5 Asas Muda
๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐ธ๐ถ๐น๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐บ๐ผ๐ธ๐ฟ๐ฎ๐๐ถ๐ธ
Masyarakat Malaysia sudah lama terpinggir daripada struktur kuasa dan proses pembuatan keputusan dalam negara dan pembangunan dasar. Proses monopoli dan hierarki kuasa perlu diratakan, supaya suara dan idea yang baru dapat menentukan hala tuju dan masa depan Malaysia, dan MUDA adalah wadah utama dalam memimpin perjuangan ini.
๐๐ฒ๐ฎ๐ฑ๐ถ๐น๐ฎ๐ป ๐๐ธ๐ผ๐ป๐ผ๐บ๐ถ
Pembentukan sistem
pengagihan semula kekayaan yang saksama untuk setiap lapisan dan sektor masyarakat di Malaysia. Pelaksanaan jaringan keselamatan sosial yang rentas etnik, agama, geografi dan lokasi, termasuk hak dan bantuan kebajikan untuk golongan miskin dan terpinggir dalam masyarakat.
๐ฃ๐ผ๐น๐ถ๐๐ถ๐ธ ๐๐ฎ๐ฟ๐
Politik baru mementingkan nilai dan praktik demokratik, membangunkan demokrasi akar umbi bagi memberdayakan komuniti dan ahli dalam parti. Bertumpu kepada isu-isu yang terdekat, dan menghasilkan penyelesaian dan rencana gerak kerja yang lebih relevan dan berguna kepada keadaan dan daerah setempat.
๐ ๐ฎ๐ฟ๐๐ฎ๐ฏ๐ฎ๐ ๐ ๐ฎ๐ป๐๐๐ถ๐ฎ
Kemajuan dan ketamadunan, bersama teras dan kompas moral sebuah masyarakat bergantung kepada cara ahli-ahlinya menjaga dan memberi perhatian terhadap nilai kemanusiaan untuk seluruh warganya termasuk komuniti-komuniti yang paling terpinggir dan memerlukan, dan secara sosial dan sejarahnya didiskriminasi.
๐ฃ๐ฎ๐ฟ๐๐ถ ๐จ๐ป๐๐๐ธ ๐ฆ๐ฒ๐บ๐๐ฎ ๐ฅ๐ฎ๐ธ๐๐ฎ๐ ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐! Politik nilai yang rentas etnik, agama, geografi dan lingkungan umur adalah masa depan negara Malaysia. Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai latar belakang, keturunan, kepercayaan, budaya dan fahaman. Kepelbagaian ini adalah keadaan yang seharusnya diraikan dan dipertahankan, dan bukan dianggap sebagai beban dan sumber serta percikan untuk memecahbelahkan masyarakat Malaysia.