Balai Polis Ketereh

Balai Polis Ketereh Balai Polis Ketereh

🇲🇾 Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69! 🇲🇾Marilah kita bersama-sama mengenang jasa dan pengorbanan para pejuang terd...
31/08/2026

🇲🇾 Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69! 🇲🇾

Marilah kita bersama-sama mengenang jasa dan pengorbanan para pejuang terdahulu dalam mempertahankan kedaulatan negara. Semoga semangat patriotisme, perpaduan dan kasih sayang terhadap Malaysia terus mekar dalam diri setiap rakyat.

Malaysia MADANI, rakyat bersatu, negara maju.
Ayuh kita terus melangkah bersama demi Malaysia yang lebih gemilang! ❤️🤍💙💛

Selamat Hari Kebangsaan ke-69! Merdeka! Merdeka! Merdeka! 🇲🇾

*PROGRAM MENYANTUNI BALU KEPADA PRP BALAI POLIS WESTON, IPD BEAUFORT YANG MENINGGAL DUNIA*Ketereh, 08/08/26 (sabtu) lawa...
12/08/2026

*PROGRAM MENYANTUNI BALU KEPADA PRP BALAI POLIS WESTON, IPD BEAUFORT YANG MENINGGAL DUNIA*

Ketereh, 08/08/26 (sabtu) lawatan kebajikan ziarah kematian keatas Allahyarham KPL 208779 Mohamad Nur Hafiz bin Ibrahim anggota balai Polis Weston, IPD Beaufort.

YDH CP Dato' Haji Mohd Yusoff bin Mamat (Ketua Polis Kelantan), YDH Supt. Wan Ruzailan bin Wan Mat Rusoff (Timb. KPD Kota Bharu) menziarahi keluarga arwah di Kg. Hutan Pasir 16450 Ketereh, Kelantan.

YDH CP Dato' Haji Mohd Yusoff bin Mamat (Ketua Polis Kelantan) menyampaikan sumbangan Khairat kematian Kontijen dan Kelab Polis IPD Kota Bharu kepada balu arwah.

Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pangkal Kuang 16460 Ketereh, Kelantan.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang- orang yang beriman.

MAKLUMAN ZIARAH KEMATIAN PEGAWAI RENDAH POLIS KONTIJEN SABAHKETEREH, 08/08/2026 (Sabtu)- Bertempat di Tanah Perkuburan I...
12/08/2026

MAKLUMAN ZIARAH KEMATIAN PEGAWAI RENDAH POLIS KONTIJEN SABAH

KETEREH, 08/08/2026 (Sabtu)- Bertempat di Tanah Perkuburan Islam Pangkal Kuang 16450 Ketereh, Kelantan

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman

08/05/2026

*PADA 05 MEI 2026 PEMERIKSAAN BALAI POLIS KETEREH DI BAWAH PERINTAH TETAP KETUA POLIS NEGARA (PTKPN) A117 PERINGKAT BUKIT AMAN*

07/05/2026

Balai Ketereh on set triple nine tv three next week tuesday at 9pm…

02/05/2026
23/04/2026

*PADA 23 APRIL 2026 PEMERIKSAAN BALAI POLIS KETEREH DI BAWAH PERINTAH TETAP KETUA POLIS NEGARA (PTKPN) A117 PERINGKAT IPD KOTA BHARU*

PENERANGAN TENTANG JENAYAH BULI DAN JENAYAH SEKSUAL DI PUSAT LAT DAN DAKWAH ORANG ASLIKETEREH, 07 Mac 2026 – Bertempat d...
07/04/2026

PENERANGAN TENTANG JENAYAH BULI DAN JENAYAH SEKSUAL DI PUSAT LAT DAN DAKWAH ORANG ASLI

KETEREH, 07 Mac 2026 – Bertempat di Pusat Lat Dan Dakwah Orang Asli, hari ini telah diadakan penerangan tentang jenayah buli dan jenayah seksual

Program ini telah dihadiri SM Ahmad Ridhwan Bin Che Hussin (Ketua Polis Balai Ketereh) serta (2) Anggota Balai Polis Ketereh dan 20 orang pelajar tahfiz. Ketua Balai Polis Ketereh mengambil kesempatan memberi penerangan yang menyentuh isu-isu penting-

-Intipati Ucapan:-
▪️Memberi kesedaran kepada pelajar tentang perbuatan buli, termasuk jenis-jenis buli, punca berlakunya serta kesan negatif terhadap mangsa, pelaku dan persekitaran sekolah.
▪️ Bertujuan untuk mendidik pelajar mengenai gejala seksual, risiko yang terlibat serta kesan buruk terhadap diri, emosi dan masa depan.
menyebabkan tekanan emosi, kemurungan dan trauma kepada mangsa.
▪️ Menjejaskan prestasi pelajar dalam pelajaran serta kehadiran ke sekolah.
▪️ Memberi penekanan tentang kepentingan menjaga maruah diri serta mengelakkan diri daripada terlibat dalam tingkah laku yang tidak sihat.
▪️ Memberikan pendedahan kepada pelajar tentang langkah-langkah melindungi diri daripada menjadi mangsa buli dan gangguan seksual.
▪️Memberikan penerangan tentang bahaya penggunaan dadah, v**e dan rokok serta kesan negatifnya terhadap kesihatan fizikal, mental dan masa depan pelajar.
▪️ Membantu meningkatkan kesedaran pelajar tentang kepentingan melaporkan kejadian kepada pihak bertanggungjawab seperti guru atau pihak sekolah.
▪️Memperkenalkan sistem VOLUNTEER SMART PHONE PATROL(VSP)dan cara penggunaannya serta menggalakkan orang yang ditemui untuk mendaftar sebagai ahli.

















PROGRAM IMARAH MASJID MEGA PERINGKAT IPD KOTA, KELANTAN KETEREH, 27 Mac 2026 – Bertempat di Masjid Umar Abdul Aziz 16450...
27/03/2026

PROGRAM IMARAH MASJID MEGA PERINGKAT IPD KOTA, KELANTAN

KETEREH, 27 Mac 2026 – Bertempat di Masjid Umar Abdul Aziz 16450 Ketereh Kota Bharu Kelantan. hari ini telah diadakan Program Imarah Masjid Peringkat IPD Kota Bharu, Kelantan.

Program ini telah dihadiri SM Ahmad Ridhwan Bin Che Hussin (Ketua Polis Balai Ketereh), Pegawai Perhubungan Masjid dari Balai Polis Ketereh serta (2) Anggota Balai Polis Ketereh dan 300 orang jemaah masjid
Ketua Balai Polis Ketereh mengambil kesempatan menyampaikan ucapan dan taklimat yang menyentuh isu-isu penting-

-Intipati Ucapan/tazkirah keselamatan:-
1. Makluman dan peingatan agar sentiasa peka dan berwaspada tentang isu/kes-kes penipuan scammer yang sering berlaku di masa kini.
2. Peringatan tentang salah laku jenayah narkotik.
3. Peringatan dan seruan kerjasama dalam mencegah kejadian jenayah terutama kes kecurian motosikal dan pecah rumah.
4. Seruan bersama-sama membendung kejadian lumba haram dan main motor di Kawasan Ketereh.
5. Memupuk kesedaran tentang kes-kes salah laku pelajar sekolah,buli dan rogol yang kini banyak berlaku terutama melibatkan remaja bawah umur.
6. Peringatan tentang kes-kes kemalangan jalanraya yang berlaku dan seruan kerjasama dalam mematuhi peraturan jalanraya terutama anak-anak remaja.
8. Peringatan kepada AJK masjid agar sentiasa berwaspada dan memungut wang tabungan masjid agar kejadian memecah tabung masjid dapat dibendung.
7. Memberi peringatan agar ahli masyarakat sentiasa menyalur maklumat dan sentiasa boleh bekerjasama dengan PDRM dan menyimpan nombor-nombor telefon balai/IPD untuk dihubungi semasa kecemasan.

















Address

Balai Polis Ketereh, Kota Bharu
Ketereh
16450

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Polis Ketereh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share