25/07/2025
Esok akan berlangsung perhimpunan aman Turun Anwar di Kuala Lumpur.
Saya menyeru rakyat Malaysia untuk datang beramai-ramai menyertai perhimpunan ini bagi menunjukkan sikap terhadap kegagalan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Anwar bukan sahaja telah gagal mengurus negara dengan baik, malah memungkiri janji-janjinya kepada rakyat.
Sudahlah isu beban kos sara hidup rakyat gagal ditangani, banyak p**a cukai baharu diperkenalkan dan subsidi dipotong yang menambah beban rakyat.
Janji tatakelola yang baik dan jaminan hak kebebasan rakyat untuk bersuara juga dicabuli.
Semakin ramai rakyat biasa yang diugut, disiasat dan didakwa hanya kerana menyatakan bangkangan mereka terhadap dasar dan tindakan kerajaan.
Ini menimbulkan kemarahan dan kebencian rakyat.
Tindakan mengumumkan bantuan RM100 dan penurunan harga petrol RON95 sebanyak 6 sen adalah langkah terdesak Anwar untuk mengekang perasaan tidak puas hati rakyat.
Ini bukanlah suatu tindakan yang betul untuk menangani masalah kos bebanan kos sara hidup. Yang rakyat mahukan ialah kerajaan mengkaji semula pengenaan pelbagai bentuk cukai dan pemotongan subsidi yang membebankan mereka. Ini tidak dilakukan.
Banyak wang yang dipungut dari rakyat, yang dip**angkan hanyalah sedikit.
Ia sudah terlambat.
Saya memohon pihak Polis Di-Raja Malaysia supaya menjaga keamanan dan ketenteraman sepanjang perhimpunan ini berlangsung.
Saya juga meminta supaya peserta perhimpunan menjaga adab dan tatasusila serta patuh kepada undang-undang.
Jangan cetuskan sebarang provokasi yang mengganggu ketenteraman awam.
Ingat, menyertai perhimpunan aman adalah hak setiap rakyat Malaysia yang dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan. Tidak ada sesiapapun yang boleh menghalangnya.
Justeru, jaga dan peliharalah hak ini dengan sebaik-baiknya.
Saya dan rakan-rakan pimpinan Perikatan Nasional akan menghadiri perhimpunan Turun Anwar esok.
Ayuh, kita turun beramai-ramai esok!
TAN SRI DATOโ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
Pengerusi Perikatan Nasional
25 Julai 2025