02/01/2026
Assalamualaikum dan salam sejahtera warga DUN Selat Klang,
Seiring dengan pemakluman penutupan operasi Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras DUN Selat Klang yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.
Terima kasih tidak terhingga kepada ketua-ketua kampung, ketua-ketua komuniti, para sukarelawan, serta staf saya yang cukup berdedikasi, yang sentiasa bekerja tanpa jemu sepanjang tempoh perkhidmatan ini. Sokongan, kepercayaan dan kerjasama anda semua amat bermakna dan menjadi kekuatan saya sepanjang dua tahun berkhidmat di DUN Selat Klang.
Tidak dilupakan, jutaan terima kasih kepada seluruh warga DUN Selat Klang atas doa, sokongan dan ruang yang diberikan untuk saya berkhidmat.
Segala kenangan dan pengalaman ini akan sentiasa saya kenang.
Terima kasih warga DUN Selat Klang.