20/09/2025
PROGRAM MINI KARNIVAL & SUKANEKA HARI MALAYSIA 2025
Peringkat Kampung Batu 12
Program Mini Karnival & Sukaneka Hari Malaysia 2025 Peringkat Kampung Batu 12 telah berlangsung dengan jayanya pada 20 September 2025 bertempat di Padang Permainan Awam Taman Seri 12. Program bermula dari jam 7.00 pagi hingga 1.00 petang dengan pelbagai pengisian menarik melibatkan penyertaan daripada kanak-kanak, dewasa lelaki dan wanita.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Tuan Norizan bin Mohd Amin, Pegawai Khas Penyelaras DUN Sementa, diikuti dengan ucapan perasmian oleh Profesor Dato' Hajah Zuraidah Binti Mohd Said selaku Ahli Majlis N43A.Program turut diserikan dengan kehadiran Datoβ Sri Azizi bin Ayob, yang sama-sama meraikan para peserta dan penduduk setempat.
Antara acara yang diadakan termasuk pertandingan pakaian dan replika kemerdekaan, pertandingan sukaneka kanak-kanak, tarik tali, karom, penalti kain pelikat, solekan pasangan bertudung, terompah gergasi serta acara basikal lambat yang terbuka kepada lelaki dan wanita.
Program ini mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat dan ahli kariah, sekaligus mengeratkan ukhuwah serta semangat cintakan negara. Pelbagai agensi kerajaan turut hadir bagi memeriahkan lagi program ini.
Helmi Rosli
Zainuddin Yunus
Nadzri Salleh