Parti Islam SeMalaysia - PAS Cawangan Aman Perdana

Parti Islam SeMalaysia - PAS Cawangan Aman Perdana Parti Islam SeMalaysia - PAS Cawangan Aman Perdana
Kawasan Kapar

Ahlan wasahlan. Selamat meneruskan perjuangan meraih redha Allah SWT
13/06/2026

Ahlan wasahlan. Selamat meneruskan perjuangan meraih redha Allah SWT

سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا
09/06/2026

سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا

KENYATAAN MEDIA PAS PUSAT

KERJASAMA POLITIK PAS–BERSATU

Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang diadakan pada hari ini, Isnin 8 Jun 2026, telah membuat ketetapan seperti berikut:

i. Memperakukan keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Jun 2026 berhubung pertimbangan dasar, hukum dan maslahah kerjasama politik PAS, atas prinsip penyatuan ummah;

ii. Meneliti kedudukan dan hala tuju kerjasama politik PAS–BERSATU berdasarkan laporan, kajian dan penilaian semasa;

iii. Menghentikan kerjasama politik dengan BERSATU;

iv. Meneroka suatu bentuk persefahaman politik dan kerjasama pilihan raya (electoral pact) demi penyatuan ummah, bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Umum ke-16; dan

v. Menerima hasrat tokoh-tokoh akademik, profesional, pemimpin politik, dan aktivis masyarakat untuk menyertai PAS.

“Kembali Kepada Penyelesaian Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 22 Zulhijjah 1447 / 8 Jun 2026

https://www.facebook.com/share/17Wutvn6Nu/?mibextid=wwXIfr
17/05/2026

https://www.facebook.com/share/17Wutvn6Nu/?mibextid=wwXIfr

Kenyataan Media
Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP)

SIKAP KERAJAAN DALAM ISU UEC BUKA PINTU MALAPETAKA KEPADA DASAR PENDIDIKAN DAN PERPADUAN KEBANGSAAN

1. ​Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) memandang serius dan membidas sekeras-kerasnya sikap serta kecelaruan Kerajaan dalam isu kemasukan lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Pengumuman kelulusan Kabinet pada hari Khamis yang lalu jelas membuktikan pentadbiran ini tidak bertegas, tidak mempunyai hala tuju dasar yang jelas, dan hanya membuat keputusan secara semberono.

2. ​Tindakan cuba menyelitkan dan mencampuradukkan pengiktirafan UEC bersama-sama dengan lepasan institusi tahfiz adalah satu helah kosmetik yang sangat dangkal. DUPP menegaskan bahawa sebarang bentuk pengiktirafan terhadap UEC adalah bercanggah dengan semangat Dasar Pendidikan Kebangsaan dan bakal membuka pintu malapetaka buat masa depan negara.

3. ​Hakikatnya, sistem pendidikan yang bersifat 'multipolar' atau pelbagai aliran terbukti telah gagal menjadi medium penyatuan. Lihatlah sendiri realiti pada hari ini, perpaduan rakyat gagal dipupuk dari rebung, manakala kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa penyatuan terus gagal diperkasa di sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan. Hal ini secara langsung terus melebarkan jurang sosial dan menggagalkan usaha asimilasi serta penyatuan rakyat berbilang kaum di negara ini.

4. ​Islam amat menitikberatkan soal kesatuan dan mencegah sebarang anasir yang boleh membawa kepada perpecahan umat dan negara. Hal ini bersesuaian dengan firman Allah SWT di dalam Surah Al-Anfal, ayat 46:
{ وَأَطِیعُوا۟ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ وَلَا تَنَـٰزَعُوا۟ فَتَفۡشَلُوا۟ وَتَذۡهَبَ رِیحُكُمۡۖ وَٱصۡبِرُوۤا۟ۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّـٰبِرِینَ }

Maksudnya: "Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu..."

5. ​Selain itu, kaedah Fiqh menggariskan:

درء المفاسد مقدم عل: جلب المصالح
Maksudnya: “Menolak kerosakan (mafsadah) adalah lebih diutamakan daripada mengambil kemaslahatan”

6. Langkah mengiktiraf sistem yang meminggirkan dasar kebangsaan pastinya membawa mafsadah (kerosakan) yang jauh lebih besar kepada kerukunan hidup bermasyarakat dan kelestarian identiti negara berbanding sedikit manfaat politik yang cuba diraih oleh pihak tertentu.

7. ​Oleh yang demikian, DUPP menggesa Kerajaan untuk segera bertegas dan menghentikan agenda mengarut pengiktirafan UEC ini. Jangan gadaikan masa depan kedaulatan identiti negara hanya kerana tunduk kepada tekanan rakan politik tertentu.

8. ​DUPP juga menyeru seluruh rakyat Malaysia, badan-badan bukan kerajaan (NGO), para cendekiawan, serta seluruh pencinta pendidikan negara untuk bangkit bersatu menentang cadangan mengarut ini. Kita tidak boleh berdiam diri melihat sistem pendidikan negara dan masa depan anak bangsa dirosakkan oleh percaturan politik yang sempit. Sekiranya kerajaan tetap berdegil melaksanakan agenda dari pihak-pihak tertentu ini, satu gerakan selaras undang-undang mesti diambil terhadap keputusan yang membelakangkan perlembagaan ini.

​"Kembali Kepada Penyelesaian Islam"

​YB USTAZ DATO' MOHD NOR BIN HAMZAH
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat

15 Mei 2026 Miladi bersama 27 Zulkaedah 1447 Hijri

Kredit gambar : ecentral

01/05/2026

Selamat Hari Pekerja kepada seluruh warga pekerja di Malaysia.

Pengorbanan, usaha dan dedikasi anda semua adalah tulang belakang kepada kemajuan negara. Tidak kira di mana anda berada—di pejabat, di lapangan, di laut, di sawah, atau di mana jua—setiap keringat yang dicurahkan amat bermakna.

Semoga segala usaha diberkati, dipermudahkan urusan, dan diberikan kesejahteraan serta kejayaan berterusan.
Terima kasih atas jasa dan bakti anda semua. 🇲🇾

PAS KAWASAN KAPAR


Address

Aman Perdana
Klang
41050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Parti Islam SeMalaysia - PAS Cawangan Aman Perdana posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share