Sektor Pembangunan Murid PPD Klang

Sektor Pembangunan Murid PPD Klang FB page Sektor Pembangunan Murid PPD Klang merupakan alternatif untuk hebahan dan makluman pelbagai program yang sedang atau telah dijalankan.

Unit HEM PPD Klang dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan Sahsiah Murid Daerah Klang telah menganjurkan Bengkel Pengu...
12/03/2026

Unit HEM PPD Klang dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan Sahsiah Murid Daerah Klang telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Guru Pengawas Baharu Daerah Klang Tahun 2026 pada ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 10 Mac 2026
📍 Tempat: Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Unjur, Klang

Bengkel ini bertujuan untuk memaksimumkan tahap kefahaman Guru Pengawas baharu tentang tugas dan pengurusan fail dan folder pengawas sekolah dan memberikan info semasa berkaitan pengurusan pengawas sekolah.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran:
• Tuan Ahmad Lutfi bin Mohamed Yazid- Timb Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembangunan Murid
• Puan Noor Wajihaa Halil binti Abd Razak - Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Murid
• Pn Hajah Faridah Bt Esa - Pengetua SMK Batu Unjur

Slot Perkongsian:
• Slot 1: Prosedur Pelantikan Pengawas Sekolah (oleh Pn Noor Wajihaa Halil binti Abdul Razak, PPD Klang)
• Slot 2: Pengurusan Fail dan Folder Pengawas Sekolah (oleh Pn Parameswari a/p Perumal, SK Perempuan Bukit Kuda)
• Slot 3: Taklimat Penarafan Pengawas (oleh Pn Nor Aqida binti Jeffridin, SMK Jalan Kebun)
• Slot 4: Soal Jawab berkaitan pengawas (oleh Pn Noor Wajihaa Halil binti Abdul Razak, PPD Klang)

Semoga bengkel ini menjadi platform terbaik untuk membimbing guru pengawas baharu agar lebih berkeyakinan dalam menjalankan tugas, di samping memperkukuh kerjasama antara sekolah serta meningkatkan keberkesanan pelaksanaan program kepimpinan di Daerah Klang.

Terima kasih atas komitmen dan sokongan semua pihak dalam menjayakan agenda pembangunan sahsiah murid Daerah Klang.



PELANCARAN PETI ADUAN PERINGKAT DAERAH KLANG TAHUN 2026Pelancaran ini dijalankan secara serentak di semua sekolah rendah...
11/03/2026

PELANCARAN PETI ADUAN PERINGKAT DAERAH KLANG TAHUN 2026

Pelancaran ini dijalankan secara serentak di semua sekolah rendah dan sekolah menengah Daerah Klang.

Tarikh : 9 Mac 2026
Lokasi : Sekolah masing-masing

Pelaksanaan ini bertujuan memberi ruang kepada murid untuk menyalurkan pandangan, cadangan serta aduan secara berhemah dan beretika. Inisiatif ini juga diharap dapat membudayakan nilai integriti, akauntabiliti serta kesejahteraan dalam persekitaran sekolah, selaras dengan aspirasi pendidikan negara.

Penglibatan PPS juga adalah sebagai satu inisiatif memperkukuh saluran komunikasi antara PDRM, murid dan pihak pentadbiran sekolah.

Terima kasih atas komitmen dan sokongan semua pihak dalam menjayakan agenda pembangunan sahsiah murid di Daerah Klang.



Unit HEM PPD Klang dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan Sahsiah Murid Daerah Klang telah menganjurkan Bengkel Pengu...
04/03/2026

Unit HEM PPD Klang dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan Sahsiah Murid Daerah Klang telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Guru Penasihat Kelab Pencegahan Jenayah(KPJ) Daerah Klang pada ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 3 Mac 2026
📍 Tempat: Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin, Klang

Bengkel ini bertujuan untuk memaksimumkan tahap kefahaman guru penasihat KPJ dalam menguruskan fail Jawatankuasa Induk (Guru) serta memperkasa peranan guru penasihat dalam merancang dan melaksanakan aktiviti kelab secara sistematik.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran:
• Tuan Ahmad Lutfi bin Mohamed Yazid- Timb Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembangunan Murid
• Puan Noor Wajiha Halil bt Abd Razak - Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembangunan Murid
• Datin Hajah Rafidah binti Mokhtar- Pengetua SAMT Sultan Hisamuddin

Slot Perkongsian:
• Slot 1: Pengurusan Fail dan Folder JK Induk serta Penarafan Sahsiah (oleh Pn Siti Nurbaizura binti Jamaluddin, SMK Rantau Panjang)
• Slot 2: Pelancaran Peti Aduan Murid (oleh En Muhammad Azizul bin Mohmed Abraur, SK Kg Jawa)
• Slot 3: Pembentangan Modul KPJ & Pemerkasaan KPJ (oleh En Abdul Shukur bin Tuman@Abdullah, SMK Bukit Kapar)
• Slot 4: Pemerkasaan KPJ
(En Mohd Irwan bin Idris, SK Sementa)

Semoga bengkel ini menjadi platform terbaik untuk memperkukuh jaringan kerjasama antara sekolah serta meningkatkan keberkesanan pelaksanaan program KPJ di Daerah Klang.

Terima kasih atas komitmen dan sokongan semua pihak dalam menjayakan agenda pembangunan sahsiah murid Daerah Klang.



Merekayasa Pengurusan Aktiviti dan Sumber Kewangan Unit Pembangunan Bakat Murid Daerah Klang 2026 telah dilaksanakan pad...
10/02/2026

Merekayasa Pengurusan Aktiviti dan Sumber Kewangan Unit Pembangunan Bakat Murid Daerah Klang 2026 telah dilaksanakan pada 5 Februari 2026 di Jabatan Laut Malaysia, Pelabuhan Klang. Program yang melibatkan pegawai School Improvement Partner (SIP+), Penolong PPD UPBM dan Jurulatih Utama Kewangan Kokurikulum PPD Klang ini diadakan khas bagi membimbing Penolong Kanan Kokurikulum di daerah Klang merancang dan mengurus sumber & bakat di sekolah masing-masing agar lebih mampan, inklusif dan bersedia menghadapi cabaran masa depan seiring dengan aspirasi KPM.

Jerayarawa Kokurikulum Unit Pembangunan Bakat Murid JPN Selangor 2026 telah diadakan pada 28 Januari 2026 di Kolej Islam...
10/02/2026

Jerayarawa Kokurikulum Unit Pembangunan Bakat Murid JPN Selangor 2026 telah diadakan pada 28 Januari 2026 di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dengan pelibatan 131 orang Penolong Kanan Kokurikulum sekolah rendah dan sekolah menangah daerah Klang. Pelbagai maklumat terkini berkaitan Pengurusan Kokurikulum dan Pengurusan PAJSK telah disampaikan oleh barisan Penolong Pengarah UPBM Sektor Pembangunan Murid JPN Selangor untuk dijadikan panduan kepada pihak sekolah dalam menguruskan sumber dengan lebih efisien dan berdaya saing selaras dengan keperluan di peringkat KPM.

Majlis Apresiasi Penggerak Kecemerlangan Sukan MSSD Klang 2025 telah diadakan pada 16 Januari 2026 di SJKC Pandamaran B,...
10/02/2026

Majlis Apresiasi Penggerak Kecemerlangan Sukan MSSD Klang 2025 telah diadakan pada 16 Januari 2026 di SJKC Pandamaran B, Pelabuhan Klang. Majlis yang gemilang ini telah diadakan bagi meraikan guru-guru sukan yang telah bertungkus lumus menyediakan bakat-bakat hebat dikalangan murid sekolah rendah dan sekolah menengah di daerah Klang dalam pelbagai disiplin sukan sehingga berjaya dinobatkan Johan Keseluruhan MSS Selangor tahun 2025.

Majlis Apresiasi Unit Pembangunan Bakat Murid Daerah Klang telah diadakan pada 26 Januari 2026 di Wyndham Garden i-City ...
10/02/2026

Majlis Apresiasi Unit Pembangunan Bakat Murid Daerah Klang telah diadakan pada 26 Januari 2026 di Wyndham Garden i-City Shah Alam bagi menghargai sumbangan dan jasa Pegawai Teknikal bagi Pasukan Badan Beruniform, Unit Koakademik Bahasa, STEM dan Kesenian & Kebudayaan yang menjadi tonggak utama dalam kemenjadian murid dan pelbagai kejayaan cemerlang sepanjang tahun 2025. Pemberian penghargaan juga telah diberikan kepada barisan Jurulatih Utama Pengurusan PAJSK Daerah dan Jurulatih Utama Kem Pemimpin Generasi Madani yang bertindak sebagai pemudahcara dalam pengurusan di peringkat daerah Klang. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pegawai Pendidikan Daerah yang baru iaitu En Azmuddin bin Muhamad, Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid, En Ahmad Lutfi bin Mohamed Yazid, Penolong Pengarah UPBM Sektor Pembangunan Murid JPS dan barisan Penolong PPD Sektor Pembangunan Murid PPD Klang.

09/02/2026




Ayuh Klang...kita sama-sama tolak buli 🤝
09/02/2026

Ayuh Klang...kita sama-sama tolak buli 🤝


09/02/2026
MESYUARAT JK MGKK DAERAH KLANG BIL 1/2026Alhamdulillah.Mesyuarat MGKK Daerah Klang Bil. 1/2026 telah berjaya dilaksanaka...
09/02/2026

MESYUARAT JK MGKK DAERAH KLANG BIL 1/2026

Alhamdulillah.
Mesyuarat MGKK Daerah Klang Bil. 1/2026 telah berjaya dilaksanakan dengan lancar pada 20 Januari 2026, bertempat di Kolej Vokasional Klang bagi membincangkan takwim serta perancangan program sepanjang tahun 2026.

Perbincangan ini bertujuan memperkukuh kerjasama antara sekolah-sekolah serta memastikan pelaksanaan program berjalan secara teratur, sistematik dan berimpak tinggi kepada pembangunan murid.

Semoga segala perancangan yang dirangka dapat direalisasikan dengan jayanya demi kecemerlangan pendidikan di Daerah Klang.

Terima kasih kepada semua ahli MGKK yang hadir dan memberi komitmen penuh.


Address

Pejabat Pendidikan Daerah Klang, Jalan Meru
Klang
41050

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60192043825

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sektor Pembangunan Murid PPD Klang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Sektor Pembangunan Murid PPD Klang:

Share