05/08/2026
๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ ๐ฆ๐๐ ๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐ฆ๐๐ ๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐ฆ, ๐ ๐๐ก๐ง๐๐ก ๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐ฆ ๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐๐ฆ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ก ๐๐๐ฆ๐๐ ๐ ๐๐ก๐ง๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐ฆ๐๐๐๐ง๐๐ก ๐ ๐๐๐
4 Ogos 2026 - Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) telah menganjurkan Program Semarak Kasih Ahli Majlis, Mantan Ahli Majlis dan Majlis Lambaian Kasih Mantan Pengarah Kesihatan MBDK sebagai simbol penghargaan dan pengiktirafan kepada Mantan Ahli Majlis yang telah menabur bakti serta memberikan sumbangan bermakna kepada pembangunan Majlis dan kesejahteraan masyarakat sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.
Program ini turut menjadi medium bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara Ahli Majlis, Mantan Ahli Majlis, warga kerja MBDK serta komuniti, sekali gus memperkukuh semangat kebersamaan dalam memacu pembangunan Bandaraya Diraja Klang.
Majlis telah diserikan dengan kehadiran YBhg. Datoโ Haji Abdul Hamid Hussain, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Diraja Klang, bersama Tuan Mohd Zary Affendi bin Mohd Arif Timbalan Datuk Bandar serta Y.A.D. Datoโ Setia Haji Mohammed Khusrin Haji Munawi, Orang Besar Daerah Klang.
MBDK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua Mantan Ahli-Ahli Majlis serta Mantan Pengarah Kesihatan MBDK, Encik Azmi Muji atas segala jasa, komitmen dan dedikasi yang telah dicurahkan. Semoga ukhuwah yang terjalin akan terus diperkukuhkan demi kemajuan Bandar Diraja Klang.