20/04/2023
.
﷽
Assalamualaikum wbt.
Pertama dan selamanya saya ingin mengucapkan rasa syukur kerana Allah masih lagi panjangkan usia kita sehingga ke akhir bulan Ramadan 1444H yang mulia ini. Keberadaan kita di dalam bulan ini diharapkan ianya menjadi suatu bulan tarbiyyah buat kita semua kerana kita semua yang ada pada hari ini, belum tentu semuanya di antara kita akan berpeluang bertemu dengan bulan Ramadan 1445H.
Di kesempatan ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada ahli-ahli PAS di cawangan Bandar Bukit Raja ini kerana berjaya mengumpul infaq Ramadan 1444H sebanyak RM3 ribu ringgit untuk tajaan iftar di Masjid BBR. Walaupun kita tidak ada ramai, atas dasar tolong menolong dan mencukupkan apa yang tidak cukup akhirnya kita berjaya merealisasikan target tersebut.
Benarlah apa yang selalu diungkapkan oleh pimpinan tertinggi dalam PAS, duit yang PAS ada ini datangnya dari poket-poket ahli PAS sendiri. Biarlah apa yang yang orang lain kata, parti kita ini ‘tin milo’ atau apa saja gelaran yang diberikan. Hanya kita sahaja yang tahu akan pengorbanan dari segi masa, tenaga dan wang ringgit yang dilakukan ini bermatlamat untuk mendapat reda Allah dan menohon ganjaran pahala untuk dibawa ke akhirat kelak.
Sebagai penutup kata, saya mewakili Dewan Harian PAS Cawangan Bandar Bukit Raja dengan rendah diri ingin mengucapkan Selamat Hari Eidulfitri 1444H. Maaf zahir dan batin.
سيروا على بركة الله
Mohd Nasrul Bin Ahmad Tajuddin
Ketua PAS,
Cawangan Bandar Bukit Raja.