS)Satu lawatan tapak t...
07/08/2026

LAWATAN TAPAK BERSAMA DATO' TIMBALAN SETIAUSAHA SUKAN PEMBANGUNAN, KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN (KBS)

Satu lawatan tapak telah diadakan bersama Dato' Timbalan Setiausaha Sukan Pembangunan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ke projek di bawah seliaan Perbadanan Stadium Negeri Pulau Pinang.

Lawatan ini turut disertai oleh Jurutera Bangunan, Encik Abu Hasan bin Saaidi wakil kepada Jurutera Daerah JKRSPU, Penolong Jurutera Kanan Bangunan, Encik Mohd Taufik bin Abdul Wahab, Penolong Jurutera Bangunan, Puan Siti Zawani binti Noordin serta pihak kontraktor.

Tujuan lawatan ini adalah untuk meninjau kemajuan pelaksanaan projek, memastikan kerja-kerja pembinaan berjalan mengikut jadual yang ditetapkan, serta membincangkan isu-isu teknikal bagi memastikan projek dapat disiapkan dengan lancar dan memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan.

Perbadanan Stadium Negeri Pulau Pinang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang hadir serta memberikan komitmen sepanjang lawatan ini. Kerjasama erat antara semua agensi dan pihak yang terlibat amat penting dalam memastikan pelaksanaan projek berjalan dengan lancar, berkualiti dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

JKR Pulau Pinang
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Kementerian Kerja Raya Malaysia
KBSMalaysia

HASIL LAWATAN TAPAK:CADANGAN PELAN JALAN DAN PARIT BAGI CADANGAN 4M KOTAK PEMBETUNG UNTUK PELAN PINDAAN KEPADA PELAN YAN...
23/07/2026

HASIL LAWATAN TAPAK:

CADANGAN PELAN JALAN DAN PARIT BAGI CADANGAN 4M KOTAK PEMBETUNG UNTUK PELAN PINDAAN KEPADA PELAN YANG TELAH DILULUSKAN P.K.R(19)A/17/14/13120 (RM) BERTARIKH 15.2.2022 UNTUK CADANGAN PELAN JALAN DAN PARIT BAGI CADANGAN SKIM PERUMAHAN DI ATAS SEBAHAGIAN LOT 24822,24824&24825 (SEBAHAGIAN LOT LAMA 23866 & 23867), JALAN TUN HAMDAN SHEIKH TAHIR, MUKIM 6, DAERAH SEBERANG PERAI UTARA,

Pada 23 Julai 2026, satu pemeriksaan tapak telah dilaksanakan oleh pihak JKR Seberang Perai Utara (JKRSPU) yang dihadiri oleh Tuan Jurutera Daerah, Ir. Mohd Zuwairi Bin Samsuddin, Jurutera Jalan, Puan Azna Binti Bahari, serta Penolong Jurutera Pembangunan Tepi Jalan, Encik Shamsul Izham Bin Rusli, bagi menilai pelaksanaan Pelan Pengurusan Lalulintas (Traffic Management Plan, TMP) yang telah dikemukakan.

Hasil pemeriksaan mendapati bahawa pelaksanaan TMP di tapak adalah tidak memuaskan serta tidak mematuhi piawaian dan keperluan teknikal yang ditetapkan. Sehubungan itu, pihak JKR SPU telah mengarahkan agar penambahbaikan terhadap Pelan Pengurusan Lalulintas (TMP) sedia ada dilaksanakan berdasarkan keperluan kejuruteraan serta selaras dengan JKR Arahan Teknik (Jalan) 2C/85 (Pindaan 2017) – Manual on Traffic Control Devices, Temporary Signs and Work Zones Control.

Lawatan tapak tersebut turut dihadiri oleh wakil PLT Consultancy serta wakil pemaju, Bandar Kepala Batas Sdn. Bhd., bagi membincangkan tindakan penambahbaikan yang perlu dilaksanakan sebelum sebarang kerja diteruskan di tapak.

JKR Pulau Pinang
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Kementerian Kerja Raya Malaysia

22/07/2026

Sebahagian Tugasan Team Pejabat Operasi (Jalan) Jkr Spu Minggu ke 4 JUN 2026.

Kerja-Kerja Rutin :

Berkala Bukan Pavemen Memabwa Keluar Sisa-sisa Perabot Jalan dan R01 Penyenggaraan Jalan - Tampalan Sementara Secara Tenaga Jabatan JKR SPU di Parlimen Bagan.

I AM JKR

Zairil Khir Johari
JKR Pulau Pinang
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Kementerian Kerja Raya Malaysia




Address

Kepala Batas
13200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6045741388

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JKR Seberang Perai Utara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to JKR Seberang Perai Utara:

Shortcuts

Share