17/04/2026
πππππππ ππππππππ πππππ ππππππ ππππππ ππππππ
Pandangan JP Morgan Chase bahawa Malaysia dan China mempunyai kelebihan relatif dalam menghadapi risiko krisis minyak dan ekonomi mencerminkan realiti struktur ekonomi kedua-dua negara yang lebih berdaya tahan berbanding sebahagian negara Asia lain. Dalam konteks ketidaktentuan global yang penuh dengan kejutan turun naik harga minyak, konflik geopolitik serta kelembapan pertumbuhan dunia, Malaysia sebenarnya masih memiliki beberapa kekuatan tersendiri yang menjadikannya lebih bersedia menghadapi tekanan tersebut.
Malaysia mendapat manfaat daripada kedudukannya sebagai pengeluar minyak dan gas bersih sederhana di rantau ini. Walaupun bukan pengeksport besar seperti negara Timur Tengah, Malaysia melalui syarikat nasional seperti Petronas masih mampu menjana hasil daripada sektor tenaga. Ini dapat menyumbang kepada kelebihan fiskal apabila harga minyak meningkat; berebanding dengan negara pengimport bersih seperti Jepun atau Korea Selatan yang terdedah kepada kos tenaga tinggi apabila harga minyak meningkat. Selain itu, ekonomi Malaysia juga lebih bersifat pelbagai. Sektor pembuatan, khususnya elektrik dan elektronik (E&E), kekal sebagai tulang belakang eksport, manakala sektor perkhidmatan dan komoditi seperti minyak sawit turut dapat menyumbang kepada kestabilan pendapatan negara.
Dari sudut perdagangan, Malaysia mempunyai integrasi kukuh dalam rantaian bekalan global, terutamanya dalam industri semikonduktor. Dalam era peralihan geopolitik dan βdecouplingβ antara kuasa besar, Malaysia berpotensi menjadi hab alternatif bagi pelaburan asing yang mencari lokasi neutral di Asia Tenggara. Berbanding negara lain di rantau ini, Malaysia juga mempunyai sistem kewangan yang relatif stabil, kadar inflasi yang terkawal, serta dasar monetari yang pragmatik oleh Bank Negara Malaysia.
Namun demikian, kelebihan ini tidak bermakna Malaysia kebal daripada cabaran. Dalam menghadapi cabaran ini, Malaysia perlu mempercepatkan usaha reformasi struktur ekonomi. Cabaran pertama adalah kebergantungan fiskal kepada hasil minyak dan gas. Walaupun Malaysia bukan negara pengeluar besar, hasil daripada sektor ini melalui Petronas masih menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan. Keadaan ini mewujudkan dilema dasar: apabila harga minyak naik, kerajaan mendapat hasil tambahan, tetapi pada masa sama perlu menanggung tekanan untuk mengekalkan subsidi tenaga bagi melindungi rakyat. Jika harga jatuh p**a, kedudukan fiskal akan menjadi lemah. Ketidakseimbangan ini menjadikan perancangan jangka panjang sukar dan terdedah kepada turun naik pasaran global.
Cabaran kedua ialah struktur subsidi tenaga yang masih luas dan tidak bersasar sepenuhnya. Subsidi bahan api dan elektrik membantu mengurangkan beban kos sara hidup, tetapi dalam jangka panjang ia mengurangkan insentif untuk kecekapan tenaga dan pelaburan dalam tenaga boleh diperbaharui. Selain itu, subsidi yang tidak disasarkan dengan tepat boleh memberi manfaat lebih besar kepada golongan berpendapatan tinggi atau industri besar, sekali gus membebankan kewangan kerajaan tanpa impak sosial yang optimum.
Cabaran ketiga adalah kelewatan dalam peralihan tenaga (energy transition). Walaupun dasar berkaitan tenaga hijau telah diperkenalkan melalui agensi seperti Sustainable Energy Development Authority Malaysia, kadar penggunaan tenaga boleh diperbaharui masih sederhana berbanding potensi sebenar. Halangan termasuk kekangan dasar serta kekurangan pelaburan dalam teknologi seperti penyimpanan tenaga dan grid pintar. Ini menyebabkan Malaysia masih bergantung kepada bahan api fosil dalam penjanaan elektrik. Malaysia perlu memperkukuh keselamatan tenaga dengan memperluas penggunaan tenaga alternatif seperti solar dan hidro, sekali gus mengurangkan risiko turun naik harga minyak global. Dalam masa yang sama, dasar perdagangan yang proaktif dan hubungan diplomatik yang seimbang akan membolehkan Malaysia terus menarik pelaburan asing serta mengekalkan kedudukannya dalam rantaian bekalan global.
Pandangan JPMorgan hanya mampu memberikan penilaian asas kerana Malaysia sememangnya memiliki beberapa kelebihan strategik dalam menghadapi krisis minyak dan ekonomi. Namun, kelebihan ini hanya akan kekal relevan jika disokong oleh pembaharuan berterusan dan strategi jangka panjang yang jelas. Malaysia juga perlu mengamalkan dasar perdagangan yang proaktif dan hubungan diplomatik yang seimbang akan membolehkan Malaysia terus menarik pelaburan asing serta mengekalkan kedudukannya dalam rantaian bekalan global, supaya tidak kehilangan daya saingnya dalam landskap ekonomi Asia yang semakin mencabar.
ππ. ππ πππ πππ
Pengerusi Biro Ekonomi Dan Perdagangan
Pemuda AMANAH Nasional