Penyelaras DUN Sg Kandis

Penyelaras DUN Sg Kandis Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Penyelaras DUN Sg Kandis, Social service, No. 56, Jalan Tun Drive Ismail, Taman Sri Andalas, Klang.

JUALAN EHSAN RAHMAH KEMBALI KE DUN SUNGAI KANDIS! ๐Ÿ›’Jualan Ehsan Rahmah kembali lagi ke DUN Sungai Kandis! Kali ini kami ...
27/08/2026

JUALAN EHSAN RAHMAH KEMBALI KE DUN SUNGAI KANDIS! ๐Ÿ›’

Jualan Ehsan Rahmah kembali lagi ke DUN Sungai Kandis! Kali ini kami singgah di Kampung Pandan, di hadapan Padang Sultan Sulaiman, Klang.

Walaupun berlangsung pada waktu bekerja, sambutan penduduk tetap luar biasa! Ramai yang hadir seawal pagi, sama meriahnya seperti program yang diadakan pada hari Sabtu dan Ahad. ๐Ÿ™Œ

Seperti biasa, paling teruja tentunya mak-mak yang tidak melepaskan peluang mendapatkan pelbagai barangan keperluan dapur pada harga subsidi. ๐Ÿ›๏ธโœจ

Terima kasih kepada semua penduduk yang hadir dan memeriahkan Jualan Ehsan Rahmah. Semoga inisiatif sebegini terus memberi manfaat dan membantu meringankan perbelanjaan harian keluarga di DUN Sungai Kandis.

DUN Sungai Kandis โ€” sentiasa bersama rakyat! โค๏ธ

JUALAN EHSAN RAHMAH 2026Siri Jelajah Jualan Ehsan Rahmah di DUN Sungai Kandis kembali lagi !!!๐Ÿ“† Tarikh : 27 Ogos 2026 (K...
26/08/2026

JUALAN EHSAN RAHMAH 2026

Siri Jelajah Jualan Ehsan Rahmah di DUN Sungai Kandis kembali lagi !!!

๐Ÿ“† Tarikh : 27 Ogos 2026 (Khamis)
โฐ Masa : 9.00pg - 12.00tgh
๐Ÿ“ Tempat : Jalan Kg. Pandan bersebelahan Restoran Sri Jumaat (https://maps.app.goo.gl/skjVBskS1gUXpsyKA)

Penduduk sekitar dijemput untuk hadir beramai-ramai bagi mendapatkan harga murah bagi barangan yang terpilih. Slot adalah terhad dan hanya untuk pengunjung yang terawal sahaja.

Ustaz Zawawi Mughni
Penyelaras DUN Sungai Kandis




SALAM MAULIDURRASUL 1448HMaulidur Rasul bukan sekadar mengenang sejarah kelahiran Baginda, tetapi menjadi kesempatan unt...
25/08/2026

SALAM MAULIDURRASUL 1448H
Maulidur Rasul bukan sekadar mengenang sejarah kelahiran Baginda, tetapi menjadi kesempatan untuk kita menghayati dan mencontohi akhlak mulia Rasulullah SAW โ€” sifat amanah, kasih sayang, kesabaran, keadilan dan keprihatinan terhadap sesama manusia.

Marilah kita menjadikan Rasulullah SAW sebagai teladan dalam kehidupan, memperkukuhkan ukhuwah, menjaga keharmonian masyarakat dan memperbanyakkan selawat kepada Baginda.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW diterjemahkan melalui amalan dan akhlak yang baik dalam kehidupan seharian.

๐Ÿšดโ€โ™‚๏ธ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ **KAYUHAN SANTAI JALUR GEMILANG** ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿšดโ€โ™€๏ธAlhamdulillah, hari ini berkesempatan menghadiri Program Kayuhan Santai J...
24/08/2026

๐Ÿšดโ€โ™‚๏ธ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ **KAYUHAN SANTAI JALUR GEMILANG** ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿšดโ€โ™€๏ธ

Alhamdulillah, hari ini berkesempatan menghadiri Program Kayuhan Santai Jalur Gemilang yang berlangsung di Dewan Tulip MBSA, Kampung Bukit Naga.

Program ini dianjurkan oleh Sekolah Rendah Bukit Naga sempena menyambut ulang tahun ke-105 penubuhan sekolah, dengan pelbagai aktiviti menarik yang melibatkan warga sekolah dan komuniti setempat.

Program ini turut digerakkan bersama JPKK Kampung Bukit Naga, PIBG, alumni sekolah, komuniti peniaga serta pelbagai pihak lain.

Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga semangat kebersamaan dan kecintaan kepada Jalur Gemilang terus subur dalam komuniti kita. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ

Selamat menyambut Bulan Kebangsaan!

JOM SHOPPING HARI PAHLAWAN DUN SUNGAI KANDIS ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พPenyerahan Baucar Jom Shopping Hari Pahlawan Peringkat DUN Sungai Kandis ...
22/08/2026

JOM SHOPPING HARI PAHLAWAN DUN SUNGAI KANDIS ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Penyerahan Baucar Jom Shopping Hari Pahlawan Peringkat DUN Sungai Kandis telah berlangsung di Econsave Kampung Jawa.

Seramai 149 orang veteran tentera dan polis yang tidak berpencen menerima baucar bernilai RM200 seorang.

Dalam majlis tersebut, Ustaz Zawawi Mughni, Penyelaras DUN Sungai Kandis, turut menyampaikan ucapan kepada para veteran serta menzahirkan penghargaan atas jasa, pengorbanan dan khidmat bakti mereka dalam menjaga keamanan dan keselamatan negara.

Program ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor sempena sambutan Hari Pahlawan dan Hari Kebangsaan.

Jasa dikenang, pengorbanan dihargai. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐Ÿ“ข MAKLUMAT TERKINI TUNTUTAN MANFAAT TAWAS KELAHIRAN 2008Assalamualaikum dan salam sejahtera.Dimaklumkan bahawa masih ram...
21/08/2026

๐Ÿ“ข MAKLUMAT TERKINI TUNTUTAN MANFAAT TAWAS KELAHIRAN 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa masih ramai Ahli TAWAS DUN Sungai Kandis kelahiran tahun 2008 yang masih belum membuat tuntutan manfaat TAWAS.

๐Ÿ“Œ Status Tuntutan Mengikut Fasa:

1๏ธโƒฃ Fasa 1 (Januari โ€“ Mac)
๐Ÿ‘ค Ahli masih hidup: 160 orang
โ— Belum membuat tuntutan: 50 orang

2๏ธโƒฃ Fasa 2 (April โ€“ Jun)
๐Ÿ‘ค Ahli masih hidup: 146 orang
โ— Belum membuat tuntutan: 37 orang

3๏ธโƒฃ Fasa 3 (Jun โ€“ September)
๐Ÿ‘ค Ahli masih hidup: 177 orang
โ— Belum membuat tuntutan: 109 orang

4๏ธโƒฃ Fasa 4 (Oktober โ€“ Disember)
๐Ÿ‘ค Ahli masih hidup: 172 orang
โ— Belum membuat tuntutan: 139 orang

Sehubungan itu, Ahli TAWAS kelahiran 2008 yang masih belum membuat tuntutan dimohon agar segera mengemaskini tuntutan pembayaran manfaat TAWAS.

๐Ÿ“ Tuntutan boleh dikemaskini dengan hadir ke Pusat Khidmat Masyarakat Penyelaras DUN Sungai Kandis atau secara dalam talian melalui laman sesawang TAWAS:

๐ŸŒ tawas.yawas.com.my

Jangan lepaskan manfaat yang telah diperuntukkan. Mohon ibu bapa/penjaga semak dan kemaskini tuntutan TAWAS anak masing-masing.

Pusat Khidmat Masyarakat Penyelaras DUN Sungai Kandis
Ustaz Zawawi Mughni
Penyelaras DUN Sungai Kandis.

Yayasan Warisan Anak Selangor - YAWAS

19/08/2026

๐— ๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ง๐—œ๐—ก๐—š ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—œ๐— ๐—” ๐— ๐—”๐—ก๐—™๐—”๐—”๐—ง ๐—”๐—›๐—Ÿ๐—œ ๐—ง๐—”๐—ช๐—”๐—ฆ ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—›๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐Ÿด (๐—™๐—”๐—ฆ๐—” ๐Ÿ)

Perhatian kepada ahli TAWAS yang membuat tuntutan manfaat bagi fasa 2 menggunakan Touch n Go (T&G) e-Wallet . Dimaklumkan bahawa penyaluran manfaat anda mengalami sedikit kelewatan berikutan proses verifikasi data bersama pihak Touch โ€˜n Go. Pemakluman akan dihantar sebaik sahaja pembayaran selesai diproses. Semakan status terkini boleh dibuat melalui laman sesawang tawas.yawas.com.my .

Segala kesulitan amat dikesali dan terima kasih atas kesabaran anda.




18/08/2026

Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) membantu meringankan beban yuran tadika anak-anak dengan insentif RM50 setiap bulan yang disalurkan terus kepada tadika yang berdaftar.

โœ… Anak berumur 5 & 6 tahun
โœ… Pendapatan isi rumah bawah RM5,000
โœ… Tadika berdaftar dibawah TUNAS
โœ… Terbuka untuk ibu bapa bekerja & tidak bekerja

๐Ÿ‘‰Layari tunas.yawas.com.my untuk pendaftaran dan Pastikan dokumen lengkap dulu ya! hanya muat naik sahaja semasa pendaftaran tidak perlu menghantar secara fizikal ke Pejabat YAWAS.

Daftar segera selagi Kuota permohonan masih ada!

MamaKerja 2.0 untuk Ibu Bekerja di SelangorSelangor antara negeri yang mempunyai kadar penyertaan wanita dalam pekerjaan...
17/08/2026

MamaKerja 2.0 untuk Ibu Bekerja di Selangor

Selangor antara negeri yang mempunyai kadar penyertaan wanita dalam pekerjaan tertinggi di Malaysia. Kerajaan Negeri sentiasa komited untuk menyokong ibu bekerja, khususnya dalam membantu meringankan kos penjagaan anak.

Bagi ibu yang bekerja, mereka bukan sahaja membina kerjaya, tetapi turut membantu suami menyara keluarga dan memastikan masa depan anak-anak terjamin.

Atas keprihatinan ini, MamaKerja diperkenalkan pada tahun 2025 dan kini diteruskan melalui MamaKerja 2.0 bagi tahun 2026.

๐Ÿ“… Permohonan dibuka mulai 17 Ogos 2026.
๐Ÿ“ฑ Muat turun aplikasi Nine dan buat permohonan anda.

Semoga MamaKerja 2.0 dapat membantu meringankan beban ibu bekerja, menyokong keluarga dan membina masa depan yang lebih baik untuk rakyat Selangor.

Jualan Ehsan Rahmah DUN Sungai KandisAlhamdulillah, program Jualan Ehsan Rahmah DUN Sungai Kandis telah berlangsung deng...
17/08/2026

Jualan Ehsan Rahmah DUN Sungai Kandis

Alhamdulillah, program Jualan Ehsan Rahmah DUN Sungai Kandis telah berlangsung dengan meriah di Masjid An-Naim, Kampung Jalan Kebun.

Seramai 300 orang hadir dan mengambil peluang mendapatkan barangan keperluan pada harga yang lebih berpatutan.

Terima kasih kepada semua yang hadir serta pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha seperti ini terus memberi manfaat dan membantu meringankan beban masyarakat setempat.

Anwar Ibrahim
Amirudin Shari
Ehsan PKPS
JPKK Jalan Kebun
Masjid An-Naim Jalan Kebun

Address

No. 56, Jalan Tun Drive Ismail, Taman Sri Andalas
Klang
41200

Opening Hours

Monday 10:00 - 16:30
Tuesday 10:00 - 16:30
Wednesday 10:00 - 16:30
Thursday 10:00 - 16:30
Friday 10:00 - 00:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penyelaras DUN Sg Kandis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category