Sukarelawan Simpanan Polis IPD Klang Selatan

Sukarelawan Simpanan Polis IPD Klang Selatan Ini merupakan akaun rasmi dan ruang aktiviti Sukarelawan Simpanan Polis IPD Klang Selatan

PVR IPD Klang Selatan mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina 2026.Semoga sambutan pada tahun ini membawa kemakmuran, keseja...
16/02/2026

PVR IPD Klang Selatan mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina 2026.

Semoga sambutan pada tahun ini membawa kemakmuran, kesejahteraan dan keharmonian kepada seluruh masyarakat, khususnya warga Klang Selatan.

Kami mendoakan agar Tahun Kuda ini terus mengukuhkan perpaduan serta mengalirkan keberkatan kepada semua.

Gong Xi Fa Cai.


















17/01/2026

GenZ sila jujur :
apa perasaan korg bila ttibe bertembung dgn RoadBlok?

13/01/2026
SUNTIKAN SEMANGAT DARI PUCUK PIMPINAN IPD KLANG SELATANSetinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada YDH ACP Tuan Ramli B...
08/01/2026

SUNTIKAN SEMANGAT DARI PUCUK PIMPINAN IPD KLANG SELATAN

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada YDH ACP Tuan Ramli Bin Kasa, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, YDH DSP Dr. Sharifah Binti Mohd Nawani (KBPJKK), serta barisan Pegawai Kanan IPD atas kesudian meluangkan masa menyantuni pasukan PVR Klang Selatan dalam sesi Roll-Call baru-baru ini.

Kehadiran dan amanat daripada pucuk pimpinan serta pegawai-pegawai kanan telah menyuntik semangat baharu buat kami, anggota Sukarelawan Simpanan Polis (SPDRM) untuk terus komited dalam bertugas dan berbakti kepada masyarakat.

Terima kasih atas sokongan padu Tuan-Tuan dan Puan-Puan!

Relaks guys, rezeki tak pernah salah alamat! 😊✨Admin perasan ramai yang bertanya dan DM tentang keputusan pengambilan PV...
06/01/2026

Relaks guys, rezeki tak pernah salah alamat! 😊✨

Admin perasan ramai yang bertanya dan DM tentang keputusan pengambilan PVR kali ni. Pertama sekali, kami nak ucapkan syabas dan terima kasih yang tak terhingga atas semangat luar biasa korang yang telah mencuba. 🫡

Bagi yang tidak berjaya, jangan putus asa atau berkecil hati ya. Pemilihan dibuat dengan sangat teliti berdasarkan kuota yang terhad dan kriteria yang telah ditetapkan. Korang semua memang terbaik sebab ada niat murni nak bantu jaga keselamatan Klang Selatan—korang tetap hero di mata kami! 🛡️

Keputusan ini bukanlah penamat. Teruslah berbakti kepada komuniti dengan cara tersendiri, dan moga ada rezeki korang di pengambilan akan datang. Kita tetap satu keluarga besar Klang Selatan! 🤝👮‍♂️

KEPUTUSAN MUKTAMAD
Harap maklum bahawa keputusan Panel Pemilihan bagi jawatan Konstabel SSPDRM Siri 1/2026 adalah MUKTAMAD.
Tiada sebarang permohonan rayuan atau tuntutan semakan semula akan dilayan bagi sesi pengambilan ini. Kami mengucapkan terima kasih atas minat dan kerjasama anda sepanjang proses ini berlangsung.

01/01/2026
31.12.2025, Klang - Menutup tirai 2025, jujur kami katakan—kami sangat berbangga dan seronok menjadi sebahagian daripada...
31/12/2025

31.12.2025, Klang - Menutup tirai 2025, jujur kami katakan—kami sangat berbangga dan seronok menjadi sebahagian daripada pasukan ini. Tiada kepuasan yang lebih tinggi selain menyarung uniform Sang Saka Biru dan menabur bakti demi komuniti Klang Selatan.

Di saat melihat pergolakan yang berlaku di luar sana, terbit rasa syukur yang mendalam kerana Malaysia masih kekal aman dan harmoni. Doa kami, semoga tahun 2026 menjadikan Klang Selatan dan Malaysia lebih selamat, mantap, dan terhindar daripada sebarang anasir yang menggugat ketenteraman. Semoga usaha kecil kami ini terus diberkati.

Akhir sekali, ingat bahawa hari ini adalah TARIKH AKHIR penyerahan borang SSPDRM. Kepada bakal anggota baharu yang akan menyahut cabaran ini, Selamat Datang ke keluarga besar PVR IPD Klang Selatan!

"Selamat Menyambut Tahun Baru 2026!" - ikhlas dari Admin & Seluruh warga PVR Klang Selatan.

Ada Kerja Tetap Tapi Teringin Nak Jadi Anggota Polis? 👮‍♂️Peluang untuk anda realisasikan impian tu! PDRM kini membuka p...
26/12/2025

Ada Kerja Tetap Tapi Teringin Nak Jadi Anggota Polis? 👮‍♂️
Peluang untuk anda realisasikan impian tu! PDRM kini membuka pengambilan untuk Konstabel Sukarelawan Polis (SSPDRM) Siri 1/2026.
Ini BUKAN tawaran kerja sepenuh masa, tapi peluang untuk anda berbakti kepada negara sebagai Sukarelawan Simpanan Polis di masa lapang anda.
✅ Sesuai untuk yang dah ada kerjaya hakiki.
✅ Ada elaun penugasan disediakan.
✅ Rasa pengalaman sebenar sebagai anggota penguatkuasa.
Permohonan kini lebih mudah dengan sistem e-REKRUT.
👉 Syarat Utama: Warganegara Malaysia, sihat tubuh badan, dan mempunyai pekerjaan tetap.
🚀 MOHON SEKARANG: Layari pautan di bawah : 🔗 Info: https://e-rekrut.sspdrm.my/sesi12026.php 📝 Borang: https://e-rekrut.sspdrm.my/borang.php
Jom sertai kami!

Selamat Hari Polis Ke-216!Polis dan Masyarakat berpisah tiada..
20/03/2023

Selamat Hari Polis Ke-216!
Polis dan Masyarakat berpisah tiada..

Klang 12.03.2023 - Anggota Balai Klang dan PVR IPD Klang Selatan sangat gembira dan berbesar hati kerna diberi peluang u...
12/03/2023

Klang 12.03.2023 - Anggota Balai Klang dan PVR IPD Klang Selatan sangat gembira dan berbesar hati kerna diberi peluang untuk bersama-sama dalam operasi khas cegah jenayah bersempena Upacara Perayaan dan Perarakan Kuil Arulmigu Raja Rajeswari bermula jam 1600hrs hingga selesai.
Keadaan semua adalah dalam keadaan baik dan terkawal.

Address

Klang

Opening Hours

Monday 18:00 - 00:00
Tuesday 18:00 - 00:00
Wednesday 18:00 - 00:00
Thursday 18:00 - 00:00
Friday 18:00 - 00:00

Telephone

+60333762222

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sukarelawan Simpanan Polis IPD Klang Selatan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share