20/08/2026
KHAMIS | 20 OGOS 2026 | INFO TEMA KEMERDEKAAN DAN PATRIOTISME
SUMBER : Jabatan Perpaduan Negara Kuala Lumpur
πBERBEZA PENDAPAT BUKAN BERERTI BERMUSUHAN
Berbeza pandangan bukan bermakna kita tidak boleh bersatu. Keindahan perpaduan terletak pada keupayaan kita untuk menerima, menghormati, dan meraikan kepelbagaian idea dan pendapat demi kebaikan bersama.
Di sebalik kepelbagaian terdapat keunikan kita sebagai satu bangsa. Berbeza pandangan bukanlah satu kelemahan, sebaliknya satu peluang untuk kita belajar, memahami, dan akhirnya melahirkan keputusan yang lebih menyeluruh.
Setuju untuk tidak bersetuju adalah tanda kematangan. Namun, bagaimana cara kita menyampaikan perbezaan pendapat itu amat penting. Imej ini menggariskan beberapa panduan untuk berkomunikasi dengan lebih berhemahβseperti mendengar dengan teliti, menggunakan bahasa yang sopan, dan mengelakkan emosi semata-mata.
Jom sama-sama kita jadikan prinsip 'Dengar, faham, hormat dan cari titik persamaan' sebagai panduan dalam setiap perbincangan.
teratas