PUSAT Khidmat DUN KADOK

PUSAT Khidmat DUN KADOK Community Service

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Turut berduka cita. Segala sesuatu yang bernyawa sudah Allah tetapkan batas waktuny...
23/08/2026

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Turut berduka cita. Segala sesuatu yang bernyawa sudah Allah tetapkan batas waktunya. Maka bersabarlah atas kejadian yang menimpamu ini. Percayalah pasti ada hikmah di balik semua ini.

Dato’ Sr. Haji Azami Mohd Nor selesai Solat Jenazah Allahyarham Osman Awang Lah di Masjid Mukim Kadok.Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.


YB Dato’ Sr Hj Azami Mohd Nor , Adun Kadok merasmikan Program Kembara Armalah Dun Kadok . Pengorbanan seorang armalah (i...
21/08/2026

YB Dato’ Sr Hj Azami Mohd Nor , Adun Kadok merasmikan Program Kembara Armalah Dun Kadok . Pengorbanan seorang armalah (ibu tunggal) memang luar biasa. Mereka sering meletakkan keperluan anak-anak di atas segala-galanya, bahkan mengorbankan kepentingan diri sendiri.

Jesteru, bagi menghargai jasa dan pengorbanan armalah, hari ini sebahagian daripada mereka dibawa untuk “healing” dalam program Kembara Armalah DUN Kadok ke bumi Tumpat untuk melawat beberapa tempat menconteng batik ,pemprosesan serunding serta tempat-tempat menarik di Laman Warisan Kampung Laut dan di Pantai Geting.

Semoga program yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan ini dapat memberikan sedikit kegembiraan dan ketenangan kepada para armalah yang telah banyak berkorban demi anak-anak mereka.



"Setiap langkah ziarah membawa harapan, setiap sentuhan membawa kegembiraan. Semoga Allah memberkati usaha ini.""Semoga ...
20/08/2026

"Setiap langkah ziarah membawa harapan, setiap sentuhan membawa kegembiraan. Semoga Allah memberkati usaha ini."
"Semoga ziarah ini mengeratkan silaturahim dan menjadi asbab hadirnya rahmat serta keberkatan daripada Allah SWT."

* Skuad Kita Cakno ( SKC) Pusat Khidmat Dun Kadok bersama YB Dato’ Sr. Haji Azami Mohd Nor Adun Kadok bersama penghulu turun ke Mukim Biah Dan Mukim Padang Lepai .

Alhamdulillah.Tahniah & terus Istiqamah dalam dunia perniagaan,semoga terus maju jaya...Aamiin
19/08/2026

Alhamdulillah.Tahniah & terus Istiqamah dalam dunia perniagaan,semoga terus maju jaya...Aamiin

44 Tahun Kekal Setia Berniaga, Che Rahni Terus Menghidupkan Warisan Makanan Kampung, Dinobat Tokoh Usahawan Wanita DUN Kadok

Kadok – Selama 44 tahun bertahan dalam bidang perniagaan makanan, Che Rahni binti Mamat terus menjadikan perniagaan sebagai ruang untuk mengekalkan identiti makanan kampung dan memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Che Rahni, 66, mula mengusahakan kedai makan pada tahun 1981 dan kekal dalam industri tersebut sehingga kini. Perniagaan yang diusahakan di Kampung Padang Lepai, Kadok itu turut menyediakan peluang pekerjaan kepada tiga orang pekerja.

Pengalaman panjang dalam perniagaan bukan sahaja menjadikan kedai makan tersebut sebagai sumber rezeki, malah turut menyumbang kepada usaha mengangkat identiti makanan kampung serta mengekalkan budaya dan makanan warisan.

Kedai makan yang diusahakan Che Rahni turut menjadi salah satu tempat komuniti berkumpul dan lokasi pertemuan penduduk kampung. Dalam masa yang sama, perniagaan tersebut membantu menjana ekonomi setempat.

Che Rahni juga memberi ruang kepada usahawan kecil untuk memasarkan produk mereka dengan meletakkan produk berkenaan di kedai makan yang diusahakannya.

Sumbangan tersebut memperlihatkan bahawa sebuah perniagaan makanan bukan sekadar menyediakan makanan kepada pelanggan, tetapi turut boleh menjadi ruang untuk menghidupkan komuniti, menyokong ekonomi setempat dan mengekalkan warisan makanan kampung.

Atas perjalanan panjang dan sumbangan beliau dalam bidang keusahawanan, Che Rahni dinobatkan sebagai Tokoh Usahawan Wanita DUN Kadok sempena Hari Sayyidatina Khadijah (HSK) DUN Kadok 2026.

Berkongsi nasihat kepada usahawan baharu, beliau menyeru agar mereka bermula dengan apa yang ada dan tidak menganggap perniagaan yang kecil sebagai satu kegagalan.

Menurut beliau, pengurusan kewangan perlu dilakukan dengan disiplin, manakala setiap perniagaan hendaklah disertai niat untuk memberi manfaat kepada orang lain.

Beliau turut berpesan agar usahawan berani bermula, tekun berusaha, jujur dalam berniaga dan sabar membina kejayaan.

Bagi Che Rahni, usaha yang konsisten hari ini mampu menjadi kejayaan pada masa akan datang.

Kisah 44 tahun perjalanan beliau membuktikan bahawa ketekunan dalam mempertahankan sebuah perniagaan mampu membawa manfaat yang lebih luas, bukan sahaja kepada pengusaha, tetapi juga kepada masyarakat dan warisan setempat.

Disediakan oleh:
Pusat Sumber Sayyidatina Hafsah (PASIH)

Mesyuarat Khas Bersama YB. Dato’ Sr. Hj. Azami Mohd NorAlhamdulillah, telah selesai Mesyuarat Khas bersama YB. Dato’ Sr....
17/08/2026

Mesyuarat Khas Bersama YB. Dato’ Sr. Hj. Azami Mohd Nor

Alhamdulillah, telah selesai Mesyuarat Khas bersama YB. Dato’ Sr. Hj. Azami Mohd Nor, ADUN Kadok, yang melibatkan Penghulu DUN Kadok bersama Ketua UDM dan Setiausaha (S.U.).

Mesyuarat telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pusat Khidmat DUN Kadok bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan serta memperkukuhkan kerjasama dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat setempat.

Semoga segala hasil perbincangan dan perancangan yang dipersetujui dapat dilaksanakan dengan sebaiknya demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat DUN Kadok.

Terima kasih atas komitmen dan kerjasama semua yang hadir.

Alhamdulillah, YB Dato’ Sr. Haji Azami Mohd Nor telah menyampaikan sumbangan one off IPTA / IPTS  kepada wakil pelajar y...
17/08/2026

Alhamdulillah, YB Dato’ Sr. Haji Azami Mohd Nor telah menyampaikan sumbangan one off IPTA / IPTS kepada wakil pelajar yang telah berjaya menyambung pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi..

Semoga sumbangan ini menjadi asbab kebaikan, memudahkan urusan menimba ilmu, seterusnya berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.. Insha'Allah.

“Barangsiapa yang memudahkan urusan agama, maka Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat.” 🤲

Skuad Kita Cakna | Ziarah KasihYB Dato’ Sr. Haji Azami Mohd Nor dan Penghulu bersama Team Skuad Kita Cakna turun padang ...
16/08/2026

Skuad Kita Cakna | Ziarah Kasih
YB Dato’ Sr. Haji Azami Mohd Nor dan Penghulu bersama Team Skuad Kita Cakna turun padang menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada mereka yang sedang diuji dengan pelbagai penyakit di sekitar Mukim Paya Lada serta ziarah kematian dan menyampaikan kifalah kepada wasi .

Semoga kehadiran ini dapat memberi sedikit semangat dan meringankan beban yang ditanggung.
Kami sentiasa cakna, dekat dan bersama rakyat.




YB Dato’ Sr. Haji Azami Mohd Nor (Adun Kadok) ,merasmikan Program Hari Sayyidatina Khadijah yang Berlangsung di Dewan Da...
15/08/2026

YB Dato’ Sr. Haji Azami Mohd Nor (Adun Kadok) ,merasmikan Program Hari Sayyidatina Khadijah yang Berlangsung di Dewan Dato Kadok Anjuran bersama Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kerajaan Negeri Kelantan, Pusat Khidmat DUN Kadok, Majlis Perundingan Wanita Parlimen Ketereh dan Pertubuhan Wanita Bestari Kelantan.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti Daurah Keluarga yang disampaikan oleh Dr Azirawati Bt Ismail ( Pakar Perubatan Kecemasan UD15 ) Cabutan Bertuah, Anugerah Tokoh HSK, Persembahan Kebudayaan dari Alif Zayn dan Aqiem Suara Muda dan Zumba Tertutup Wanita serta Jamuan Tengahari Gulai Kawah.

Turut diadakan taklimat kesihatan, saringan kesihatan percuma dan cabutan bertuah dengan hadiah menarik untuk peserta terawal.


Alhamdulillah Tuan Haji Ab Aziz Mohamed  mewakil YB Dato’ Sr. Haji Azami Mohd Nor ADUN Kadok menyampaikan Cek Skim Gerba...
13/08/2026

Alhamdulillah Tuan Haji Ab Aziz Mohamed mewakil YB Dato’ Sr. Haji Azami Mohd Nor ADUN Kadok menyampaikan Cek Skim Gerbang Azziwaj kepada Bapa penerima Ahma Shazril Amri B. Mohammad Shiham dari mukim Patek.

Skim ini khusus kepada para belia yang berkahwin buat pertama kali dengan pendapatan RM1000 ke bawah.

ZIARAH KEMATIAN YB Dato Sr Hj Azami Mohd Nor , ADUN Kadok ,bersama (SKC) Skuad Kita Cakna Dun Kadok menziarahi keluarga ...
11/08/2026

ZIARAH KEMATIAN

YB Dato Sr Hj Azami Mohd Nor , ADUN Kadok ,bersama (SKC) Skuad Kita Cakna Dun Kadok menziarahi keluarga Allahyarham Nik Mohamed Bin Awang dari mukim Biah dan keluarga Allahyarham Mohd Suhairi bin mat nawi dari mukim Perol .Salam takziah diucapkan kepada seluruh waris.

Semoga setiap usaha yang dilaksanakan menjadi asbab kepada kesejahteraan rakyat dan mengeratkan hubungan antara pemimpin dengan masyarakat.
"Berkhidmat dengan Ikhlas, Menyantuni dengan Kasih, Membela Kebajikan Rakyat."

Address

Pejabat Pusat Khidmat DUN Kadok
Ketereh
16450

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 15:30
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+601135646386

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PUSAT Khidmat DUN KADOK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share