Polis Balai Klang

Polis Balai Klang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Polis Balai Klang, Government Organization, Jalan Gedung Raja Abdullah, Klang.

๐Ÿšจ ๐€๐ˆ ๐’๐‚๐€๐Œ๐’: ๐‰๐€๐๐†๐€๐ ๐Œ๐”๐ƒ๐€๐‡ ๐“๐„๐‘๐๐„๐‘๐€๐๐†๐Š๐€๐!Teknologi kecerdasan buatan (AI) kini semakin canggih dan boleh digunakan untuk me...
01/09/2026

๐Ÿšจ ๐€๐ˆ ๐’๐‚๐€๐Œ๐’: ๐‰๐€๐๐†๐€๐ ๐Œ๐”๐ƒ๐€๐‡ ๐“๐„๐‘๐๐„๐‘๐€๐๐†๐Š๐€๐!

Teknologi kecerdasan buatan (AI) kini semakin canggih dan boleh digunakan untuk menghasilkan ๐•๐จ๐ข๐œ๐ž ๐‚๐ฅ๐จ๐ง๐ข๐ง๐  serta ๐ƒ๐ž๐ž๐ฉ๐Ÿ๐š๐ค๐ž yang kelihatan dan kedengaran begitu meyakinkan.

Penipu mungkin menyamar sebagai ๐š๐ก๐ฅ๐ข ๐ค๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ซ๐ ๐š, ๐ค๐š๐ฐ๐š๐ง ๐š๐ญ๐š๐ฎ ๐ค๐ž๐ญ๐ฎ๐š ๐ฃ๐š๐›๐š๐ญ๐š๐ง, sebelum meminta wang atau maklumat sulit atas alasan kecemasan.

๐‰๐€๐๐†๐€๐ ๐๐€๐๐ˆ๐Š. ๐‰๐€๐๐†๐€๐ ๐“๐„๐‘๐”๐’ ๐๐„๐‘๐‚๐€๐˜๐€. ๐‰๐€๐๐†๐€๐ ๐“๐‘๐€๐๐’๐…๐„๐‘ ๐–๐€๐๐†.

โœ… Sahkan identiti pemanggil melalui saluran lain.
โœ… Jangan dedahkan ๐Ž๐“๐, ๐๐ˆ๐, ๐ค๐š๐ญ๐š ๐ฅ๐š๐ฅ๐ฎ๐š๐ง atau maklumat perbankan.
โœ… Berhati-hati dengan panggilan atau mesej yang mendesak anda bertindak segera.
โœ… Jika menjadi mangsa penipuan kewangan, ๐›๐ž๐ซ๐ญ๐ข๐ง๐๐š๐ค ๐ฌ๐ž๐ ๐ž๐ซ๐š dan hubungi ๐๐’๐‘๐‚ ๐Ÿ—๐Ÿ—๐Ÿ•.

๐ˆ๐ง๐ ๐š๐ญ!
Suara dan wajah boleh ditiru menggunakan teknologi AI. Jangan biarkan kepercayaan anda dimanipulasi oleh penipu.

๐Ÿ“Œ ๐’๐ฎ๐ฆ๐›๐ž๐ซ: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) PDRM

31 OGOS 2026 | PROGRAM OSCAR BALAI POLIS KLANG BERSAMA PENDUDUK FLAT BUKIT TINGGI 2Balai Polis Klang telah mengadakan Pr...
01/09/2026

31 OGOS 2026 | PROGRAM OSCAR BALAI POLIS KLANG BERSAMA PENDUDUK FLAT BUKIT TINGGI 2

Balai Polis Klang telah mengadakan Program OSCAR bersama penduduk Flat Bukit Tinggi 2, Klang pada jam 2100 hrs hingga selesai, bertempat di Flat Bukit Tinggi 2, Jalan Batu Nilam 35, Bukit Tinggi, Klang.

Program disertai oleh S/Insp. Mohamad Syazwan bin Radzee (Timbalan Ketua Polis Balai Klang) bersama anggota Balai Polis Klang serta Encik Mohammad Ridzuan bin Mohd Nor (Pengerusi Penduduk Flat Bukit Tinggi 2) dan Ahli Jawatankuasa Penduduk Flat Bukit Tinggi 2.

Program OSCAR ini merupakan platform komunikasi dua hala antara PDRM dan komuniti setempat bagi mengeratkan hubungan, mendapatkan maklum balas masyarakat serta meningkatkan kesedaran mengenai aspek keselamatan dan pencegahan jenayah. Program telah berlangsung dalam suasana santai, mesra dan terkawal.

31 OGOS 2026 | COMMUNITY POLICING - PROGRAM SAMBUTAN HARI MERDEKA KE-69 PERSATUAN PENDUDUK KRT JALAN MENGKUANGBalai Poli...
31/08/2026

31 OGOS 2026 | COMMUNITY POLICING - PROGRAM SAMBUTAN HARI MERDEKA KE-69 PERSATUAN PENDUDUK KRT JALAN MENGKUANG

Balai Polis Klang telah turut serta dalam Program Sambutan Hari Merdeka Ke-69 anjuran Persatuan Penduduk KRT Jalan Mengkuang yang berlangsung pada jam 0800 hrs hingga selesai bertempat di Rumah Komuniti Mamangam.

Program turut dihadiri oleh Dr. Saravanan (Pengerusi KRT Penduduk Taman Mengkuang), Encik Jayakumar K (Presiden Persatuan Mamangam), Vimal Manamalan (Setiausaha KRT Jalan Mengkuang), YB Tony Leong (ADUN Pandamaran) serta kira-kira 100 orang penduduk.

Program ini menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara PDRM dan komuniti setempat di samping memupuk semangat patriotisme, perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat. Program telah berlangsung dengan lancar dan dalam suasana yang meriah.

31 OGOS 2026 | COMMUNITY POLICING - PROGRAM SAMBUTAN HARI MERDEKA KE-69 PERSATUAN PENDUDUK KLANG JAYABalai Polis Klang t...
31/08/2026

31 OGOS 2026 | COMMUNITY POLICING - PROGRAM SAMBUTAN HARI MERDEKA KE-69 PERSATUAN PENDUDUK KLANG JAYA

Balai Polis Klang telah turut serta dalam Program Sambutan Hari Merdeka Ke-69 anjuran Persatuan Penduduk Klang Jaya yang berlangsung pada jam 0800 hrs hingga selesai bertempat di Padang MBDK Klang Jaya dan Ikeda Peace Park.

Program turut dihadiri oleh Pengerusi Penduduk Klang Jaya, Sy. S. Tilakavathy serta kira-kira 80 orang penduduk Klang Jaya.

Program ini menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara PDRM dan komuniti setempat di samping memupuk semangat patriotisme, perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat. Program telah berlangsung dengan lancar dan dalam suasana yang meriah.

31 OGOS 2026 | COMMUNITY POLICING - PROGRAM SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69 DUN SENTOSABalai Polis Klang telah turut sert...
31/08/2026

31 OGOS 2026 | COMMUNITY POLICING - PROGRAM SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69 DUN SENTOSA

Balai Polis Klang telah turut serta dalam Program Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 DUN Sentosa yang berlangsung pada jam 0700 hrs hingga selesai bertempat di Padang Warga Emas, Jalan Dato Abdul Hamid 25, Taman Sentosa, Klang.

Program tersebut disertai oleh Insp. Aeqbal bin Asma'on (Ketua Balai Polis Klang) bersama S/Insp. Mohamad Syazwan bin Radzee (Timbalan Ketua Balai Polis Klang) serta anggota Sektor 7. Turut hadir YB Dr. Gunaraj George (ADUN Kawasan Sentosa), Tuan Fakhrurrazi bin Ashari (Penolong Pegawai Perpaduan JPNIN Daerah Klang), Tuan Thangarajah (Ahli Majlis Bandaraya Diraja Klang) serta kira-kira 500 orang masyarakat setempat.

Program ini menjadi platform bagi memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara PDRM dengan masyarakat pelbagai kaum, di samping memupuk semangat patriotisme, perpaduan dan keharmonian sempena sambutan Hari Kebangsaan. Kehadiran PDRM turut mencerminkan komitmen dalam mendekati masyarakat melalui pendekatan community policing.

Program telah berlangsung dengan baik, lancar dan dalam keadaan terkawal tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

30 OGOS 2026 | COMMUNITY POLICING - PROGRAM KEMPEN DERMA DARAH KE-18 PERSATUAN KEBAJIKAN SUI ZHI XINKetua Polis Daerah K...
30/08/2026

30 OGOS 2026 | COMMUNITY POLICING - PROGRAM KEMPEN DERMA DARAH KE-18 PERSATUAN KEBAJIKAN SUI ZHI XIN

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Lim Jit Huey bersama Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, SUPT. Kamalarifin bin Aman Shah, Ketua Balai Polis Klang, Insp. Aeqbal bin Asma'on, Ketua-Ketua Bahagian IPD Klang Selatan serta anggota Sektor 14 telah menghadiri Program Kempen Derma Darah Ke-18 Persatuan Kebajikan Sui Zhi Xin yang berlangsung di Tingkat 1, AEON Mall Bukit Tinggi, Klang.

Program yang mendapat sambutan menggalakkan ini telah dihadiri kira-kira 200 orang peserta dan bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menderma darah serta membantu menambah bekalan darah bagi keperluan pesakit di hospital.

Kehadiran PDRM dalam program ini turut mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuhkan hubungan dan kerjasama bersama masyarakat setempat melalui pendekatan community policing.

21 OGOS 2026 | RONDAAN BERSAMA RUKUN TETANGGA SERI BANANG, TAMAN SERI ANDALAS, KLANGBalai Polis Klang telah melaksanakan...
22/08/2026

21 OGOS 2026 | RONDAAN BERSAMA RUKUN TETANGGA SERI BANANG, TAMAN SERI ANDALAS, KLANG

Balai Polis Klang telah melaksanakan Rondaan Bersama Rukun Tetangga Seri Banang, Taman Seri Andalas, Klang melibatkan anggota Sektor serta Sukarelawan Simpanan Rondaan (SRS).

Program ini turut disertai oleh Encik Baskaran (Pengerusi KRT), Encik Amirul Shah (Penolong Ketua KRT), 11 anggota KRT dan SRS serta anggota Sektor Balai Polis Klang, dengan jumlah keseluruhan seramai 15 orang.

Rondaan pencegahan jenayah telah dilaksanakan di sekitar kawasan perumahan bagi meningkatkan kehadiran dan pemantauan keselamatan serta mencegah sebarang kejadian jenayah dan aktiviti mencurigakan.

Kerjasama erat antara PDRM, SRS dan komuniti setempat merupakan satu usaha berterusan dalam memperkukuhkan semangat kejiranan serta mewujudkan persekitaran yang lebih selamat dan sejahtera.

Pihak Balai Polis Klang merakamkan penghargaan kepada KRT Seri Banang dan seluruh anggota SRS atas kerjasama serta komitmen yang diberikan dalam menjayakan rondaan bersama ini.

โ€œPolis dan Masyarakat Berpisah Tiada.โ€

21 OGOS 2026 | PELAKSANAAN EDARAN CALL CARD SEKTOR 1 BALAI POLIS KLANGBalai Polis Klang telah melaksanakan edaran Call C...
21/08/2026

21 OGOS 2026 | PELAKSANAAN EDARAN CALL CARD SEKTOR 1 BALAI POLIS KLANG

Balai Polis Klang telah melaksanakan edaran Call Card kepada premis-premis perniagaan di sekitar Sektor 1, Jalan Tengku Kelana dan kawasan sekitar, Klang.

Program ini melibatkan S/Insp. Mohamad Syazwan bin Radzee (Timbalan Ketua Polis Balai Klang) bersama Penyelia Sektor 1 serta anggota Sektor 1 dan anggota pentadbiran Balai Polis Klang.

Pelaksanaan edaran Call Card ini bertujuan mengemas kini maklumat premis dan pegawai perhubungan, di samping memudahkan saluran komunikasi antara pihak PDRM dengan pengurusan premis sekiranya berlaku sebarang insiden.

Inisiatif ini turut menjadi salah satu usaha PDRM dalam memperkukuhkan hubungan serta kerjasama bersama komuniti perniagaan, selain meningkatkan kesedaran dan tahap keselamatan di kawasan Sektor 1 Balai Polis Klang.

Pihak Balai Polis Klang merakamkan penghargaan kepada semua pihak pengurusan premis yang telah memberikan kerjasama dan sambutan yang baik sepanjang pelaksanaan program.

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH KLANG SELATAN BERKENAAN KES CUBAAN SAMUN KEDAI EMASPOLIS KLANG SELATAN MENGESAHKAN SA...
20/08/2026

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH KLANG SELATAN BERKENAAN KES CUBAAN SAMUN KEDAI EMAS

POLIS KLANG SELATAN MENGESAHKAN SATU KEJADIAN CUBAAN SAMUN PADA 20/08/2026 JAM LEBIH KURANG 10.30 PAGI DI SEBUAH PREMIS KEDAI EMAS DI JALAN TENGKU KELANA, KLANG.

BAHAGIAN SIASATAN JENAYAH, IPD KLANG SELATAN TELAH MEMBUKA (1) KERTAS SIASATAN DI BAWAH SEKSYEN 394 KANUN KESEKSAAN ATAS KESALAHAN MENDATANGKAN KECEDERAAN SEMASA CUBAAN SAMUN BERKUMPULAN YANG MEMPERUNTUKKAN HUKUMAN PENJARA YANG BOLEH SAMPAI 20 TAHUN, DENDA ATAU SEBAT SERTA SEKSYEN 4 AKTA SENJATA API (PENALTI LEBIH BERAT) 1971 ATAS KESALAHAN MENUNJUKKAN SENJATA SEMASA CUBAAN MELAKUKAN SAMUN YANG MEMPERUNTUKKAN HUKUMAN PENJARA SEUMUR HIDUP DAN SEBAT TIDAK KURANG DARI 6 KALI.

PIHAK POLIS MEMOHON KERJASAMA ORANG RAMAI YANG MEMPUNYAI SEBARANG MAKLUMAT BERKAITAN KES INI UNTUK TAMPIL MEMBANTU SIASATAN. MAKLUMAT BOLEH DISALURKAN DENGAN MENGHUBUNGI PEGAWAI PENYIASAT KES INSP MOHAMAD SULAIMI BIN ALAWI @ SHAARI DI TALIAN 014-5719405, BILIK GERAKAN IPD KLANG SELATAN DI TALIAN 03-33762222, ATAU MANA-MANA BALAI POLIS YANG BERDEKATAN.

SEKIAN, TERIMA KASIH

t.t

( KAMALARIFIN BIN AMAN SHAH ) SUPT
TIMBALAN KETUA POLIS DAERAH KLANG SELATAN

-TAMAT-
(Dikeluarkan pada 20 Ogos 2026)

LAWATAN SEKOLAH TADIKA BINTANG HANDAL SEMPENA BULAN KEBANGSAAN KE IPD KLANG SELATANKLANG SELATAN, 18 Ogos 2026 โ€“ IPD Kla...
19/08/2026

LAWATAN SEKOLAH TADIKA BINTANG HANDAL SEMPENA BULAN KEBANGSAAN KE IPD KLANG SELATAN

KLANG SELATAN, 18 Ogos 2026 โ€“ IPD Klang Selatan telah menerima kunjungan daripada pihak Tadika Bintang Handal sempena sambutan Bulan Kebangsaan pada 18 Ogos 2026, bertempat di IPD Klang Selatan.

Lawatan yang berlangsung dari jam 1430 hingga 1600 hrs tersebut disertai oleh 15 orang pelajar bersama guru pengiring serta 08 orang PRP BPJKK IPD Klang Selatan.

Program turut dihadiri oleh DSP Dr Sharifah binti Mohd Nawani, KBBPJKK IPD Klang Selatan, ASP Mohamed Syahrir bin Zabidi, BSJD IPD Klang Selatan, Datin Lee Kui Mei, Guru Besar Tadika Bintang Handal, SI Saifful Rizal bin Wahab, BPJKK, serta guru-guru pengiring.

Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai tugas dan tanggungjawab anggota polis dalam menjaga keselamatan serta ketenteraman masyarakat. Selain itu, para pelajar turut diberi peluang mengenali suasana dan kemudahan di IPD Klang Selatan secara lebih dekat.

Program ini juga menjadi platform untuk menerapkan nilai disiplin, tanggungjawab dan kepatuhan terhadap peraturan, di samping memupuk persepsi positif terhadap PDRM sejak usia muda.

Secara keseluruhannya, program berjalan dengan lancar dan teratur serta berjaya mengeratkan hubungan antara pihak PDRM dengan pihak sekolah melalui pendekatan pendidikan dan interaksi komuniti.

Address

Jalan Gedung Raja Abdullah
Klang
41560

Telephone

+60333762222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Balai Klang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Polis Balai Klang:

Shortcuts

Share