Datuk Hj.Mohd Roslee Hamid For Kapar

Datuk Hj.Mohd Roslee Hamid For Kapar KETUA UMNO BAHAGIAN KAPAR

30/08/2026
25/08/2026
SALAM MAULIDUR RASUL 2026 | 1448HAlhamdulillah, marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Mu...
25/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 2026 | 1448H

Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan memperbanyakkan selawat, menghayati sirah Baginda serta mencontohi akhlak dan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW terus subur dan menjadi panduan untuk kita membina kehidupan yang lebih baik, penuh kasih sayang, amanah dan saling menghormati.

“Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.”

Selamat menyambut Maulidur Rasul 1448H.

Datuk Hj.Mohd Roslee B Abd Hamid
Ketua Umno Bahagian Kapar

23/08/2026

🌟 PROGRAM JUALAN RAMAH MADANI 2026 🌟

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT.

Pada 23 Ogos 2026, Team KOMAS (Komuniti Masyarakat) Jalan Hassan, Sungai Udang, Klang telah berkesempatan menyertai Program Jualan Ramah MADANI 2026 anjuran JPKKP, yang diketuai oleh Tok Ahmad Muldani Parto, bersama Pengerusi KOMAS, En. Suhairi B. Sutar.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Sekolah Rendah Agama Sungai Udang, Klang, Jalan Hassan atas kerjasama serta sambutan yang diberikan dalam menjayakan program ini.

Turut hadir memeriahkan program:

Dato’ Roslee Hamid – Ketua UMNO Bahagian Kapar
Tok Mohd Noor Hj. Kassim – Pengerusi KEMAS Parlimen Kapar
Tuan Rauf – AJK JPKKP Kampung Telok Gadong
Tuan Norazwan Kamaruddin – AJK JPKKP Kampung Telok Gadong

Program seperti ini bukan sahaja memberi manfaat kepada masyarakat melalui jualan barangan pada harga berpatutan, malah menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuhkan semangat kerjasama antara komuniti dan pemimpin setempat.

Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan Program Jualan Ramah MADANI 2026.

🤝 Bersama Membantu Masyarakat
🇲🇾 Demi Komuniti & Kesejahteraan Bersama









Address

Umno Bahagian Kapar Klang
Klang

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Datuk Hj.Mohd Roslee Hamid For Kapar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share