21/08/2023
Assalamulaikum
PELIK TAPI BENAR
TAZKIRAH HARI INI - Ada yang komen bahawa Yayasan Akalbudi milik Zahid tidak buat apa-apa projek bagi Rakyat.
Ada. Antaranya:
1. Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab di Masjid Tanah, Melaka diasaskan, didanakan dan dibina oleh Yayasan Akalbudi.
Ramai pelajar cemerlang dari aspek agama, al-Quran dan akademik berjaya dilahirkan sejak sekolah agama ini ditubuhkan 10 tahun lalu.
Namun pentadbiran dan kos pembiayaan bagi sekolah 500 murid setahun ini kini ditanggung oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) setelah Zahid terpaksa serahkan kepada kerajaan negeri pada tahun 2020 apabila akaun bank Yayasan Akalbudi dibeku.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/08/606291/kerajaan-melaka-ambil-alih-sm-imtiaz-diasas-zahid-hamidi
"Kecemerlangan Luar Biasa Imtiaz Ulul Albab Daripada Yayasan Akal Budi Mendapat Perhatian Kerajaan Melaka"
https://www.bacalahmalaysia.my/kecemerlangan-luar-biasa-imtiaz-ulul-albab-daripada-yayasan-akal-budi-yang-diasaskan-mantan-tpm-zahid-hamidi-mendapat-perhatian-kerajaan-melaka/
2. Masjid Salmah Khamis turut dikenali sebagai Masjid Terapung yang berada di sebelah sekolah itu juga diasaskan dan dibina Zahid. Masjid ini telah diwakafkan Zahid dan isteri, Datin Seri Hamidah Khamis kepada Baitulmal Melaka pada 26 Mei 2017.
https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2018/02/389172/tpm-hadir-majlis-kesyukuran-umno-masjid-tanah
3. Sebuah lagi Masjid terapung di Bagan Datuk yang diberi nama Masjid Tuminah Hamidi juga akan siap tidak lama lagi setelah tertangguh lebih 3 tahun apabila akaun bank Yayasan Akalbudi dibeku.
https://www.malaysiakini.com/news/638738
Membina sekolah agama dan masjid-masjid adalah jauh berbeza dengan memberi "sedekah" kepada pengundi dalam surau semasa PRU15.
Kes Akalbudi Zahid:
1. Zahid pengasas, penyumbang utama dan pengurus pada Yayasan Akalbudi.
2. Yayasan Akalbudi tak pernah mengadu Zahid curi wang mereka.
3. Tak ada satu penyumbang lain pernah mengadu bahawa Zahid pernah tipu mereka atau salahgunakan sumbangan mereka.
4. Tak ada seorang penerima dana dari Yayasan Akalbudi pernah mengadu Zahid telah gunakan wang haram untuk membayar mereka.
5. Tak ada satu sen pun dana dalam Yayasan Akalbudi adalah dari kerajaan ataupun duit Rakyat.
6. Tiada seorang Rakyat pernah kena scam ataupun disusahkan oleh Yayasan Akalbudi.
Sebab itu, saya pelik kenapa pendakwa raya tiba-tiba kenakan 47 caj bagi isu-isu tak masuk akal ke atas Zahid kononnya dia curi dari Yayasan Akalbudi miliknya.
Siapa sebenarnya yang buat laporan SPRM atau laporan PDRM untuk siasat Yayasan Akalbudi sehingga Zahid didakwa ini?
Share / heboh
KERAJAAN negeri mengambil alih pentadbiran, termasuk pembiayaan kewangan Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab daripada Yayasan Akal Budi yang diasaskan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.