07/06/2026
MAJLIS PENTAULIAHAN PASUKAN INSTITUSI PERTAHANAN AWAM (PISPA) PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-9 SEMPENA 2ND POLYCC MALAYSIAN CIVIL DEFENCE ANNUAL CAMP AND COMMISSIONING (MalCiDAC) TAHUN 2026
Sabtu, 06 Jun 2026 - Sekitar majlis yang telah disempurnakan oleh Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka bertempat di Dewan Platinum, Politeknik Merlimau, Melaka.
PISPA ialah modul kokurikulum di Politeknik, Kolej Komuniti dan TVET yang bertujuan membentuk disiplin, kepimpinan, kemahiran insaniah serta kesiapsiagaan bencana dalam kalangan pelajar. Ia juga membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan.
Majlis pentauliahan ini turut meraikan 150 Pegawai Kadet PISPA yang telah menamatkan latihan selama dua tahun dan ditauliahkan sebagai Staf Muda Pertahanan Awam (SM) dalam pasukan APM. Mereka terdiri daripada pelajar daripada 14 politeknik di seluruh negara serta sebuah institusi swasta, iaitu DSH Institute of Technology.
Bagi meningkatkan kemahiran, kompetensi dan keyakinan pelajar dalam bidang pertahanan awam, sebanyak empat kategori Pertandingan Kemahiran Pertahanan Awam telah dipertandingkan. Pertandingan tersebut melibatkan penyertaan 280 pelajar daripada Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh negara yang berentap bagi mempamerkan kemahiran serta keupayaan masing-masing.
Turut hadir, YAS KPj. (PA) Mohammad Abiddin bin Abd Rahman, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama YAS TKPj. Bersekutu (PA) Dato' Ismail bin Mohd Zawawi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) APM, YAS Pj. (PA) Ghazali bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM, Pengarah-pengarah Bahagian dan APM Negeri, Komandan-komandan Pusat Latihan APM, Pengarah-pengarah JPPKK, Politeknik dan Kolej Komuniti, Pegawai Kanan APM, Pegawai Bersekutu APM, Pegawai dan Anggota APM serta para peserta yang terlibat.
Berikut merupakan kedudukan PISPA APM Selangor dalam perlabagai acara:
β«οΈKawad Kaki - 1
β«οΈMasakan Medan - 4
β«οΈVehicle Extrication - 8
β«οΈKawad Usungan - 6
β«οΈQ & A - 11
β«οΈMelawan Kebakaran - 3
β«οΈKerohanian - 2
β«οΈKetua Platun Terbaik - PISPA Negeri Selangorπ
β«οΈJuara Keseluruhan- PISPA Negeri Selangorπ
Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua Pegawai Kadet PISPA Negeri Selangor yang telah menjadi juara keseluruhan. Semoga ia menjadi suntikan semangat buat semua pelajar khususnya untuk terus menyumbang bakti kepada bangsa, agama dan negara.
Link gambar: https://drive.google.com/drive/folders/1Ya4gc9WVBe8FIouRLFQ7hJyYDT3kAWVb
βππ£π π¦ππππ‘ππ’π₯: πππ‘ππππ§ π£ππ₯πππ¦πβ
βSEDIA PANTAS BERINTEGRITI'
"SEMARAK PERTAHANAN AWAMβ
# # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # #
UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN DOKUMENTASI
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA NEGERI SELANGOR
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Fsm Fsm