Ranting AMK Kuala Muda

Ranting AMK Kuala Muda Angkatan Muda Keadilan

๐‰๐„๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐€๐†๐”๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐๐€๐ ๐€๐๐†๐Š๐€๐“๐€๐ ๐Œ๐”๐ƒ๐€ ๐Š๐„๐€๐ƒ๐ˆ๐‹๐€๐ ๐‚๐€๐๐€๐๐† ๐Š๐„๐๐€๐‹๐€ ๐๐€๐“๐€๐’ (๐Œ๐€๐“๐€๐Œ๐Š๐‚) ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Assalamualaikum WBT dan Salam ...
03/03/2026

๐‰๐„๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐€๐†๐”๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐๐€๐ ๐€๐๐†๐Š๐€๐“๐€๐ ๐Œ๐”๐ƒ๐€ ๐Š๐„๐€๐ƒ๐ˆ๐‹๐€๐ ๐‚๐€๐๐€๐๐† ๐Š๐„๐๐€๐‹๐€ ๐๐€๐“๐€๐’ (๐Œ๐€๐“๐€๐Œ๐Š๐‚) ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Assalamualaikum WBT dan Salam Reformasi.

Dengan segala hormatnya, Dijemput semua anggota AMK Keadilan Cabang Kepala Batas untuk hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan Angkatan Muda Keadilan Cabang Kepala Batas 2026 seperti ketetapan berikut:

๐Ÿ“… Tarikh: 07 Mac 2026 (Sabtu)
๐Ÿ•˜ Masa: 9.30 pagi
๐Ÿ“ Tempat: Penang Golf Resort, Bertam Kepala Batas

Kehadiran semua anggota AMK Keadilan Kepala Batas amatlah penting bagi memastikan perjalanan mesyuarat berjalan lancar serta memperkukuhkan saf perjuangan AMK Cabang Kepala Batas.

๐Ÿ‘‰ Sila sahkan kehadiran melalui pautan berikut:
https://matc.keadilankb.com/hadir/amk/1?signature=903d7f034de845473b410fc402a080fde19b9ea3f90b6da927a7fbd68f2d3f20

Segala kerjasama dan komitmen yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

๐Œ๐”๐‡๐€๐Œ๐Œ๐€๐ƒ ๐‡๐€๐…๐ˆ๐™ ๐๐ˆ๐ ๐Œ๐”๐’๐“๐€๐…๐€
๐’๐ž๐ญ๐ข๐š๐ฎ๐ฌ๐š๐ก๐š
๐€๐Œ๐Š ๐‚๐š๐›๐š๐ง๐  ๐Š๐ž๐ฉ๐š๐ฅ๐š ๐๐š๐ญ๐š๐ฌ

Jom Mai Gunting Rambut Percuma! KEADILAN Cabang Kepala Batasbersama Angkatan Muda KEADILAN Kepala Batas dengan kerjasama...
31/12/2025

Jom Mai Gunting Rambut Percuma!

KEADILAN Cabang Kepala Batas
bersama Angkatan Muda KEADILAN Kepala Batas dengan kerjasama
MPKK Paya Keladi, MPKK Jalan Kedah, MPKK Kuala Muda, JBPP Pinang Tunggal akan menganjurkan satu inisiatif kebajikan bagi meringankan beban ibu bapa serta membantu persiapan asas anak-anak menjelang sesi persekolahan baharu. Ketetapan program ini seperti berikut:

๐Ÿ—“ Tarikh: 4 Januari 2026 (Ahad)

๐Ÿ“ Lokasi Mengikut DUN:

DUN Pinang Tunggal โ€“ NH Barber, Paya Keladi
Masa: 9.00 pagi
PIC : 016-4813577(ZAKIR)
018-9890762(ISHAK)

DUN Bertam โ€“ Dewan Pasar Awam Kepala Batas
Masa: 9.00 pagi
PIC : 018-2464038(ARIF)
019-445532(ISHAK)

DUN Penaga โ€“ Perkarangan Chalet Pasar Bisik Kuala Muda
Masa: 3.00 petang
PIC : 0175234523(AIDI)
017 4567569(PAKYA)

๐Ÿ‘ฆ๐Ÿ‘ง Penyertaan terhad kepada 50 orang murid bagi setiap DUN

๐ŸŽฏ Keutamaan diberikan kepada murid sekolah rendah & menengah setempat

Ayuh ibu bapa dan penjaga, jangan lepaskan peluang ini. Bersama-sama kita meringankan beban dan membantu anak-anak memulakan sesi persekolahan dengan lebih yakin!


Program Santai Bowling Pemuda Penaga ini merupakan anjuran AMK Ranting Kuala Muda dengan kerjasama AMK Kepala Batas (Sau...
24/10/2025

Program Santai Bowling Pemuda Penaga ini merupakan anjuran AMK Ranting Kuala Muda dengan kerjasama AMK Kepala Batas (Saudara Uzair), Pemuda AMANAH Kepala Batas (Saudara Abrar Sadiq) serta Ahli Majlis MBSP (Saudara Zainudin Mohamed), bagi mengeratkan silaturahim dan semangat perpaduan dalam kalangan pemuda setempat. ๐ŸŽณ

Tahniah diucapkan kepada Saudara Aidi Imran, Ketua AMK Ranting Kuala Muda, atas kejayaan menganjurkan program yang turut menggabungkan penyertaan Pemuda AMANAH sekaligus menyerlahkan semangat perpaduan utuh dalam keluarga besar Pakatan Harapan

๐Ÿค Kerjasama erat, ukhuwah mantap!

TAHNIAH & TERIMA KASIH SEMUA!Tahniah diucapkan kepada Saudara Arif Ikmal selaku Pengarah Program Dan Saudara Aidi Imran ...
13/10/2025

TAHNIAH & TERIMA KASIH SEMUA!

Tahniah diucapkan kepada Saudara Arif Ikmal selaku Pengarah Program Dan Saudara Aidi Imran Wakil Ranting Amk Kuala Muda , serta terima kasih kepada semua peserta dan rakan konvoi yang menjayakan program AMK Ride to Sedim Bersama Belia Kepala Batas.

Program ini turut mendapat kerjasama erat daripada JBPP Pinang Tunggal yang diketuai oleh Saudara Aidilfitriti. Penghargaan juga buat Ketua AMK Kepala Batas, Saudara Uzair Fadzli, dan Ketua Cabang, Saudara Zainuddin Mohamed atas sokongan dan kehadiran mereka yang memeriahkan suasana.

Suasana program berlangsung penuh semangat dan ukhuwah, diserikan dengan aktiviti santai serta gelak tawa semua yang hadir.

Terima kasih sekali lagi kepada semua yang turut serta dan memberi komitmen terbaik. Semoga semangat kebersamaan ini terus kekal dalam setiap gerak kerja kita.

๐Ÿ’ช Terus maju bersama AMK Kepala Batas โ€” kita bergerak dengan semangat satu pasukan!




TERKINI: Empat lagi rakyat Malaysia disahkan telah ditahan rejim Israel dalam misi Global Sumud Flotilla(GSF).la menjadi...
02/10/2025

TERKINI: Empat lagi rakyat Malaysia disahkan telah ditahan rejim Israel dalam misi Global Sumud Flotilla
(GSF).
la menjadikan seramai 12 rakyat Malaysia yang menyertai misi GSF telah ditahan.
Antara kapal yang ditahan adalah Huga, Sirius, Alma, Grand Blu dan Hio.

15/09/2025
๐Ÿ“Œ PENERANGAN RINGKAS ISU SUMUD NUSANTARA FLOTILLAโ—พ APA BENDA FLOTILLA NI?Misi kapal antarabangsa terbesar tahun ini, ber...
08/09/2025

๐Ÿ“Œ PENERANGAN RINGKAS ISU SUMUD NUSANTARA FLOTILLA

โ—พ APA BENDA FLOTILLA NI?
Misi kapal antarabangsa terbesar tahun ini, bertujuan memecah sekatan Israel di Gaza dan menghantar bantuan makanan serta ubatan.

โ—พ SIAPA YANG TERLIBAT?
Lebih 50 kapal dari 44 negara. Malaysia juga turut serta melalui delegasi Sumud Nusantara. Perkataan Sumud bermaksud keteguhan โ€“ simbol rakyat dunia yang tidak pernah putus asa.

โ—พ BILA GERAK?
Delegasi Malaysia berlayar sejak hujung Ogos, melalui laluan Barcelona, Genoa dan Tunisia.

โ—พ MASALAH & CABARAN?
Kapal berdepan ribut, cuaca tidak menentu dan kerosakan. Risiko paling besar โ€“ tentera Israel berkemungkinan menghalang dengan kekerasan.

โ—พKENAPA PENTING?
Ini bukan gerakan kerajaan semata-mata, tetapi suara rakyat dunia. Solidariti ini membuktikan seluruh masyarakat bersama Palestin. Malaysia p**a aktif menunjukkan sokongan melalui penyertaan ini.

โ—พ APA KESANNYA?
Flotilla ini menjadi simbol kebangkitan rakyat dunia melawan kezaliman. NGO antarabangsa menganggap ia sebagai misi flotilla kemanusiaan terbesar dalam sejarah.

Kami dari RANTING AMK KUALA MUDA menyokong dan bersolidariti bersama MISI SUMUD NUSANTARA FLOTILLA.
Sokongan ini adalah ATAS DASAR KEMANUSIAAN, BUKAN KEPENTINGAN POLITIK.
Kezaliman terhadap rakyat Palestin adalah ISU SEJAGAT, dan menjadi tanggungjawab kita semua tanpa mengira fahaman politik.

Program Santai Carrom Ranting AMK Kuala MudaProgram Santai Carrom anjuran AMK Kuala Muda telah berlangsung dengan meriah...
06/09/2025

Program Santai Carrom Ranting AMK Kuala Muda

Program Santai Carrom anjuran AMK Kuala Muda telah berlangsung dengan meriah, menghimpunkan anak-anak muda setempat dalam suasana penuh mesra dan semangat kesukanan.

Selain menjadi medan mengeratkan silaturahim, penganjuran aktiviti sebegini juga berperanan sebagai platform memperkukuh perpaduan, memelihara budaya gotong-royong, serta menyemarakkan minat generasi muda terhadap aktiviti sihat dan bermanfaat.

AMK Kuala Muda merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan program ini.

Ucapan terima kasih khusus juga ditujukan kepada Saudara Uzair, Ketua AMK Kepala Batas yang turut hadir beramah mesra bersama ahli dan peserta. Beliau turut menyampaikan saguhati kepada empat pemenang yang berjaya menamatkan perlawanan dengan jayanya.

Address

Persiaran Bertam 2
Kepala Batas
13200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ranting AMK Kuala Muda posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share