Harapan Parlimen Klang

Harapan Parlimen Klang Dun Kota Kemuning is ready to serve community Pusat Khidmat Dun Kota Kemuning, Pejabat Exco Kerajaan Negeri Selangor Dan Bilik Gerakan Utama Parlimen Klang P110

🇲🇾 SELAMAT HARI MERDEKA KE-69! 🇲🇾Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Merdeka ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.Marila...
30/08/2026

🇲🇾 SELAMAT HARI MERDEKA KE-69! 🇲🇾

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Merdeka ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Marilah kita terus menghargai keamanan, keharmonian dan kepelbagaian yang menjadi kekuatan negara kita. Perbezaan bukan penghalang, tetapi asas kepada sebuah Malaysia yang lebih bersatu, inklusif dan maju.

Malaysia MADANI, bersama membina masa depan yang lebih baik.

🇲🇾 Merdeka! Merdeka! Merdeka!

🌙 SALAM MAULIDUR RASUL 1448H 🌙Sempena sambutan Maulidur Rasul 1448H, saya ingin menyampaikan ucapan selamat dan salam ho...
25/08/2026

🌙 SALAM MAULIDUR RASUL 1448H 🌙

Sempena sambutan Maulidur Rasul 1448H, saya ingin menyampaikan ucapan selamat dan salam hormat kepada seluruh umat Islam, khususnya warga Parlimen Klang.

Semoga sambutan memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW ini membawa keberkatan serta menyemarakkan nilai-nilai murni seperti kasih sayang, keadilan, keharmonian, kesederhanaan dan kepedulian terhadap sesama insan.

Semoga semangat dan teladan yang dibawa oleh Rasulullah SAW terus menjadi inspirasi dalam membina sebuah masyarakat yang saling menghormati, bersatu padu dan hidup dalam keharmonian.

🌹 Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh umat Islam.

Ikhlas daripada,
Y.B. Tuan Ganabatirau a/l Veraman
Ahli Parlimen Klang

Great HonourIt was a great honour to meet Mikko Polvinen, Member of Parliament of Finland, and Harri Peltola, Mayor of P...
19/08/2026

Great Honour

It was a great honour to meet Mikko Polvinen, Member of Parliament of Finland, and Harri Peltola, Mayor of Puolanka.

We had a meaningful exchange of views on leadership, public service, local development, democracy and strengthening friendship and cooperation between Malaysia and Finland.

Grateful for the warm hospitality and the opportunity to build stronger connections and share experiences with our Finnish counterparts. 🇲🇾🤝🇫🇮

Majlis Pecah Tanah SJK(C) Lee MinHari ini saya berkesempatan menghadiri Majlis Pecah Tanah Bangunan Baharu SJK(C) Lee Mi...
15/08/2026

Majlis Pecah Tanah SJK(C) Lee Min

Hari ini saya berkesempatan menghadiri Majlis Pecah Tanah Bangunan Baharu SJK(C) Lee Min bersama Timbalan Menteri Pendidikan, YB Wong Kah Woh; Exco Kerajaan Negeri Selangor, YB Ng Sue Lim; ADUN Pelabuhan Klang, YB Azmizam; serta ADUN Pandamaran, YB Tony Leong.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Dato’ Seri Jason Lee, selaku Pengerusi Jawatankuasa Perpindahan dan Pembinaan Sekolah, serta seluruh warga sekolah dan para penyumbang yang telah bersama-sama menjayakan usaha penting ini.

Semoga pembangunan bangunan baharu ini dapat menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih selesa, kondusif dan berkualiti demi masa depan anak-anak kita.

Tahniah SJK(C) Lee Min! Terus maju dan cemerlang. 🇲🇾

KENYATAAN MEDIATUNTUTAN BAGI PENERBITAN FITNAH TERHADAP YB GANABATIRAU A/L VERAMAN11 OGOS 2026Di Parlimen hari ini, saya...
11/08/2026

KENYATAAN MEDIA

TUNTUTAN BAGI PENERBITAN FITNAH TERHADAP YB GANABATIRAU A/L VERAMAN

11 OGOS 2026

Di Parlimen hari ini, saya tampil memberikan penjelasan berhubung satu hantaran media sosial yang telah memutarbelitkan kenyataan saya mengenai Overseas Citizen of India (OCI) sehingga menimbulkan persoalan terhadap kesetiaan dan patriotisme saya sebagai seorang rakyat Malaysia dan Ahli Parlimen Klang.

Apa yang saya bangkitkan adalah terhad semata-mata kepada keperluan pembuktian keturunan atau pertalian nenek moyang dari India dalam proses permohonan OCI.

Bagi rakyat Malaysia berketurunan India yang keluarganya telah berada di Malaysia sejak beberapa generasi, dokumen lama untuk membuktikan susur galur tersebut mungkin sukar diperoleh. Justeru, apa yang saya mohon hanyalah supaya keperluan pembuktian tersebut dipermudah bagi mereka yang sememangnya layak.

Ia sama sekali tidak berkaitan dengan kewarganegaraan India, kewarganegaraan berganda atau soal kesetiaan kepada Malaysia. Perkara yang jelas ini tidak seharusnya diputarbelitkan atau diberikan gambaran sebaliknya sebagaimana yang telah dilakukan oleh Saudara Firdaus Wong.

Saya amat kecewa apabila perkara yang pada asalnya berkaitan dengan kemudahan proses dan kepentingan keluarga telah dikaitkan dengan kesetiaan saya kepada negara.

Perkara ini bukan sahaja menjejaskan nama baik saya, malah memberi kesan secara peribadi dan mental kepada saya. Sebagai seorang Ahli Parlimen dan wakil rakyat, persoalan terhadap kesetiaan saya kepada tanah air sendiri merupakan perkara yang amat serius.

Saya tegaskan sekali lagi: Saya setia kepada Malaysia. Malaysia adalah tanah air saya. Amanah dan perjuangan saya adalah untuk Malaysia dan seluruh rakyatnya.

Saya mengharapkan penarikan balik kenyataan tersebut, pemadaman hantaran, permohonan maaf secara terbuka serta komitmen agar perkara dan insinuasi yang sama tidak diulangi.

Saya juga merakamkan penghargaan kepada SN Nair & Partners atas profesionalisme, ketegasan dan komitmen mereka dalam mempertahankan nama baik serta hak saya melalui saluran undang-undang.

Kebenaran perlu ditegakkan. Maruah tidak boleh diputarbelitkan.

Bersama YB Tony Leong, ADUN Pandamaran, saya berbesar hati dapat menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Bumb...
10/08/2026

Bersama YB Tony Leong, ADUN Pandamaran, saya berbesar hati dapat menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Bumbung Gelanggang Bola Keranjang di SJKC Pandamaran B.

Satu lagi usaha untuk menyediakan kemudahan sukan yang lebih selesa, selamat dan berkualiti untuk para pelajar serta komuniti setempat.

Semoga projek ini dapat disiapkan dengan lancar dan memberi manfaat kepada generasi muda Pandamaran. 🏀🏫

Tahniah kepada seluruh warga Kolej Tingkatan Enam (Pra Universiti) Sri Istana atas penganjuran Majlis Anugerah Kecemerla...
05/08/2026

Tahniah kepada seluruh warga Kolej Tingkatan Enam (Pra Universiti) Sri Istana atas penganjuran Majlis Anugerah Kecemerlangan yang berlangsung dengan penuh meriah. Pagi ini saya telah hadir bagi meraikan para pelajar yang cemerlang serta memberikan penghargaan kepada warga pendidik yang sentiasa komited dalam melahirkan generasi berilmu, berintegriti dan berdaya saing.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah wakil Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Yang Dipertua PIBG, barisan Penolong Kanan, warga pendidik serta seluruh warga murid. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada para pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam akademik, sahsiah dan kepimpinan, seterusnya mengharumkan nama sekolah, keluarga dan negara.

Sekian, Terima Kasih.

Today, I turned up at the Kuala Lumpur Court in solidarity with Sdr Lim Guan Eng.Justice must never only be done, it mus...
03/08/2026

Today, I turned up at the Kuala Lumpur Court in solidarity with Sdr Lim Guan Eng.

Justice must never only be done, it must also be seen to be done. I remain hopeful that, at the end of the tunnel, the truth will prevail, justice will be served, and Sdr Lim Guan Eng, together with all those who are innocent, will be vindicated.

Let us continue to uphold the rule of law, due process, and the fundamental principle that every individual is presumed innocent until proven guilty.

The core democratic principle of “one person, one vote, one value” must never be compromised. When this fundamental prin...
03/08/2026

The core democratic principle of “one person, one vote, one value” must never be compromised. When this fundamental principle is disregarded through gerrymandering and severe malapportionment, resulting in grossly unequal representation, democracy itself is undermined.

When the value of one citizen’s vote is worth significantly less than another’s simply because of how constituency boundaries are drawn, elections cease to reflect genuine equality. Democracy then becomes little more than a tool for those who control the system, rather than a system that truly serves the people.

A healthy democracy demands fair representation, equal voting power, and an independent electoral process. Without these, public confidence in democratic institutions will continue to erode.

Success is never a destination, it is a journey of continuous learning. Humility is the foundation of true leadership. N...
02/08/2026

Success is never a destination, it is a journey of continuous learning. Humility is the foundation of true leadership. No matter how high we climb, there is always another mountain to conquer and another lesson to learn. Let us remain humble, keep improving, and inspire others through our actions.

Address

Address: 12-1, Jalan Raya Barat 2/KS1, Kawasan 1
Klang
41100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 17:00 - 21:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60333816073

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Harapan Parlimen Klang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Harapan Parlimen Klang:

Shortcuts

Share