Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah Kiulu

Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah Kiulu Wadah politik tempatan baru mengangkat suara aspirasi rakyat Sabah.

PARTI GAGASAN RAKYAT SABAH (PGRS) N15 KIULU HADIR BUKTI KOMITMEN SERTA SOKONGAN SOLIDARITI Rombongan Ahli Jawatankuasa B...
17/05/2026

PARTI GAGASAN RAKYAT SABAH (PGRS) N15 KIULU HADIR BUKTI KOMITMEN SERTA SOKONGAN SOLIDARITI

Rombongan Ahli Jawatankuasa Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) N15 Kiulu menghadiri Perhimpunan Agung Khas parti tersebut yang menyaksikan perubahan besar dalam struktur organisasi parti. Rombongan tersebut diketuai oleh Datuk Janih Bangud selaku Ketua Bahagian PGRS N15 Kiulu bagi menyatakan sokongan penuh terhadap langkah penstrukturan semula parti daripada 74 bahagian kepada 26 bahagian yang kini diselaraskan mengikut sempadan kawasan Parlimen.

Langkah penstrukturan semula ini dilihat sebagai satu transformasi strategik dan penjenamaan baharu organisasi parti dalam usaha memperkukuh gerak kerja politik, memperkemas pentadbiran serta meningkatkan keberkesanan jentera parti di semua peringkat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16). Penyelarasan mengikut kawasan Parlimen juga diyakini mampu memperkukuhkan koordinasi antara kepimpinan pusat dan akar umbi demi memastikan perjuangan parti terus relevan serta lebih tersusun dalam mendepani landskap politik semasa.

Turut hadir bersama Datuk George Teo, Timbalan Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) N15 Kiulu, En Jumadi Gimus, Setiausaha Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) N15 Kiulu, En Lajurus Jauneh, Bendahari Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) N15 Kiulu, Ustaz Roslan Awang, Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) N15 Kiulu, Saitin @ Zita Binti Bangkok, Ketua Pergerakan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) N15 Kiulu, Larry Jeffson Janih, Ketua Pergerakan Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) N15 Kiulu

Kehadiran ini mencerminkan komitmen padu serta semangat solidariti seluruh jentera parti dalam mendukung agenda pembaharuan yang diperkenalkan oleh kepimpinan tertinggi PGRS. Perhimpunan khas ini bukan sahaja menjadi simbol kesepaduan parti, malah menandakan kesiapsiagaan PGRS dalam memperkukuhkan organisasi serta memperluaskan pengaruh politik demi kesinambungan perjuangan untuk rakyat dan negeri Sabah.

PROGRAM SINGGAH SEBENTAR BERSAMA PEMIMPIN PARTI GAGASAN RAKYAT SABAH (PGRS) N15 KIULU DI KG SONGUTAN LINGGA KIULUProgram...
15/03/2026

PROGRAM SINGGAH SEBENTAR BERSAMA PEMIMPIN PARTI GAGASAN RAKYAT SABAH (PGRS) N15 KIULU DI KG SONGUTAN LINGGA KIULU

Program Singgah Sebentar bersama kepimpinan Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) N15 Kiulu telah berlangsung dengan penuh kemesraan dan semangat kebersamaan di Kampung Songutan, Lingga, Kiulu. Program ini menghimpunkan barisan kepimpinan bahagian bersama masyarakat setempat dalam suasana santai yang mengeratkan hubungan antara pemimpin dan rakyat.

Dalam program tersebut, Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) N15 Kiulu, Datuk Janih Bangud menegaskan bahawa keharmonian masyarakat perlu sentiasa dipelihara walaupun terdapat perbezaan latar belakang, budaya dan pandangan. Beliau berkata, “Persamaan kita adalah sentiasa mengekalkan keharmonian tanpa mengira perbezaan,” sebagai asas kepada perpaduan dan kestabilan masyarakat di kawasan Kiulu.

Beliau hadir bersama Timbalan Ketua Bahagian PGRS N15 Kiulu, Datuk George Teo serta barisan Ahli Jawatankuasa Bahagian yang turut meluangkan masa bersama penduduk kampung. Dalam suasana penuh muhibah, para pemimpin dan masyarakat setempat bergotong-royong memasak bubur lambuk sebelum diagihkan kepada penduduk kampung sebagai tanda kebersamaan dan semangat berkongsi rezeki. Turut hadir Setiausaha Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) N15 Kiulu, Jumadi Gimus, Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) N15 Kiulu, Ustaz Roslan Awang dan AJK Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) N15 Kiulu, En Mustadi.

Aktiviti ini merupakan anjuran bersama Pelayanan Wanita dan Pemuda Kampung Songutan Kiulu yang memainkan peranan penting dalam menjayakan program tersebut. Kehadiran masyarakat dari pelbagai lapisan umur turut menyerikan suasana dan menunjukkan sokongan padu terhadap usaha memupuk semangat perpaduan di peringkat kampung.

Syabas dan Tahniah Pelayanan Wanita dan Belia Kg Songutan Kiulu. Program seumpama ini bukan sahaja menjadi platform untuk mendekatkan pemimpin dengan rakyat, malah turut memyemarakan lagi Bulan Ramadhan serta semangat gotong-royong dalam kalangan masyarakat setempat. Diharapkan program seperti ini akan terus dianjurkan pada masa akan datang bagi memperkukuhkan hubungan perpaduan dalam komuniti di kawasan Kiulu.



Address

Kg Rangalau Baru
Kiulu
89250

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah Kiulu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share