Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah [Official]

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah [Official] Page rasmi Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS)

𝗞𝗘𝗣𝗨𝗧𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗣𝗥𝗜𝗡𝗦𝗜𝗣 𝗗𝗘𝗠𝗜 𝗠𝗘𝗠𝗣𝗘𝗥𝗞𝗨𝗞𝗨𝗛 𝗔𝗚𝗘𝗡𝗗𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗝𝗔𝗛𝗧𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔Pemuda PAS Negeri Sabah menyatakan sokong...
11/06/2026

𝗞𝗘𝗣𝗨𝗧𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗣𝗥𝗜𝗡𝗦𝗜𝗣 𝗗𝗘𝗠𝗜 𝗠𝗘𝗠𝗣𝗘𝗥𝗞𝗨𝗞𝗨𝗛 𝗔𝗚𝗘𝗡𝗗𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗝𝗔𝗛𝗧𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔

Pemuda PAS Negeri Sabah menyatakan sokongan terhadap keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat berhubung hala tuju kerjasama politik parti.

Keputusan tersebut mencerminkan pendirian PAS yang konsisten dalam meletakkan prinsip perjuangan serta kepentingan rakyat dan negara sebagai keutamaan dalam membuat sebarang pertimbangan politik.

Bagi PAS, agenda penyatuan masyarakat dan kestabilan negara perlu terus diperkasakan melalui pendekatan yang inklusif serta berpandukan kepentingan bersama. Sehubungan itu, sebarang keputusan yang diambil hendaklah dilihat dalam konteks usaha memperkukuh perpaduan, memperluas kerjasama dan mewujudkan suasana politik yang lebih matang serta konstruktif.

Pemuda PAS Sabah berpandangan bahawa cabaran semasa negara memerlukan penglibatan lebih ramai individu berwibawa daripada pelbagai latar belakang, termasuk golongan akademik, profesional, usahawan, aktivis masyarakat dan pemimpin komuniti. Penyertaan pelbagai pihak dalam pembangunan negara merupakan elemen penting bagi memperkukuh institusi masyarakat serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Di Sabah, pendekatan keterbukaan dan kerjasama rentas kelompok telah lama menjadi sebahagian daripada usaha membangunkan negeri. Pemuda PAS Sabah sentiasa bersedia untuk berdialog dan bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), organisasi belia, tokoh masyarakat serta pihak-pihak lain yang berkongsi aspirasi untuk memajukan Sabah dan memperkukuh kedudukannya dalam pembangunan nasional.

Selaras dengan gagasan “Sabah Untuk Malaysia”, Pemuda PAS Sabah percaya bahawa kemajuan Sabah dan kestabilan Malaysia saling berkait rapat. Oleh itu, usaha memperkukuh persefahaman dan kerjasama antara pelbagai pihak perlu terus diberikan keutamaan demi manfaat rakyat serta masa depan negara.

Pemuda PAS Sabah akan terus mendukung pendekatan yang berteraskan prinsip, perpaduan dan tanggungjawab bersama dalam menyumbang ke arah pembinaan masyarakat yang lebih sejahtera, harmoni dan berdaya maju.

HENDRI HAMSAH
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

KENYATAAN MEDIA PAS PUSATKERJASAMA POLITIK PAS–BERSATUMesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang diadakan pada har...
08/06/2026

KENYATAAN MEDIA PAS PUSAT

KERJASAMA POLITIK PAS–BERSATU

Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang diadakan pada hari ini, Isnin 8 Jun 2026, telah membuat ketetapan seperti berikut:

i. Memperakukan keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Jun 2026 berhubung pertimbangan dasar, hukum dan maslahah kerjasama politik PAS, atas prinsip penyatuan ummah;

ii. Meneliti kedudukan dan hala tuju kerjasama politik PAS–BERSATU berdasarkan laporan, kajian dan penilaian semasa;

iii. Menghentikan kerjasama politik dengan BERSATU;

iv. Meneroka suatu bentuk persefahaman politik dan kerjasama pilihan raya (electoral pact) demi penyatuan ummah, bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Umum ke-16; dan

v. Menerima hasrat tokoh-tokoh akademik, profesional, pemimpin politik, dan aktivis masyarakat untuk menyertai PAS.

“Kembali Kepada Penyelesaian Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 22 Zulhijjah 1447 / 8 Jun 2026

Setiap tahun, Pesta Kaamatan disambut dengan meriahnya di Sabah. Pelbagai acara, aktiviti dan pertandingan dianjurkan se...
31/05/2026

Setiap tahun, Pesta Kaamatan disambut dengan meriahnya di Sabah. Pelbagai acara, aktiviti dan pertandingan dianjurkan sempena Pesta yang meriah ini.

Pesta yang menjadi tradisi masyarakat Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus (KDMR) ini turut menjadi salah satu platform penting mengekalkan warisan budaya tempatan, menjadi wadah memperkenalkan warisan budaya kepada generasi muda, dan turut menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara.

Kepelbagaian sambutan yang diraikan dengan meriah di Sabah menunjukkan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan bangsa yang hidup di Negeri di Bawah Bayu ini.

Pada kesempatan ini, Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan Tahun 2026 kepada semua yang menyambut Pesta Kaamatan khususnya masyarakat KDMR.

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan

"Mongomot Pisompuruan, Mamaramai Piunungan"
"Menuai Perpaduan, Meraikan Keharmonian"
"Harvesting Unity, Celebrating Harmony"


23/05/2026

𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫 𝐃𝐚𝐫𝐮𝐥 𝐓𝐚’𝐳𝐢𝐦!

Juara Piala Malaysia 2025/26, satu lagi bukti konsistensi dan mentaliti kemenangan yang terus dikekalkan.

JDT Juara bertahan empat musim berturut-turut selepas menewaskan Kuching City FC 2-0 sebentar tadi. Kuching city sebenarnya berpeluang untuk mengubah keputusan awal sebentar tadi, tapi penalti yang diberikan tidak dapat disempurnakan dengan baik oleh pemain jersey bernombor 7 mereka iaitu Ramadhan Saifullah.

Apapun perlawanan yang sengit telah dipamerkan oleh kedua-dua pasukan. Untuk makluman, JDT sudah menjuarai Trofi Piala Malaysia buat kali ke-6 (2017, 2019, 2022, 2023, 2024-25, 2025-26)

Tahniah JDT, Tahniah Kuching City. Final Piala Malaysia 2026

𝐀𝐫𝐬𝐞𝐧𝐚𝐥 𝐉𝐮𝐚𝐫𝐚 𝐏𝐫𝐞𝐦𝐢𝐞𝐫 𝐋𝐞𝐚𝐠𝐮𝐞 𝐓𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐛𝐢𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐋𝐢𝐠𝐚 Pagi tadi, penyokong Arsenal akhirnya boleh tarik nafas lega…...
20/05/2026

𝐀𝐫𝐬𝐞𝐧𝐚𝐥 𝐉𝐮𝐚𝐫𝐚 𝐏𝐫𝐞𝐦𝐢𝐞𝐫 𝐋𝐞𝐚𝐠𝐮𝐞 𝐓𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐛𝐢𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐋𝐢𝐠𝐚

Pagi tadi, penyokong Arsenal akhirnya boleh tarik nafas lega… selepas bertahun-tahun jadi bahan gurauan “𝙢𝙪𝙨𝙞𝙢 𝙙𝙚𝙥𝙖𝙣 𝙡𝙖𝙝, 𝙗𝙤𝙩𝙤𝙡 𝙡𝙖𝙝, 𝙢𝙖𝙘𝙖𝙢 𝙩𝙚𝙣𝙜𝙤𝙠 𝙣𝙚𝙩𝙛𝙡𝙞𝙭 𝙡𝙖𝙝”. Kali ini, musim ini memang jadi dan tidak botol lagi!

Arsenal 𝘀𝗮𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗴𝗲𝗹𝗮𝗿 𝗷𝘂𝗮𝗿𝗮 𝗣𝗿𝗲𝗺𝗶𝗲𝗿 𝗟𝗲𝗮𝗴𝘂𝗲 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗮𝘄𝗮 l, bahkan sebelum perlawanan terakhir liga dimainkan, selepas Manchester City sekadar mencatat keputusan seri 1-1 menentang Bournemouth pagi tadi. Keputusan itu secara rasmi menutup peluang City untuk memintas Arsenal di puncak liga.

Orang bilang, kalau rezeki memang nda ke mana. Arsenal pun macam sudah siap buat kerja rumah awal-awal, tinggal tunggu orang lain tersilap langkah saja. Man City mungkin cuba kejar sampai minit akhir, tapi kali ini Bournemouth p**a jadi “𝗽𝗲𝗻𝗼𝗹𝗼𝗻𝗴 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗿𝗮𝘀𝗺𝗶” penyokong Arsenal.

Tahniah kepada semua penyokong Arsenal. Penantian panjang akhirnya berbaloi. Kepada penyokong pasukan lain, jangan risau… musim depan kita buka cerita baru lagi.

Bola ni, kadang-kadang dia ajar kita satu benda, jangan terlalu yakin sebelum wisel penamat berbunyi.

Kredit : DACS Sabah

𝐉𝐮𝐛𝐥𝐢 𝐃𝐞𝐥𝐢𝐦𝐚: 𝐃𝐢𝐫𝐠𝐚𝐡𝐚𝐲𝐮 𝟒𝟎 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐏𝐀𝐒 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡Empat dekad bukan satu tempoh yang singkat. Dalam sejarah perjuangan, 40 tahun...
19/05/2026

𝐉𝐮𝐛𝐥𝐢 𝐃𝐞𝐥𝐢𝐦𝐚: 𝐃𝐢𝐫𝐠𝐚𝐡𝐚𝐲𝐮 𝟒𝟎 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐏𝐀𝐒 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡

Empat dekad bukan satu tempoh yang singkat. Dalam sejarah perjuangan, 40 tahun adalah bukti bahawa sebuah gerakan itu tidak lahir hanya kerana semangat sementara, tetapi dibina atas pengorbanan, air mata, kesabaran dan istiqamah yang panjang. Sempena Jubli Delima 40 Tahun PAS Sabah, generasi muda wajar menatap lembaran sejarah dengan rasa syukur dan hormat kepada para perintis yang telah membuka jalan perjuangan ini sejak awal.

PAS Sabah tidak lahir dalam keadaan selesa. Gerakan ini dibina ketika serba kekurangan, bergerak dengan tenaga yang terbatas, berdepan pelbagai tekanan dan cabaran, namun para pendahulu tetap teguh membawa risalah dakwah Islam di bumi Sabah. Mereka mempertahankan perjuangan walaupun ketika PAS belum kuat, belum dikenali dan belum diterima sebagaimana hari ini. Atas keteguhan merekalah, generasi hari ini dapat melihat PAS Sabah berdiri lebih matang dan semakin diyakini rakyat.

Hari ini, PAS Sabah sedang melalui satu fasa kebangkitan yang baharu. Pendekatan matang, harmoni dan dekat dengan rakyat menjadikan PAS semakin diterima oleh masyarakat pelbagai kaum dan latar belakang. Kehadiran Datuk Dr. Aliakbar Gulasan sebagai ADUN PAS pertama di Sabah bukan sekadar kemenangan politik, tetapi simbol bahawa perjuangan yang lama disemai akhirnya mula membuahkan hasil. Ia menjadi tanda bahawa rakyat semakin membuka ruang kepada politik yang membawa nilai, kebajikan dan penyelesaian.

Namun kemenangan bukan alasan untuk berbangga. Ia adalah amanah besar yang menuntut lebih banyak kerja dan pengorbanan. Sebab itu, Pemuda PAS Sabah akan berusaha tampil sebagai tenaga penggerak utama perjuangan. Pemuda tidak boleh hanya menjadi pejuang papan kekunci di media sosial, sebaliknya mesti turun ke gelanggang menyantuni rakyat, memahami denyut nadi masyarakat dan menjadi wajah Islam yang membawa harapan.

Masa depan Sabah sangat bergantung kepada pembinaan generasi mudanya. Anak muda perlu dibentuk dengan fikrah Islam yang jelas, akhlak yang baik, disiplin yang tinggi serta semangat perjuangan yang kental. Politik yang dibawa PAS bukan politik kebencian dan perpecahan, tetapi politik yang menyatukan masyarakat melalui nilai kemanusiaan, kebajikan dan kesejahteraan bersama.

Sambutan Jubli Delima ini juga mesti menjadi titik untuk menyatukan saf perjuangan, memperkukuh ukhuwah dan menyuntik semula semangat ahli agar terus istiqamah menghadapi cabaran mendatang. Perjalanan PAS Sabah masih panjang bahkan masih banyak amanah yang perlu digalas, dakwah yang perlu diperluas dan rakyat yang perlu dibela.

Pemuda PAS Sabah mesti bersedia memimpin masa depan dengan memperkukuh pengaruh anak muda, memperluas gerakan dakwah, memperkasa kebajikan rakyat serta melahirkan lebih ramai pemimpin muda Sabah yang berintegriti, berilmu dan dekat dengan masyarakat.

Jubli Delima ini bukan sekadar meraikan usia perjuangan. Ia adalah tanda bahawa perjuangan Islam di Sabah akan terus hidup, berkembang dan melangkah lebih jauh demi membawa kesejahteraan kepada seluruh rakyat Sabah dan Malaysia.

Dirgahayu 40 Tahun PAS Sabah!

Syabas dan tahniah!Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) mengucapkan tahniah kepada YB Datuk Dr. Aliakbar Gulasan, Pesur...
17/05/2026

Syabas dan tahniah!

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) mengucapkan tahniah kepada YB Datuk Dr. Aliakbar Gulasan, Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah yang telah dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional Negeri Sabah yang baharu.

Semoga dengan perlantikan tersebut, YB Datuk Dr. Aliakbar Gulasan akan terus mengemudi dan memperkasa Perikatan Nasional di Sabah menjadi sebuah entiti yang lebih kompeten mengetengahkan dan memberi solusi kepada isu-isu masyarakat, menjadi medium mendengar dan menyuarakan jerih payah rakyat Sabah, menyantuni semua lapisan masyarakat di Sabah dan terus menjadi entiti yang membawa Budaya Politik Matang dan Sejahtera.

DPPNS turut mengucapkan tahniah kepada semua Pengerusi Perikatan Nasional negeri-negeri lain yang turut menerima amanah kepimpinan. Semoga segala tanggungjawab yang dipikul dapat dilaksanakan dengan penuh hikmah dan kejayaan.

سيروا على بركة الله




SELAMAT HARI GURU“Pendidik Rabbani, Malaysia Sejahtera”Guru bukan sekadar menyampaikan ilmu, bahkan membentuk akhlak, me...
16/05/2026

SELAMAT HARI GURU

“Pendidik Rabbani, Malaysia Sejahtera”

Guru bukan sekadar menyampaikan ilmu, bahkan membentuk akhlak, menyemai adab dan melahirkan generasi yang beriman serta berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Terima kasih kepada seluruh warga pendidik yang terus istiqamah mendidik dengan penuh hikmah, kasih sayang dan pengorbanan demi masa depan anak-anak Malaysia.

Firman Allah SWT:

“Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.”
(Surah Al-Mujadilah: 11)

Semoga para guru terus diberi kekuatan, kesihatan dan keberkatan dalam mendidik ummah menuju Malaysia yang lebih sejahtera dan diberkati.

Selamat Hari Guru 2026
"Pendidik Rabbani, Malaysia Sejahtera"

لَبَّيْكَ اللّٰهُمَّ لَبَّيْكَلَبَّيْكَ لَا شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَALLAHU AKBAR!Detik yang dinanti telah tiba. Tetamu-te...
12/05/2026

لَبَّيْكَ اللّٰهُمَّ لَبَّيْكَ

لَبَّيْكَ لَا شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ

ALLAHU AKBAR!
Detik yang dinanti telah tiba. Tetamu-tetamu Allah bakal berangkat menyahut panggilan Baitullah.

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah dengan penuh rasa kasih & takzim mengucapkan:

SELAMAT BERANGKAT KE TANAH SUCI
DAN MENUNAIKAN IBADAH HAJI
kepada semua Duyufur Rahman

وَأَذِّن فِى ٱلنَّاسِ بِٱلْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًۭا وَعَلَىٰ كُلِّ ضَامِرٍۢ يَأْتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍۢ
"Dan serulah manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengenderai unta yang kurus..." Al-Hajj: 27

Tiga Pesan buat Duyufur Rahman:

Pertama, Ikhlaskan Niat. Haji adalah jemputan Allah. Jaga hati, jaga lisan, banyakkan zikir.

Kedua, Jaga Kesihatan. Cuaca panas & ibadah yang berat perlukan fizikal yang kuat.

Ketiga, Doakan Kami. Titipkan doa buat agama, bangsa & tanah air di Multazam, di Arafah, di Raudah.

Kami kirimkan doa indah dari Ibnu Mas’ud & Ibnu Umar r.a:

اللَّهُمَّ اجْعَلْ حَجًّا مَبْرُورًا وَسَعْيًا مَشْكُورًا وَذَنْبًا مَغْفُورًا

Ya Allah, jadikan haji ini sebagai haji yang mabrur, sa'i yang penuh berkah, dan pengampun bagi dosa.

"TERUS MEMIMPIN"
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah



Ibu antara insan yang paling banyak berkorban dan berjasa kepada kita. Firman Allah S.W.T:حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهًا وَو...
10/05/2026

Ibu antara insan yang paling banyak berkorban dan berjasa kepada kita.

Firman Allah S.W.T:

حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهًا وَوَضَعَتْهُ كُرْهًا ۖ وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلَاثُونَ شَهْرًا

Maksudnya: Seorang manusia itu, dia telah dikandungkan oleh ibunya dalam keadaan yang penuh kesukaran dan begitu juga dia dilahirkan oleh ibunya dalam keadaan yang penuh kepayahan. Dan kandungan serta susuan (kepada anak) adalah selama tiga puluh bulan. [Surah Al-Ahqaf : 15]

Jasa dan pengorbanan mereka yang tidak terhitung banyaknya diberikan dengan penuh kasih sayang. Seyogianya kita menghargai dan berbuat baik kepada mereka selaras firman Allah SWT:

وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا ۖ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا

Maksudnya: Dan bertauhidlah kamu kepada Allah dan jangan sesekali kamu mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun. Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa. [Surah Al-Nisa’ : 36]

Selain itu, ibu juga menjadi insan yang utama untuk kita berbuat baik sejajar sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W: ‘’Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berhak untuk aku berbuat baik kepadanya ?’’. Maka Rasulullah S.A.W. menjawab:

أُمُّكَ ثُمَّ أُمُّكَ ثُمَّ أُمُّكَ ثُمَّ أَبُوكَ

Maksudnya: Ibu kamu (adalah manusia yang paling berhak untuk kamu berbuat baik kepadanya), kemudian ibu kamu, kemudian ibu kamu, kemudian bapa kamu. [HR Muslim: 2548]

Maka, berbuat baiklah kepada ibu kita yang masih hidup. Bagi yang telah tiada, teruskan mendoakan ibu yang telah menghadap Sang Pencipta. Semoga mereka dicucuri rahmat.

Marilah kita juga senantiasa memperbanyakkan bacaan doa:

رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا

Maksudnya: Wahai Tuhan, kasihilah keduanya (ibubapa ku) sebagaimana mereka mendidik aku semasa aku kecil. [Surah Al-Isra’ : 24]

Bersempena Hari, Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua insan bergelar ibu. Jasa dan pengorbanan anda tiada galang gantinya.




Address

Kinabalu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah [Official] posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah [Official]:

Shortcuts

Share