Briged Sabah PGA Official

Briged Sabah PGA Official Pasukan Gerakan Am
Ibu Pejabat Briged Sabah
Kem Kinarut Papar
Beg Berkunci 50
88994 Kota Kinabalu

AL-FATIHAH DAN SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA TIGA PEGAWAI RENDAH POLIS BALAI POLIS WESTON
07/08/2026

AL-FATIHAH DAN SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA TIGA PEGAWAI RENDAH POLIS BALAI POLIS WESTON

AL-FATIHAH DAN SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA TIGA PEGAWAI RENDAH POLIS BALAI POLIS WESTON

CP Datuk Jauteh bin Dikun, JP, Pesuruhjaya Polis Sabah, bersama isteri, YBhg. Datin Nurhayatie Farhana binti Abdullah, selaku Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Sabah serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Mendiang Kpl 191261 Chiu Teck Siong, Allahyarham L/Kpl 208779 Mohamad Nur Hafiz bin Ibrahim dan Allahyarham Konst 231580 Muhammad Raimi bin Ismarubee yang disahkan meninggal dunia selepas dipercayai terkena renjatan elektrik dalam satu kejadian di Jalan Weston, Kampung Weston, Beaufort semalam.

Ketiga-tiga mereka merupakan Pegawai Rendah Polis yang bertugas di Balai Polis Weston, Ibu Pejabat Polis Daerah Beaufort, Sabah. Pemergian mereka merupakan satu kehilangan besar kepada pasukan khususnya buat PDRM Kontinjen Sabah.

Keperluan kebajikan kepada keluarga jenazah akan diberi keutamaan. Bedah siasat sedang dijalankan hari ini di Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu, Sabah. Justeru pihak PDRM Sabah (IPK Sabah) juga telah dimaklumkan bagi membantu sehingga proses pengkebumian jasad Arwah dan Mendiang selesai.

Bagi Allahyarham yang beragama Islam, semoga rohnya dirahmati dan dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama-sama golongan orang beriman.

Al-Fatihah :-

‎سْــــــــمِ اللَّــــــــهِ الرَّحْمَــــــــنِ الرَّحِيــــــــمِ {1} الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ {2} الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ {3} مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ {4} إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ {5} اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ {6} صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَالضَّآلِّينَ {7}

Bagi Mendiang yang bukan beragama Islam, Salam Takziah kepada keluarga mendiang. Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat yang penuh dukacita ini.

Takziah dan semoga dimudahkan urusan.
06/08/2026

Takziah dan semoga dimudahkan urusan.

PROGRAM TRIM & FIT FASA 2 TAHUN 2026 BRIGED SABAH PGAKinarut, 05 Ogos 2026 – Sesi Pendaftaran Program Trim & Fit Fasa 2 ...
05/08/2026

PROGRAM TRIM & FIT FASA 2 TAHUN 2026 BRIGED SABAH PGA

Kinarut, 05 Ogos 2026 – Sesi Pendaftaran Program Trim & Fit Fasa 2 Tahun 2026 telah diadakan di Dewan Latihan Briged Sabah PGA. Program ini melibatkan penyertaan seramai 3 PKP, 17 PRP dan 2 KTA daripada Ibu Pejabat Briged Sabah PGA. Program akan berlangsung bermula 05 Ogos 2026 sehingga 25 Ogos 2026.

Program Trim & Fit dianjurkan sebagai satu inisiatif bagi meningkatkan tahap kecergasan fizikal, kesihatan serta ketahanan mental dalam kalangan pegawai dan anggota. Di samping itu, program ini bertujuan membentuk disiplin yang tinggi, menggalakkan amalan gaya hidup sihat serta memastikan setiap peserta sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan yang optimum dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

Sepanjang tempoh program, peserta akan mengikuti pelbagai aktiviti kecergasan dan latihan fizikal yang dirancang secara sistematik bagi meningkatkan daya tahan, kekuatan, kecergasan serta semangat berpasukan. Pelaksanaan program ini juga diharapkan dapat melahirkan warga Briged Sabah PGA yang lebih cergas, berintegriti, berdisiplin dan sentiasa bersedia menghadapi sebarang cabaran dalam penugasan.

Speed • Reliable • Integrity

Jurugambar : L/Kpl Muhammad Syairi Bin Rahizat










KUNJUNGAN HORMAT PERSATUAN PEGAWAI RENDAH POLIS DIRAJA MALAYSIA (PPRPD) KONTINJEN SABAH KEPADA KOMANDER BRIGED SABAH PGA...
04/08/2026

KUNJUNGAN HORMAT PERSATUAN PEGAWAI RENDAH POLIS DIRAJA MALAYSIA (PPRPD) KONTINJEN SABAH KEPADA KOMANDER BRIGED SABAH PGA

Kinarut, 4 Ogos 2026 – Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia (PPRPD) Kontinjen Sabah telah mengadakan kunjungan hormat kepada YDH SAC Datuk Nor Omar Bin Sappi, Komander Briged Sabah PGA, di Ibu Pejabat Briged Sabah PGA.

Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah YDH ACP Ijid Landu Bin Binju, Timbalan Komander Zon Barat Briged Sabah PGA serta YDH Supt. Mohd Mazlan Bin Mohd Ariff, PT Gerakan/Risik Briged Sabah PGA. Delegasi PPRPD Kontinjen Sabah diketuai oleh Pengerusi PPRPD Kontinjen Sabah, SM Rozman Bin Abd Latif bersama enam orang ahli jawatankuasa, dan diiringi oleh Pengerusi PPRPD Briged Sabah PGA, SM Richard Bin Bisa.

Kunjungan hormat ini diadakan sebagai platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuhkan kerjasama antara PPRPD Kontinjen Sabah dan Briged Sabah PGA. Selain itu, sesi tersebut turut menjadi medium bagi memperkenalkan Program Mega Jerayawara Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia (PPRPD) Kontinjen Sabah yang dijadualkan berlangsung pada bulan September 2026.

Diharapkan kunjungan ini dapat memperkukuhkan jalinan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak, di samping memastikan segala perancangan program dapat dilaksanakan dengan lancar demi manfaat seluruh warga Polis Diraja Malaysia.

Jurugambar : L/Kpl Muhammad Syairi Bin Rahizat

Speed • Reliable • Integrity

SELAMAT HARI PAHLAWAN 2026Marilah kita mengenang dan menghargai segala pengorbanan para pahlawan yang telah mempertahank...
30/07/2026

SELAMAT HARI PAHLAWAN 2026

Marilah kita mengenang dan menghargai segala pengorbanan para pahlawan yang telah mempertahankan kedaulatan negara. Semoga semangat keberanian, disiplin dan kesetiaan mereka terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia, khususnya Pasukan Gerakan Am (PGA), dalam melaksanakan amanah dengan penuh integriti, profesionalisme dan dedikasi demi keselamatan rakyat serta keamanan negara.

"Mengenang Jasa, Mengukuh Pertahanan".

Speed • Reliable • Integrity

MAJLIS BACAAN SURAH YASSIN, TAHLIL DAN DOA SELAMAT BULANAN BRIGED SABAH PGAKinarut, 30 Julai 2026 – Masjid Khalid Al-Wal...
30/07/2026

MAJLIS BACAAN SURAH YASSIN, TAHLIL DAN DOA SELAMAT BULANAN BRIGED SABAH PGA

Kinarut, 30 Julai 2026 – Masjid Khalid Al-Walid Briged Sabah Pasukan Gerakan Am (PGA) telah menganjurkan Majlis Bacaan Surah Yassin, Tahlil dan Doa Selamat Bulanan di Masjid Khalid Al-Walid, Briged Sabah PGA.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh YDH Supt. Hairulnizam Bin Rashid, Pegawai Pemerintah Batalion 21 PGA Keningau, bersama pegawai kanan polis, pegawai rendah polis, pegawai awam serta warga Kem PGA Kinarut bagi mengimarahkan program kerohanian yang diadakan.

Penganjuran majlis ini bertujuan untuk memperkukuhkan penghayatan nilai-nilai Islam, memupuk semangat ukhuwah dan silaturahim dalam kalangan warga pasukan, di samping memohon keberkatan, kesejahteraan, keselamatan serta perlindungan Allah SWT ke atas seluruh warga Briged Sabah PGA dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab.

Program seumpama ini diharapkan dapat terus menjadi platform dalam memperkukuhkan aspek kerohanian, mengeratkan hubungan silaturahim sesama warga pasukan serta membentuk warga PDRM yang berintegriti, berdisiplin dan sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam menjalankan tugas dan kehidupan seharian.

Speed • Reliable • Integrity

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YDH CP Dato’ Muhammad Bin Abdul Halim atas kenaikan pangkat ke Commissioner of ...
28/07/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YDH CP Dato’ Muhammad Bin Abdul Halim atas kenaikan pangkat ke Commissioner of Police (CP) serta pelantikan sebagai Timbalan Pengarah, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan/Operasi).

Semoga YDH Dato’ terus cemerlang dalam kepimpinan, dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta terus melakar kecemerlangan demi Pasukan Polis Diraja Malaysia, agama, bangsa dan negara.

SPEED • RELIABLE • INTEGRITY

26/07/2026

Majlis Perbarisan Persaraan dan Paluan Berundur Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay di Dataran Kawad, Pusat Latihan Polis, Kuala Lumpur. Majlis turut dihadiri oleh KPN, IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia, Puan Sri Datuk (Dr.) Hjh. Munirah Che Rose bersama barisan Pengarah Polis Diraja Malaysia.

KEPIMPINAN MELALUI TELADAN: KOMANDER BRIGED SABAH PGA MENAKLUK CABARAN KARULTRA 2026, MENAMATKAN LARIAN 38.81 KM DALAM T...
25/07/2026

KEPIMPINAN MELALUI TELADAN: KOMANDER BRIGED SABAH PGA MENAKLUK CABARAN KARULTRA 2026, MENAMATKAN LARIAN 38.81 KM DALAM TEMPOH 9 JAM 5 MINIT 21 SAAT

KOTA BELUD, 26 Julai 2026 – Semangat kepimpinan sejati bukan sekadar dizahirkan melalui arahan, malah dibuktikan dengan tindakan. Berpegang kepada prinsip tersebut, YDH SAC Datuk Nor Omar bin Sappi, Komander Briged Sabah Pasukan Gerakan Am (PGA), berjaya menamatkan cabaran BigBigPlace KARULTRA 2026 sejauh 38.81 kilometer dengan catatan masa rasmi 9 jam 5 minit 21 saat, sekali gus membuktikan ketahanan fizikal, disiplin dan semangat juang tinggi sebagai seorang pemimpin yang sentiasa memimpin melalui teladan.

Acara larian denai bertaraf antarabangsa yang berlangsung di Kadamaian, Kota Belud dari 24 hingga 26 Julai 2026 itu menghimpunkan seramai 2,198 peserta dari 13 buah negara, menjadikannya antara kejohanan ultra trail paling mencabar dan berprestij di Sabah.

Turut mengiringi serta berjaya menamatkan cabaran tersebut ialah:

Insp. Nur Hasan – Batalion 16 PGA

Franklyn Gemma – Tiger Platoon, Batalion 16 PGA

Jefferson Anak Patrick – Tiger Platoon, Batalion 14 PGA

Jovrin bin Tongkolou – Tiger Platoon, Batalion 22 PGA

Penyertaan YDH SAC Datuk Nor Omar bin Sappi bersama pegawai dan anggota Briged Sabah PGA dalam kejohanan ini bukan sahaja mencerminkan komitmen terhadap amalan gaya hidup sihat dan kecergasan fizikal, malah menjadi inspirasi kepada seluruh warga pasukan bahawa kecemerlangan seorang pemimpin turut diukur melalui kesanggupan menghadapi cabaran, daya tahan serta kemampuan memimpin dengan contoh terbaik.

Kejayaan menamatkan cabaran sejauh 38.81 kilometer dalam tempoh 9 jam 5 minit 21 saat membuktikan bahawa nilai ketahanan, disiplin, keberanian dan semangat juang yang menjadi teras Briged Sabah PGA bukan sekadar diterapkan dalam pelaksanaan tugas operasi, malah diterjemahkan dalam setiap aspek kehidupan.

Pencapaian ini juga selaras dengan aspirasi Briged Sabah PGA untuk terus melahirkan warga pasukan yang memiliki kecergasan fizikal, ketahanan mental dan daya juang yang tinggi dalam mendepani cabaran penugasan demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan negara sentiasa terpelihara.

Syabas dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YDH SAC Datuk Nor Omar bin Sappi serta seluruh kontinjen Briged Sabah PGA atas kejayaan yang amat membanggakan ini. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga Pasukan Gerakan Am untuk terus mengamalkan budaya hidup sihat, meningkatkan tahap kecergasan serta memperkukuhkan nilai kepimpinan melalui teladan demi kecemerlangan organisasi.

"Speed. Reliable. Integrity."

TAHNIAH & SYABAS !!! Batalion 21 Keningau Sabah ONSOI👍👍
22/07/2026

TAHNIAH & SYABAS !!! Batalion 21 Keningau Sabah ONSOI👍👍

Address

Kinarut
88994

Telephone

+6088513222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Briged Sabah PGA Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share