Pejabat Kesihatan Daerah Klang

Pejabat Kesihatan Daerah Klang Laman Facebook rasmi Pejabat Kesihatan Daerah Klang

Tahniah diucapkan kepada Cik Kalaivaani Adakalam, Pegawai Sains Kaji Serangga dari Pejabat Kesihatan Daerah Klang atas k...
27/08/2026

Tahniah diucapkan kepada Cik Kalaivaani Adakalam, Pegawai Sains Kaji Serangga dari Pejabat Kesihatan Daerah Klang atas kejayaan mendapat tempat kedua Persembahan Lisan bertajuk "Winged Guests in the Ward: Recurring Dipteran Infestations in a Public Hospital Intensive Care Unit" di lnternational Scientific Conference on Entomology & Pest (ISCEP) 2026 yang telah berlangsung pada 17-18 Ogos 2026.

Persidangan antarabangsa anjuran Persatuan Entomologi Kesihatan Awam Malaysia (PEKA) bertemakan "Vector Surveillance Strategy" adalah bertujuan untuk menghimpunkan para penyelidik, ahli akademik, profesional, pengamal industri 'pest control' tempatan dan luar negara, ahli Persatuan Entomologi, penuntut institusi pengajian tinggi serta agensi berkaitan bagi berkongsi hasil penyelidikan dan pengalaman profesional.

26/08/2026
Program ceramah dan aktiviti pendidikan kesihatan awal remaja kepada murid perempuan Tahap 2 sempena Minggu Unit Bimbing...
19/08/2026

Program ceramah dan aktiviti pendidikan kesihatan awal remaja kepada murid perempuan Tahap 2 sempena Minggu Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa), dengan objektif untuk memberi pendedahan, kefahaman dan sebagai persediaan mental serta fizikal untuk menempuh alam remaja.

📆 18 Ogos 2026
📍 Sk Bukit Kemuning 2 - RASMI

Aktiviti:
🔹 Ceramah kesihatan bertajuk Rahsia Remaja Hebat ‘Jom Kenali Diri Kita’
🔹 Demonstrasi pemakaian tuala wanita yang betul dan penjagaan kebersihan diri
🔹 Kuiz kesihatan
🔹 Sesi soal jawab

Ceramah telah disampaikan oleh Dr. Vanitha Saigaran, Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan BUKIT NAGA. Seramai 250 murid Tahun 5 dan 6 telah menyertai program anjuran sekolah dengan kerjasama Kao Malaysia dan Pejabat Kesihatan Daerah Klang.

Tahniah kepada KOSPEN Taman Klang Perdana atas penganjuran Gotong-royong Perdana pada 16 Ogos 2026. Semoga usaha ini dap...
17/08/2026

Tahniah kepada KOSPEN Taman Klang Perdana atas penganjuran Gotong-royong Perdana pada 16 Ogos 2026. Semoga usaha ini dapat membantu membasmi tempat pembiakan nyamuk Aedes seterusnya mencegah jangkitan demam denggi.

07/08/2026
Ucapan tahniah dan syabas kepada Unit Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar (KPAS) Pejabat Kesihatan Daerah Klang atas pe...
07/08/2026

Ucapan tahniah dan syabas kepada Unit Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar (KPAS) Pejabat Kesihatan Daerah Klang atas penerimaan Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Pejabat Kesihatan Daerah (Program Kesihatan Awam) sempena Sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sedunia (World OSH Day) 2026 Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan pada 5 Ogos 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, Kuching, Sarawak.

29/07/2026
Jom sama-sama tonton jam 10.30 pagi ini
17/07/2026

Jom sama-sama tonton jam 10.30 pagi ini

Ambil Peduli, Cegah Denggi

Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/ esok pada pukul 10.30 pagi bersama

Panel :
Dr. Tam Jenn Zhueng
Pakar Perubatan Kesihatan Awam
Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

Moderator :
Nor Hashimah binti Nor Hasim
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

🎯 Mata kredit CPD turut disediakan!

Address

Jalan Langat
Klang
41200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60333239554

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Klang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share