Parti Warisan N.15 Kiulu

Parti Warisan N.15 Kiulu Parti Warisan Kiulu, Perjuangan Membawa Rakyat Ke Depan.

En. Saibin menghadiri penghormatan terakhir buat mendiang Charlie Kinihing di Kg Rugading, Kiulu. Semoga roh mendiang di...
13/04/2026

En. Saibin menghadiri penghormatan terakhir buat mendiang Charlie Kinihing di Kg Rugading, Kiulu. Semoga roh mendiang dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga, semoga tabah menghadapi kehilangan ini. 🙏

MAKLUMAN PENTING.Perhatian semua rakan-rakan,Kini terdapat scammer yang menyamar sebagai Cikgu Saibin. Mereka aktif meng...
30/03/2026

MAKLUMAN PENTING.
Perhatian semua rakan-rakan,

Kini terdapat scammer yang menyamar sebagai Cikgu Saibin. Mereka aktif menghantar jemputan untuk masuk ke group WhatsApp seperti “Selamatkan Sabah” dan lain-lain, dengan tujuan mendapatkan akses serta mengambil alih akaun (hack).

Selain itu, terdapat juga mesej WhatsApp yang meminta pinjaman atau bantuan wang. JANGAN LAYAN kerana itu adalah penipuan.


⚠️ Nasihat penting:
• Jangan klik sebarang pautan yang mencurigakan
• Jangan terima jemputan group yang tidak dikenali
• Jangan kongsi kod OTP atau maklumat peribadi
• Jangan terus percaya permintaan duit.

Sila berwaspada dan kongsikan makluman ini kepada rakan-rakan lain bagi mengelakkan lebih ramai menjadi mangsa.

Terima kasih.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 2026 kepada semua Sahabat Handai yang meraihkan dimana sahaja berada. Semoga semu...
20/03/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 2026 kepada semua Sahabat Handai yang meraihkan dimana sahaja berada. Semoga semua dapat merayakan hari raya ini dengan penuh rasa syukur dan gembira bersama keluarga..

Daripada
En Saibin Gunsari
Mewakili Parti Warisan N.15 Kiulu

13.3.2026Pagi tadi Cikgu Saibin, mewakili Parti Warisan Kiulu melawat rumah En.Saminding di Kg Bontoi yang hampir keselu...
13/03/2026

13.3.2026

Pagi tadi Cikgu Saibin, mewakili Parti Warisan Kiulu melawat rumah En.Saminding di Kg Bontoi yang hampir keseluruhan terbakar pada 11.3.2026 lepas. En Saminding merupakan bekas ketua kampung Kg. Moingob, Kiulu

Beliau telah memberi sedikit sumbangan kepada seluruh keluarga yang terlibat Dan turut memberikan kata² semangat.

Semoga keluarga ini tetap kuat dalam menghadapi saat sukar ini Dan semoga LEBIH ramai pihak hadir untuk meringankan beban keluarga ini.

30/11/2025

30.11.2025

RAKYAT KIULU TELAH MEMILIH

Saya ingin mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Datuk Joniston Bangkuai atas kemenangan beliau di N.15 Kiulu pada pilihan raya kali ini. Keputusan ini adalah suara rakyat Kiulu yang kita semua hormati, dan saya menerimanya dengan hati yang terbuka. Semoga YB Datuk Joniston terus diberi kekuatan dan kebijaksanaan untuk memimpin serta membawa lebih banyak kemajuan dan kesejahteraan kepada seluruh masyarakat Kiulu.

Saya juga ingin merakamkan setulus-tulus penghargaan kepada Presiden Parti Warisan, YB Datuk Seri Panglima Shafie Apdal, atas kepercayaan, sokongan dan bimbingan beliau sepanjang perjalanan ini. Terima kasih kerana memberikan keyakinan kepada saya untuk membawa suara Warisan di Kiulu.

Tidak lupa kepada seluruh penyokong, sukarelawan, PACA, serta jentera Warisan Kiulu—terima kasih atas kerja keras, masa dan tenaga yang dicurahkan sejak hari pertama kempen sehingga selesai proses pilihan raya.

Dalam kesempatan ini, saya dengan rendah hati memohon maaf atas segala kekurangan dan kelemahan sepanjang tempoh kempen. Setiap teguran dan pandangan akan saya jadikan pedoman untuk memperbaiki diri dan terus berkhidmat dengan lebih baik.

Perjuangan untuk membela rakyat dan membawa perubahan tidak akan terhenti di sini. KITA AKAN TERUS BERSAMA DEMI KIULU

Terima kasih, Kiulu.

SAIBIN GUNSARI

SELAMAT HARI MENGUNDIPanduan Mengundi:🎯 Pastikan Anda Menggunakan Pen/Pensel yang Disediakan🎯 Pastikan Jari ANDA benar-b...
28/11/2025

SELAMAT HARI MENGUNDI

Panduan Mengundi:

🎯 Pastikan Anda Menggunakan Pen/Pensel yang Disediakan
🎯 Pastikan Jari ANDA benar-benar kering Dari dakwat sebelum menanda undi untuk elakkan Undi Rosak
🎯 Pastikan Anda Undi WARISAN

UNDI CALON NO 5
UNDI CIKGU SAIBIN GUNSARI

27.11.2025 | KhamisKg. Rungus Nahaba, KiuluPdm TaginamburTerima kasih kepada penduduk Kg. Rungus Nahaba atas kehadiran y...
27/11/2025

27.11.2025 | Khamis

Kg. Rungus Nahaba, Kiulu

Pdm Taginambur

Terima kasih kepada penduduk Kg. Rungus Nahaba atas kehadiran yang amat memberangsangkan dalam sesi ceramah Parti Warisan bersama Cikgu Saibin.

Walaupun berada jauh di pedalaman Kiulu, komitmen dan sokongan masyarakat tetap kuat dan menginspirasikan perjuangan kami.

Warisan terus bersama rakyat.


27/11/2025

Mari Selamatkan Sabah...

UNDILAH | UNDIO NOH

CALON NO 5
SAIBIN GUNSARI

Belia hilang peluang pekerjaan. Kerajaan tak mampu sediakan pekerjaan kepada belia. Sabah menjadi negeri tertinggi PENGA...
27/11/2025

Belia hilang peluang pekerjaan. Kerajaan tak mampu sediakan pekerjaan kepada belia. Sabah menjadi negeri tertinggi PENGANGGURAN sejak tahun lepas. So sad!!

SANDAKAN Amiruddin, pengusaha Nasi Manuk Sandakan, meluahkan keresahan mengenai peluang pekerjaan yang semakin terhad di daerah ini sambil merayu agar kerajaan baharu Sabah memberi fokus kepada pembangunan ekonomi dan peluang kerja untuk belia.

Menurut Amiruddin, selepas menamatkan diploma, beliau pernah menghantar resume ke hampir seluruh Sandakan daripada kerja mengikut kelayakan hingga pekerjaan asas namun tidak menerima sebarang panggilan.

Beliau menambah ramai anak muda Sandakan berkelulusan tinggi tetapi tetap menganggur, menyebabkan sebahagian terpaksa merantau ke Semenanjung sementara yang lain berdepan tekanan ekonomi keluarga.

Sebagai usahawan, Amiruddin menerima ratusan permohonan setiap kali membuka jawatan kosong termasuk dari graduan cemerlang yang memilih kekal di Sabah demi menjaga ibu bapa atau kerana kos hidup.

Amiruddin berharap kerajaan baharu Sabah memberi perhatian serius terhadap isu pekerjaan ini demi masa depan generasi muda.

26.5.2025 | 5.00 PMPertemuan Bersama Penduduk Kg. Hamad, PDM KelawatSelesai program di Kg. Togop, kami meneruskan sesi p...
26/11/2025

26.5.2025 | 5.00 PM

Pertemuan Bersama Penduduk Kg. Hamad, PDM Kelawat

Selesai program di Kg. Togop, kami meneruskan sesi pertemuan mesra bersama penduduk Kg. Hamad dalam PDM Kelawat.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Cik Laura Kimbin, seorang pejuang yang begitu dedikasi dan rajin turun padang. Terima kasih kerana sudi membuka ruang kediaman sebagai lokasi pertemuan dan perkongsian mengenai perjuangan Parti Warisan.

Kehadiran para penduduk amat memberangsangkan dan menjadi bukti sokongan jitu masyarakat PDM Kelawat terhadap usaha membawa perubahan yang lebih baik untuk Kiulu.

Terima kasih, PDM Kelawat, atas sambutan dan semangat yang sentiasa menguatkan perjuangan ini.

26.11.2025House to House di PDM TogopSelesai walkabout di Tamu Tamparuli pagi tadi, Cikgu Saibin meneruskan gerak kerja ...
26/11/2025

26.11.2025

House to House di PDM Togop

Selesai walkabout di Tamu Tamparuli pagi tadi, Cikgu Saibin meneruskan gerak kerja house to house di PDM Togop.

Meskipun cuaca tidak menentu dan hujan lebat mengiringi sepanjang perjalanan, semangat untuk bertemu pengundi tidak pernah luntur. Setiap pintu yang diketuk, setiap senyuman yang disambut, semuanya menjadi penyuntik semangat untuk terus bekerja demi membawa perubahan yang lebih baik untuk Kiulu.

Terima kasih kepada penduduk PDM Togop atas layanan mesra dan sokongan yang diberikan.

UNDILAH | UNDIO NOHCALON NO 5CIKGU SAIBIN GUNSARI
26/11/2025

UNDILAH | UNDIO NOH

CALON NO 5
CIKGU SAIBIN GUNSARI

Address

Kiulu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Parti Warisan N.15 Kiulu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Parti Warisan N.15 Kiulu:

Share