Jabatan Amal Kapar-offical

Jabatan Amal Kapar-offical Jabatan Amal Malaysia adalah sebuah badan KEBAJIKAN dan SUKARELAWAN yang berada di bawah Dewan Pemuda

Jabatan Amal Kapar merupakan organisasi beruniform yang sah dibawah Dewan Pemuda Pas Kawasan Kapar.Ia selari dengan undang-undang pertubuhan Malaysia.Jabatan Amal Kapar diketuai oleh seorang Komandan.Ia mula dilancarkan diperingkat PAS KAWASAN Kapar pada tahun yang sama ditubuhkan diperingkat Dewan Pemuda Pas Malaysia iaitu pada tahun 1991.Jabatan Amal adalah organisasi besar yang mengawalselia BRIGED AMAL & KADET AMAL.

๐Ÿคฒ PRAY FOR PAHANG ๐ŸคฒAir terus naik, hati terus diuji.Di saat saudara kita berdepan kehilangan dan kesukaran,marilah kita ...
18/12/2025

๐Ÿคฒ PRAY FOR PAHANG ๐Ÿคฒ

Air terus naik, hati terus diuji.
Di saat saudara kita berdepan kehilangan dan kesukaran,
marilah kita tidak berhenti berdoa.

Semoga Allah SWT melindungi setiap nyawa,
mempermudahkan urusan bantuan
dan menggantikan ujian ini dengan rahmat serta kekuatan.

โ€œYa Allah, turunkanlah hujan ini sekitar kami dan jangan Engkau timpakan ke atas kami.โ€
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

๐Ÿค Teruskan berdoa. Teruskan peduli.

Jabatan Amal Malaysia
Kawasan Kapar

*โ€Žุงูู•ู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ู‘ู‡ู ูˆูŽุงูู•ู†ูŽู‘ู€ุง ุงูู•ู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนูˆู†**Innalillahi wa inna ilaihi rajiโ€™un*Assalamualaikum wbt sahabat-sahabat y...
29/11/2025

*โ€Žุงูู•ู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ู‘ู‡ู ูˆูŽุงูู•ู†ูŽู‘ู€ุง ุงูู•ู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนูˆู†*
*Innalillahi wa inna ilaihi rajiโ€™un*

Assalamualaikum wbt sahabat-sahabat yang dikasihi,

Dukacita dimaklumkan bahawa sahabat kita, *Sdr Haji Mashadie Bin Saien*, telah kembali ke rahmatullah sekitar *jam 12.30 pagi tadi (29 Nov 2025)*.

Allahyarham *baru sahaja pulang dari PERLIS* selepas terlibat dalam *Operasi Rescue Banjir*, dan dalam keadaan keletihan perjalanan jauh, beliau tetap memilih untuk meneruskan khidmat dengan menuju ke *Kampung Labu Lanjut, Sepang* bagi membantu mangsa banjir di sana.

Dalam perjalanan melaksanakan tugas kebajikan tersebut, Allahyarham ditemui tidak sedarkan diri di dalam kenderaan yang terperangkap banjir sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak *Polis* dan *KKM*.

Beliau pergi dalam keadaan beramal, di medan yang beliau cintai โ€” membantu masyarakat tanpa mengenal penat. Kita bersaksi bahawa Allahyarham adalah seorang sahabat yang baik, amanah, dan sentiasa hadir dalam misi kebajikan.

Semoga Allah SWT menghimpunkan Allahyarham bersama hamba-hamba-Nya yang diredhai dan mengangkat segala amal baktinya sebagai cahaya di alam sana.

**ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุงุบู’ููุฑู’ ู„ูŽู‡ู ูˆูŽุงุฑู’ุญูŽู…ู’ู‡ู ูˆูŽุนูŽุงููู‡ู ูˆูŽุงุนู’ูู ุนูŽู†ู’ู‡ู**

โ€œYa Allah, ampunkanlah dia, rahmatilah dia, sejahterakanlah dia dan maafkanlah diaโ€ฆ
Masukkanlah dia ke dalam syurga, dan lindungilah dia daripada azab kubur dan azab neraka.โ€

*Pengarah*
*Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor*
๐Ÿ“… *29 November 2025*

15/10/2025
15/10/2025

๐— ๐—œ๐—ฆ๐—œ ๐—•๐—”๐—ก๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ก๐—–๐—”๐—ก๐—” ๐—ฅ๐—œ๐—•๐—จ๐—ง ๐——๐—œ ๐——๐—จ๐—ก ๐— ๐—˜๐—ฅ๐—จ

15 Oktober 2025 โ€“ Hujan lebat berserta ribut yang melanda kawasan sekitar DUN Meru pada petang 14 Oktober telah menyebabkan beberapa kediaman penduduk mengalami kerosakan.

Prihatin dengan situasi tersebut, pasukan Khidmat Malaysia dan Jabatan Amal Malaysia Kawasan Kapar telah turun segera ke lokasi bagi melaksanakan misi bantuan bencana serta meninjau keadaan rumah-rumah yang terjejas.

Misi tersebut dijalankan bagi pihak YB Dr Halimah Ali, Ahli Parlimen Kapar, sebagai tanda keprihatinan terhadap nasib penduduk yang terkesan.

Turut sama turun padang ialah YB Ustaz Najhan Salleh - UNS, Yang Dipertua PAS Kawasan Kapar merangkap Ahli Dewan Negeri (ADN) Sementa, bagi meninjau secara dekat kawasan yang terjejas dan memberi sokongan kepada mangsa ribut.

Usaha bantuan awal sedang digerakkan secara berperingkat bagi memastikan kebajikan semua mangsa terus terpelihara.

โ€œBeramal kerana Allahโ€

๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—”๐— ๐—”๐—Ÿ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐—ž๐—”๐—ช๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ž๐—”๐—ฃ๐—”๐—ฅ ๐—ฆ๐—ง๐—”๐—ก๐—— ๐——๐—ข๐—ช๐—ก ๐——๐—œ ๐— ๐—จ๐—ž๐—ง๐—”๐— ๐—”๐—ฅ ๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—ฃ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜ ๐Ÿณ๐ŸญAlhamdulillah JABATAN AMAL MALAYSIA KAWASAN KA...
15/09/2025

๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—”๐— ๐—”๐—Ÿ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐—ž๐—”๐—ช๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ž๐—”๐—ฃ๐—”๐—ฅ ๐—ฆ๐—ง๐—”๐—ก๐—— ๐——๐—ข๐—ช๐—ก ๐——๐—œ ๐— ๐—จ๐—ž๐—ง๐—”๐— ๐—”๐—ฅ ๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—ฃ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜ ๐Ÿณ๐Ÿญ

Alhamdulillah JABATAN AMAL MALAYSIA KAWASAN KAPAR telah turut serta dalam penugasan di MUKTAMAR PAS PUSAT KALI KE 71 di KOMPLEKS PAS KEDAH. JAM KAWASAN KAPAR telah ditugaskan di sekitar tapak program sebagai anggota ๐‘ป๐‘น๐‘จ๐‘ญ๐‘ฐ๐‘ฒ & ๐‘ณ๐‘จ๐‘ณ๐‘ผ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘ต๐‘ป๐‘จ๐‘บ, serta ๐‘จ๐‘ด๐‘จ๐‘ณ ๐‘น๐‘ฌ๐‘บ๐‘ธ๐‘ผ๐‘ฌ ๐‘ป๐‘ฌ๐‘จ๐‘ด (๐‘จ๐‘น๐‘ป). JAM KAWASAN KAPAR telah bertugas selama 4hari bermula 11/09 - 14/09 dengan seramai 12 anggota keseluruhannya.
Terima Kasih diucapakan kepada semua anggota JAM KAWASAN KAPAR yang telah turun bertugas selama Muktamar berlangsung.



14/09/2025

Saya berada di tempat kejadian. Di sebelah YB KP.

YB KP sebut sesiapa sahaja boleh dicalonkan, namun perlu fokus kepada kemenangan dalam PRU.

Tapi, press desak suruh sebutkan nama, berulang-ulang, ketika itu jam dah menunjukkan hampir 8malam, di mana Muktamar sepatutnya habis jam 6ptg.

Demi meraikan press, YB KP sebutlah ikut hierarki parti. Tapi tidaklah nama tersebut adalah muktamad calon daripada Pemuda PAS.

Prinsipnya jelas, PAS perlu bersedia untuk memimpin PN dan menerajui tampuk kepimpinan negara, demi rakyat Malaysia.

Pinjam ayat Nadzir Ibnu Helmi sbb kami berdua disebelah YB KP Afnan Hamimi Taib Azamudden

Hanif Jamaluddin

๐— ๐—จ๐—ž๐—ง๐—”๐— ๐—”๐—ฅ ๐——๐—˜๐—ช๐—”๐—ก ๐— ๐—จ๐—ฆ๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—”14 September 2025 โ€“ Anggota Jabatan Amal Kawasan Kapar berpeluang merakam kenangan b...
14/09/2025

๐— ๐—จ๐—ž๐—ง๐—”๐— ๐—”๐—ฅ ๐——๐—˜๐—ช๐—”๐—ก ๐— ๐—จ๐—ฆ๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—”

14 September 2025 โ€“ Anggota Jabatan Amal Kawasan Kapar berpeluang merakam kenangan bersama YB Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia yang turut sama turun padang menggalas amanah di medan Muktamar.

Sungguh indah melihat semangat ukhuwwah dan kepimpinan yang ditonjolkan, apabila pimpinan dan anggota berganding bahu tanpa mengira pangkat mahupun kedudukan. Inilah roh perjuangan โ€“ berkhidmat dengan ikhlas demi agama, bangsa dan tanah air.

โ€œBeramal kerana Allahโ€

Insyaallah pergerakkan kumpulan pertama daripada anggota Jabatan Amal Kawasan Kapar ke Kedah Darul Aman sempena MUKTAMAR...
10/09/2025

Insyaallah pergerakkan kumpulan pertama daripada anggota Jabatan Amal Kawasan Kapar ke Kedah Darul Aman sempena MUKTAMAR TAHUNAN PAS PUSAT.... Mohon doa sahabatยฒ supaya anggota kita selamat sampai dan selamat pulang...

๐—ฆ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ต ๐—›๐—ฒ๐—น๐˜„๐—ฎ๐—ต ๐—ฌ๐—• ๐——๐—ฎ๐˜๐—ผโ€™ ๐—ฆ๐—ฟ๐—ถ ๐—จ๐˜€๐˜๐—ฎ๐˜‡ ๐—ง๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐—ฏ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—บ ๐—ง๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฎ๐—ป ๐ŸŒนโœจ27 Ogos 1960 โ€“ 27 Ogos 2025Seluruh warga Jabatan Amal Malaysia K...
27/08/2025

๐—ฆ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ต ๐—›๐—ฒ๐—น๐˜„๐—ฎ๐—ต ๐—ฌ๐—• ๐——๐—ฎ๐˜๐—ผโ€™ ๐—ฆ๐—ฟ๐—ถ ๐—จ๐˜€๐˜๐—ฎ๐˜‡ ๐—ง๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐—ฏ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—บ ๐—ง๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฎ๐—ป ๐ŸŒนโœจ

27 Ogos 1960 โ€“ 27 Ogos 2025

Seluruh warga Jabatan Amal Malaysia Kawasan Kapar mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran kepada ๐—ฌ๐—• ๐——๐—ฎ๐˜๐—ผโ€™ ๐—ฆ๐—ฟ๐—ถ ๐—จ๐˜€๐˜๐—ฎ๐˜‡ Tuan Ibrahim Tuan Man.

Moga dipanjangkan usia dalam keberkatan, dikurniakan kesihatan yang baik serta terus istiqamah dalam perjuangan Islam.

โ€œ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—น ๐—ธ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐—”๐—น๐—น๐—ฎ๐—ตโ€

0940/28062025Berlaku kejadian Ribut & Hujan Lebat hampir keseluruhan daerah dalam negeri Selangor. Jabatan Amal Malaysia...
26/08/2025

0940/28062025

Berlaku kejadian Ribut & Hujan Lebat hampir keseluruhan daerah dalam negeri Selangor. Jabatan Amal Malaysia Kawasan Kapar telah menerima arahan daripada Komandan Amal Kawasan untuk bersiap sedia untuk bencana alam yg berlaku.

JAM KAPAR bersama-sama YB ADN SEMENTA Ustaz Najhan Salleh - UNS membuat rondaan dan clearance pokok tumbang disekitar Dun Sementa. Operasi kali ini JAM KAPAR bertugas bersama-sama Bomba Sukarela Klang dan Bomba Sukarela Rantau Panjang. Operasi selesai sekitar Jam 0230.

๐ŸŽ‰โœจ Sanah Helwah โœจ๐ŸŽ‰Seluruh warga Jabatan Amal Malaysia Kawasan Kapar mengucapkanSanah Helwah kepada๐ŸŒน YB Ustaz Noor Najhan...
24/08/2025

๐ŸŽ‰โœจ Sanah Helwah โœจ๐ŸŽ‰

Seluruh warga Jabatan Amal Malaysia Kawasan Kapar mengucapkan
Sanah Helwah kepada

๐ŸŒน YB Ustaz Noor Najhan Mohd Salleh
Yang Dipertua PAS Kawasan Kapar

Semoga Allah SWT memberkati umur, diberi kesihatan yang berpanjangan, dipermudahkan segala urusan dan terus istiqamah dalam perjuangan Islam.

โ€œBeramal Kerana Allahโ€

Ikhlas daripada:
Jabatan Amal Kawasan Kapar


Address

Pusat Operasi & Pejabat Jabatan Amal Kapar
Klang
41100KLANGSELANGOR

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Amal Kapar-offical posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Amal Kapar-offical:

Share

Category