21/08/2026
Pejabat Pegawai Penyelaras Khas Ketua Menteri Pulau Pinang bersama MPKK-MPKK serta tiga Komuniti MADANI di bawah pengurusan PPPKKMPP akan menganjurkan Karnival Sambutan Hari Kebangsaan selama dua hari, iaitu pada 22 dan 23 Ogos ini. Penduduk setempat dan orang ramai dialu-alukan untuk hadir bagi memeriahkan program berkenaan.
Pegawai Penyelaras Khas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lay Hock Peng, memaklumkan bahawa program tersebut akan diadakan di Jalan Satu, Kepala Batas. Antara aktiviti yang disediakan ialah *Konvoi Pengagihan Jalur Gemilang* pada 22 Ogos bermula jam 7 pagi, *Karnival Hari Kebangsaan* pada 23 Ogos, *Pertandingan Karaoke*, *Pertandingan Mewarna Kanak-kanak* serta *Pertandingan Beyblade*.
“Dianggarkan kira-kira 10 buah kenderaan akan menyertai konvoi tersebut. Konvoi akan bermula dari Pasar Awam Kepala Batas sebelum bergerak ke Pasar Sri Uda, Pasar Penaga dan beberapa lokasi lain bagi mengagihkan Jalur Gemilang kepada orang ramai.
“Kami menjangkakan kira-kira 1,000 Jalur Gemilang bersaiz kecil akan diagihkan. Sepanjang perjalanan, kami juga akan membantu orang ramai memasang kira-kira 600 Jalur Gemilang dalam pelbagai saiz. Kami berharap aktiviti ini dapat menggalakkan lebih ramai rakyat menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan serta mewujudkan suasana patriotik yang lebih meriah dalam kalangan masyarakat,” katanya.
Beliau berkata, *Karnival Hari Kebangsaan* pada 23 Ogos p**a akan berlangsung dari jam 3 petang hingga 10 malam, manakala Majlis Perasmian dijadualkan pada jam 7.45 malam. Orang ramai dijemput hadir bersama keluarga untuk memeriahkan sambutan tersebut.
Selain itu, karnival berkenaan turut menyediakan pelbagai gerai pameran daripada jJabatan Kerajaan dan pihak swasta. *Jualan Rahmah* juga akan diadakan dari jam 3 petang hingga 6 petang, sekali gus memberi peluang kepada orang ramai membeli barangan keperluan harian pada harga yang lebih berpatutan.
*Pertandingan Beyblade* turut diadakan bagi memberi peluang kepada orang ramai, khususnya golongan belia dan kanak-kanak, untuk mencuba permainan yang menarik ini serta mengenali dengan lebih dekat cara permainan dan peraturannya.
Lay Hock Peng berkata, pertandingan mewarna kanak-kanak akan diadakan pada 23 Ogos dari jam 5 petang hingga 7 malam dan dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu kanak-kanak berumur 5 hingga 7 tahun, murid sekolah rendah Tahap Satu serta murid sekolah rendah Tahap Dua. Peserta yang berminat boleh menghubungi Cikgu H’ng di talian 016-551 1341 untuk pendaftaran.
Sementara itu, pertandingan karaoke akan bermula pada jam 8.15 malam. Kesemua 20 tempat penyertaan telah dipenuhi. Pertandingan tersebut akan menggunakan konsep “Blind Audition”, dengan penilaian dilakukan oleh panel juri.
Tiada juara keseluruhan akan dipilih. Sebaliknya, tiga hadiah khas akan diberikan kepada peserta yang terpilih. Para pemenang akan menerima piala, bakul hadiah serta hadiah wang tunai sebagai ganjaran.
Turut hadir pada sidang media tersebut ialah Ahli Majlis MBSP, Ooi Yong Wooi; Pegawai Seranta DUN Bertam, Tee Chun Chai; Pengerusi MPKK Bumbung Lima, Jayson Lai; Pengerusi MPKK Kepala Batas, Tan Soon Cheang; serta beberapa wakil komuniti dan pihak penganjur yang lain.
Mesej daripada Pejabat Pegawai Penyelaras Khas Ketua Menteri Pulau Pinang