P.176 BN Kimanis

P.176 BN Kimanis Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from P.176 BN Kimanis, Political organisation, KG. LANAS KIMANIS, Kimanis.
(1)

Barisan Nasional adalah Rakyat, Daripada Rakyat, Kepada Rakyat demi membela dan membantu anak bangsa tercinta untuk menuju ke arah kawasan, Negeri dan Negara yang maju dari sudut pembangunan, ekonomi dan sosial.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Jumaat yang penuh keberkatan.Taqwa bukan hanya ketika berada di had...
11/06/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Jumaat yang penuh keberkatan.

Taqwa bukan hanya ketika berada di hadapan manusia, bahkan lebih bermakna apabila kita tetap taat saat bersendirian dan menjadikannya pedoman dalam setiap amalan kehidupan seharian.

Taqwa bukan sekadar pada ucapan, tetapi terzahir melalui kejujuran dalam perkataan, amanah dalam tanggungjawab, akhlak yang baik dalam pergaulan serta rasa takut kepada Allah dalam setiap urusan yang kita lakukan.

Sama-sama kita memperbaharui niat, memperbanyakkan selawat, doa dan amal kebajikan. Semoga taqwa terus subur dalam hati, sentiasa mendekatkan kita kepada-Nya, menguatkan langkah dalam kebaikan serta mengurniakan keberkatan, ketenangan dan rahmat-Nya di dunia dan di akhirat.

Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita dan menjadikan kita dalam kalangan hamba-Nya yang bertaqwa. 🤲🏻

11 Jun 2026 | INSKEN Masterclass Seramai 100 peserta terdiri daripada penjaja, peniaga kecil usahawan mikro kecil dan se...
11/06/2026

11 Jun 2026 | INSKEN Masterclass

Seramai 100 peserta terdiri daripada penjaja, peniaga kecil usahawan mikro kecil dan sederhana dari Papar, Kimanis, Bongawan, Membakut, Beaufort dan Sipitang menyertai INSKEN Masterclass Sabah 2026 di Dewan Kesnian Islam Membakut.

Syabas dan tahniah kepada INSKEN atau Institut Keusahawan Negara Berhad atas komitmen berterusan dalam usaha memperkasa keusahawanan melalui program berimpak tinggi seperti penerapan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh daya saing perniagaan yang disifatkan sangat praktikal dan relevan dengan keperluan semasa.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Tuan Haji Rusman Dulamit, Setiausaha Sulit Kanan kepada YB Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), mewakili YB Datuk Hj Mohamad Hj Alamin, Timbalan Menteri KUSKOP.

Turut hadir Datuk Mustaffa Kamil Ayub, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah INSKEN; Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Sabah, Puan Malisah Sinin; Tuan Mohd Sazali Jalikal dari Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM); Tuan Mohd Azmi Mohd Taib, Ketua Wilayah Bank Rakyat Sabah dan Tuan Ahmad Faiz Rahman Pengurus TEKUN Nasional cawangan Kimanis.

Program bertemakan “Strategi AI Untuk Penjaja & Peniaga Kecil” ini diharap menjadi pemangkin kepada para usahawan untuk memanfaatkan teknologi AI sebagai alat meningkatkan produktiviti, memperluaskan pasaran dan memperkukuh pertumbuhan perniagaan.

Untuk rekod, sepanjang dua dekad penubuhannya, INSKEN telah berjaya melahirkan lebih 200,000 usahawan menerusi pelaksanaan lebih 4,000 program pembangunan keusahawanan di seluruh negara, sekali gus membuktikan komitmen berterusan agensi ini untuk mempastikan ekosistem keusahawanan terus mampan, berdaya tahan serta mampu bersaing dalam era ekonomi digital pada masa ini.




Dengan penuh rasa dukacita, YB Datuk Hj Mohamad Hj Alamin wakil rakyat Parlimen Kimanis hadir menziarahi waris keluarga ...
10/06/2026

Dengan penuh rasa dukacita, YB Datuk Hj Mohamad Hj Alamin wakil rakyat Parlimen Kimanis hadir menziarahi waris keluarga mendiang Robin Rampot yang telah meninggal dunia di Hospital Daerah Papar.

Jenazah mendiang telah dibawa pulang ke kediaman keluarga di Kampung Sumbiling, Bongawan untuk penghormatan terakhir ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai.

YB Datuk turut menyampaikan ucapan takziah serta kata-kata semangat kepada keluarga yang ditinggalkan. Kehilangan insan yang dikasihi sememangnya meninggalkan luka dan kerinduan yang mendalam, semoga keluarga terus diberikan kekuatan dan ketabahan.

Salam takziah buat seluruh keluarga mendiang.


09/06/2026
9 Jun 2026 | Bersama PSAT @ Kampung Talantang, Bongawan YB Datuk Hj Mohamad Hj Alamin, Timbalan Menteri Pembangunan Usah...
09/06/2026

9 Jun 2026 | Bersama PSAT @ Kampung Talantang, Bongawan

YB Datuk Hj Mohamad Hj Alamin, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menjadikan Program Teman TEKUN Bedudun untuk mendekati para usahawan bukan dari jauh, tetapi duduk semeja, bertentang mata dan mendengar sendiri cerita perjuangan mereka.

Ada yang baru membina impian, ada yang sedang mengembangkan usaha dan ada yang masih mencari ruang untuk bangkit lebih tinggi.

Sebagai Timbalan Menteri yang bertanggungjawab terhadap pembangunan usahawan dan koperasi, merangkap wakil rakyat Parlimen Kimanis, beliau percaya bahawa setiap langkah harus bermula dengan mendengar, kerana di sebalik angka dan laporan, terdapat kisah kehidupan yang menuntut perhatian dan tindakan.

Sesi dialog bersama ahli PSAT atau Pertemuan Setempat Ahli Teman menjadi jambatan yang menghubungkan suara usahawan dengan pihak yang diberi amanah. Setiap pandangan didengar, setiap keluhan diberi perhatian dan setiap harapan menjadi panduan dalam usaha memperkasa ekonomi masyarakat.

Pesan beliau ringkas, namun sarat makna:

“Berniaga dengan senang hati.”

Kerana rezeki yang dicari dengan kesungguhan akan lebih bermakna apabila dipermudah dengan sokongan, bimbingan dan peluang yang tepat.

Semoga ikhtiar ini menjadi platform mengukuhkan ekosistem keusahawanan, membuka pintu rezeki kepada lebih ramai anak muda dan menjadikan usahawan tempatan terus berdiri teguh sebagai tulang belakang ekonomi Kimanis.

Yang turut hadir Tuan Hemin Osumping, Pengerusi TEKUN Nasional Sabah; Tuan Ahmad Faiz Abdul Rahman, Pengurus TEKUN Nasional Kimanis serta Puan Margaret Philip, Ketua Kampung Talantang.




8 Jun 2026 | Bersama Teman TEKUN @ Membakut“Datang kepada TEKUN Nasional, insya-Allah ada jalan.”- Demikian jaminan YB D...
08/06/2026

8 Jun 2026 | Bersama Teman TEKUN @ Membakut

“Datang kepada TEKUN Nasional, insya-Allah ada jalan.”- Demikian jaminan YB Datuk Hj Mohamad Hj Alamin selaku Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) ketika sesi Perjumpaan Setempat Ahli Teman (PSAT) bersama para usahawan di Balairaya Kampung Jambatan Baru, Membakut.

Ini adalah komitmen berterusan beliau dalam merakyatkan perkhidmatan kerajaan agar bantuan, pembiayaan dan pelbagai peluang yang disediakan bukan sekadar diketahui di atas kertas, tetapi benar-benar sampai dan memberi manfaat kepada rakyat di peringkat akar umbi, khususnya golongan B40 serta Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

Mesej beliau cukup jelas, iaitu mahu melihat lebih ramai usahawan tempatan tampil berani melangkah ke hadapan, merebut peluang yang ditawarkan oleh agensi-agensi di bawah KUSKOP terutama TEKUN Nasional dan memanfaatkan pelbagai kemudahan yang tersedia untuk mengembangkan perniagaan, meningkatkan pendapatan serta memperkukuh ekonomi keluarga.

Dalam pertemuan tersebut, YB turut berkongsi pelbagai maklumat berkaitan akses kepada dana pembiayaan, program latihan dan bimbingan keusahawanan serta peluang pengembangan perniagaan yang mampu membantu usahawan tempatan menjadi lebih berdaya saing dan berdaya tahan serta membuka sesi dialog bagi mendengar permasalahan dan cabaran dihadapi usahawan.

Selaku wakil rakyat Parlimen Kimanis, beliau menegaskan komitmennya untuk terus turun padang mendengar sendiri permasalahan yang dihadapi dan memastikan tiada usahawan tercicir daripada menikmati manfaat serta peluang yang disediakan kerajaan.

Turut hadir Tuan Hemin Osumping Pengerusi TEKUN Nasional Sabah



07/06/2026
Baru semalam beliau berada di bumi Kimanis, menyantuni sahabat sekampung, saudara-mara, rakan-rakan, penduduk setempat, ...
07/06/2026

Baru semalam beliau berada di bumi Kimanis, menyantuni sahabat sekampung, saudara-mara, rakan-rakan, penduduk setempat, tetamu jemputan dan tuan rumah dalam beberapa majlis perkahwinan sekitar DUN Bongawan dan DUN Membakut dalam Parlimen Kimanis.

Belum pun genap 24 jam, YB Datuk Hj Mohamad Hj Alamin sudah berada di Johor Bahru bagi menghadiri Majlis Perasmian Penutupan Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (HPM) 2026 di Angsana Mall, meneruskan amanah sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

Begitulah perjalanan seorang wakil rakyat. Di satu sisi memikul tanggungjawab besar di peringkat nasional, memperjuangkan dasar dan inisiatif yang memberi manfaat kepada usahawan, koperasi dan rakyat seluruh negara. Di sisi yang lain, beliau tetap berusaha hadir bersama rakyat di kampung-kampung, meraikan s**a duka mereka, mendengar keluhan dan mencari jalan penyelesaian kepada setiap permasalahan.

Namun dalam kesibukan berkhidmat, ada kalanya hati seorang pemimpin turut terusik. Segala usaha, masa, tenaga dan pengorbanan yang dicurahkan tidak selalu diterjemahkan dengan penghargaan. Ada yang menerima manfaat, ada yang menikmati hasil perjuangan, tetapi apabila tiba saat menentukan masa depan, jasa dan pengorbanan itu seakan dilupakan.

Walaupun begitu, perjuangan tidak pernah diukur dengan pujian, dan pengorbanan tidak pernah ditagih balasan. Kerana bagi seorang pemimpin yang ikhlas, amanah dan kuasa politik yang diberikan rakyat tetap akan dilaksanakan sebaik mungkin selagi diberi kesempatan.

Semoga rakyat dapat melihat bahawa di sebalik setiap program, setiap perjalanan dan setiap kehadiran, ada kesungguhan yang lahir daripada rasa tanggungjawab untuk terus berbakti. Kerana kadangkala, yang paling menyedihkan bukanlah penat berjuang, tetapi apabila perjuangan yang tulus itu tidak lagi dihargai.

Terima kasih kepada semua yang terus bersama, memahami dan menghargai setiap usaha dan ikhtiar yang diungkayahkan YB Datuk MO demi Kimanis dan rakyat seluruhnya.


Address

KG. LANAS KIMANIS
Kimanis
89600

Opening Hours

09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when P.176 BN Kimanis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to P.176 BN Kimanis:

Share