PROTELA KOTA KINABALU

PROTELA KOTA KINABALU PROVOS TENTERA LAUT KOTA KINABALU

17/08/2026
๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐๐†๐‡๐€๐‘๐†๐€๐€๐ ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐๐„๐‘๐“๐”๐Š๐€๐‘ ๐Š๐„๐‹๐”๐€๐‘ ๐๐‘๐Ž๐“๐„๐‹๐€ ๐Š๐Ž๐“๐€ ๐Š๐ˆ๐๐€๐๐€๐‹๐” ๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐„๐‘๐€๐ˆ๐Š๐€๐ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‹๐€๐‡๐ˆ๐‘ ๐‰๐€๐ ๐‡๐ˆ๐๐†๐†๐€ ๐‰๐”๐ 202610 Ju...
12/07/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐๐†๐‡๐€๐‘๐†๐€๐€๐ ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐๐„๐‘๐“๐”๐Š๐€๐‘ ๐Š๐„๐‹๐”๐€๐‘ ๐๐‘๐Ž๐“๐„๐‹๐€ ๐Š๐Ž๐“๐€ ๐Š๐ˆ๐๐€๐๐€๐‹๐” ๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐„๐‘๐€๐ˆ๐Š๐€๐ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‹๐€๐‡๐ˆ๐‘ ๐‰๐€๐ ๐‡๐ˆ๐๐†๐†๐€ ๐‰๐”๐
2026

10 Jul - PROTELA Kota Kinabalu telah menganjurkan Majlis Penghargaan sempena pertukaran keluar 10 orang warga pasukan dan Sambutan Hari Lahir bagi anggota yang dilahirkan dalam tempoh Januari hingga Jun 2026. Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan atas segala jasa, dedikasi dan komitmen anggota yang akan meneruskan penugasan di tempat baharu, di samping meraikan warga pasukan yang menyambut ulang tahun kelahiran. Sambutan ini turut menjadi medium untuk mengeratkan silaturahim, memupuk semangat kekitaan serta memperkukuh hubungan sesama warga pasukan.

Seluruh warga PROTELA Kota Kinabalu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada anggota yang bertukar keluar atas segala sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat, serta mendoakan agar mereka terus cemerlang dalam penugasan baharu. Ucapan selamat hari lahir turut dizahirkan kepada semua anggota yang diraikan, dengan harapan agar sentiasa dikurniakan kesihatan, kesejahteraan dan kejayaan dalam melaksanakan amanah demi agama, bangsa dan negara.


๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—•๐—”๐—–๐—”๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—›๐—Ÿ๐—œ๐—Ÿ ๐——๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—๐—”๐—ง10 Jun - Majlis Bacaan Tahlil dan Solat Hajat PROTELA Kota Kinabalu telah diadakan d...
11/06/2026

๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—•๐—”๐—–๐—”๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—›๐—Ÿ๐—œ๐—Ÿ ๐——๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—๐—”๐—ง

10 Jun - Majlis Bacaan Tahlil dan Solat Hajat PROTELA Kota Kinabalu telah diadakan dengan penuh khusyuk dan lancar melibatkan penyertaan warga PROTELA Kota Kinabalu. Program ini bertujuan memohon keberkatan, kesejahteraan dan kelancaran segala urusan organisasi di samping mendoakan kejayaan semua perancangan dan aktiviti yang akan dilaksanakan. Majlis dimulakan dengan Solat Hajat dan Bacaan Tahlil sebelum diteruskan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Bintara Agama PTKK.

Penganjuran majlis ini mencerminkan komitmen PROTELA dalam memupuk nilai kerohanian dan memperkukuhkan ukhuwah sesama warga organisasi. Melalui pengisian yang berteraskan amalan keagamaan, program ini berjaya mewujudkan suasana kebersamaan serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga PROTELA Kota Kinabalu. Diharapkan majlis seumpama ini dapat diteruskan sebagai platform untuk memperkukuh semangat perpaduan dan meningkatkan motivasi dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab organisasi.


PROGRAM LAWATAN KESEDARAN KE PENJARA PUSAT KOTA KINABALU4 Jun - Dalam usaha memperkasakan kesedaran disiplin dan integri...
04/06/2026

PROGRAM LAWATAN KESEDARAN KE PENJARA PUSAT KOTA KINABALU

4 Jun - Dalam usaha memperkasakan kesedaran disiplin dan integriti dalam kalangan anggota, seramai 50 anggota daripada Markas serta unit-unit di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK) telah menyertai Program Lawatan Kesedaran ke Penjara Pusat Kota Kinabalu yang diketuai oleh Asisten Marsyal Provos Kota Kinabalu Lt Kdr Zuraimi bin Mokhtar TLDM. Program ini bertujuan memberikan gambaran sebenar mengenai kehidupan di penjara dan meningkatkan keinsafan terhadap kesan dan implikasi pelanggaran disiplin, etika dan undang-undang.

Selain itu, program ini dilaksanakan sebagai usaha berterusan bagi memperkukuh tahap disiplin, integriti dan pematuhan terhadap undang-undang serta peraturan perkhidmatan dalam kalangan anggota. Sepanjang lawatan, anggota telah diberikan pendedahan berkaitan pengurusan institusi pemulihan dan implikasi pelanggaran disiplin serta kesalahan jenayah terhadap individu dan organisasi oleh Timbalan Penguasa Penjara (TPP) Saiful bin Mat Yasing.

Pelaksanaan program ini telah mencapai objektif yang ditetapkan dengan berjaya meningkatkan kesedaran, kefahaman dan penghayatan anggota terhadap kepentingan mengekalkan tahap disiplin yang tinggi, seterusnya memperkukuh profesionalisme serta kesiapsiagaan warga TLDM dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab perkhidmatan.


03/05/2026
03/05/2026

๐—ž๐—”๐— ๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š ๐— ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—”๐——๐—จ !
๐˜›๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช๐˜ฎ๐˜ข ๐˜’๐˜ข๐˜ด๐˜ช๐˜ฉ ๐Ÿฑ๐Ÿฑ,๐Ÿฐ๐Ÿณ๐Ÿฑ ๐™‹๐™–๐™ง๐™– ๐™‹๐™š๐™ฃ๐™œ๐™ช๐™ฃ๐™Ÿ๐™ช๐™ฃ๐™œ ๐˜”๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช๐˜ข๐˜ฉ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜‰๐˜ข๐˜ฉ ๐˜’๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฐ 2026 !

๐—•๐—ฎ๐—ต ๐—ž๐—ฎ๐—ป๐—ผ ! ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฏ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ ๐—”๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ง๐—ถ๐—บ๐˜‚๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ benar-benar โ€œgamat habisโ€ apabila Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pecah rekod dibanjiri 55,475 pengunjung pada 2 dan 3 Mei 2026 bersempena Sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Ke-92. Suasana penuh semangat, sorakan dan keterujaan jelas terasa apabila warga Sabah dan Sarawak turun padang memeriahkan acara terbesar Armada Timur tahun ini. Memang padu bah!

๐—ฆ๐—ผ๐—ธ๐—ผ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฎ๐—บ๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—•๐—ถ๐—ธ๐—ถ๐—ป ๐—ž๐—ฎ๐—บ๐—ถ ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ด๐—ถ ๐—ฆ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐˜!

Terima Kasih dari Warga Markas Pemerintahan Armada Timur

Jabatan Penerangan Sabah
Jabatan Penerangan Sarawak
Kementerian Pertahanan Malaysia
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu

Address

Kinabalu

Telephone

+6088350355

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PROTELA KOTA KINABALU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share