YPKDT Daerah Kluang

YPKDT Daerah Kluang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from YPKDT Daerah Kluang, Public & Government Service, No 5, Tingkat 1, Jalan Durian, Kluang.

Merupakan Sebuah Badan Berkanun Kerajaan Negeri Johor

Objektif;
Mengukuhkan Institusi Keluarga,
Membawa Wanita dalam arus Pembangunan dan Menangani Masalah Sosial

21/08/2026

PEMAKLUMAN PENTING
PROGRAM SARINGAN MAMOGRAM & ULTRASOUND

Program Saringan Mamogram dan Ultrasound kini dalam proses pelaksanaan saringan kepada pemohon di KPJ seluruh Negeri Johor.

Justeru, perkara ini penting untuk perhatian dan tindakan pemohon:-

📌 Kepada yang TELAH menerima panggilan daripada KPJ;

‼️Sila ambil perhatian dan hadir pada tarikh temujanji saringan yang telah ditetapkan. Sekiranya tidak dapat hadir atau terlepas tarikh tersebut, hubungi semula pihak KPJ untuk mendapatkan tarikh baharu.

📌 Kepada yang BELUM menerima panggilan daripada KPJ;

‼️Sila hubungi KPJ berdekatan untuk mendapatkan maklumat dan tarikh temujanji saringan anda segera.

✨ Pemeriksaan ini adalah PERCUMA dan hanya sah sehingga 31 Oktober 2026.

Jangan tangguhkan pemeriksaan kesihatan anda. Pengesanan awal kanser payudara mampu menyelamatkan nyawa.



12/08/2026

KENYATAAN RASMI

BANTUAN KASIH JOHOR 4.0 (RAYUAN) DI BAWAH YPKDT

Dimaklumkan bahawa semakan status permohonan rayuan Bantuan Kasih Johor (BKJ) 4.0 bagi:

🔹 Bantuan Suri Rumah Tidak Bekerja
🔹 Bantuan Pasangan Baru Berkahwin (Bukan Islam)

telah dibuka mulai 8 Ogos 2026.

📌 Bagi pemohon yang berjaya/l​ayak, maklumat berkaitan tarikh, masa dan lokasi penyerahan mengikut DUN akan diumumkan secara rasmi oleh YPKDT dari semasa ke semasa.

Pemohon dan penerima dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan sebarang maklumat yang tidak disahkan serta sentiasa merujuk kepada saluran rasmi YPKDT bagi mendapatkan maklumat terkini.

📲 Ikuti saluran media sosial rasmi YPKDT dan laman web YPKDT untuk mendapatkan hebahan serta pengumuman berkaitan BKJ 4.0 (Rayuan).

Kerjasama dan perhatian semua pihak dalam memastikan penyampaian maklumat yang tepat amat kami hargai.

Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT)

Lawatan Kerja YB Tuan V. Rugendran, ADUN Kahang ke Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) Daerah KluangYB Tua...
20/07/2026

Lawatan Kerja YB Tuan V. Rugendran, ADUN Kahang ke Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) Daerah Kluang

YB Tuan V. Rugendran, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kahang telah mengadakan lawatan kerja ke Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) Daerah Kluang bagi meninjau pelaksanaan program-program pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat di daerah ini.

Lawatan ini turut menjadi platform untuk bertukar pandangan, mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh YPKDT serta membincangkan usaha memperkukuh kerjasama strategik dalam memperkasakan institusi keluarga dan kesejahteraan komuniti di kawasan Kahang dan sekitarnya.

30/06/2026
MAKLUMAN RASMISERAHAN BAKI BANTUAN KASIH JOHOR 4.0DI BAWAH YPKDTDimaklumkan bahawa YPKDT akan melaksanakan serahan baki ...
05/06/2026

MAKLUMAN RASMI

SERAHAN BAKI BANTUAN KASIH JOHOR 4.0
DI BAWAH YPKDT

Dimaklumkan bahawa YPKDT akan melaksanakan serahan baki Bantuan Kasih Johor 4.0 kepada penerima yang layak tetapi tidak hadir semasa sesi penyerahan yang telah dijadualkan sebelum ini bagi kategori:

✅ Bantuan Suri Rumah Tidak Bekerja
✅ Bantuan Pasangan Baru Berkahwin (Bukan Islam)

PERHATIAN PENERIMA

📞 Penerima yang terlibat akan dihubungi semula oleh pihak urus setia kami bagi memaklumkan tarikh, masa dan kaedah serahan yang ditetapkan sama ada melalui:

* Panggilan Telefon
* WhatsApp
* SMS

WAKIL DIBENARKAN

Sekiranya penerima tidak dapat hadir, penebusan boleh diwakilkan kepada:

👨 Suami / Isteri
👨‍🦳 Ibu / Bapa

(Bawa salinan ic wakil dan dokumen penerima)

RUJUKAN MAKLUMAT

📱 Sila rujuk saluran media sosial rasmi YPKDT atau hubungi Pejabat YPKDT Daerah untuk mendapatkan maklumat terkini.

⚠️ Jangan mudah terpengaruh dengan maklumat yang tidak disahkan.

Kerjasama semua penerima amat dihargai.

Pengurusan
Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim

15/05/2026
13/05/2026

ANDA DAH SEMAK BKJ 4.0?

1. SEMAK - LAYAK - TERIMA MAKLUMAT PENYERAHAN BANTUAN MELALUI SMS ATAU LIHAT JADUAL PENYERAHAN MENGIKUT DUN DI FACEBOOK YPKDT - HADIR BERSAMA DOKUMEN

2. SEMAK - TIDAK LAYAK/TERLEPAS PENDAFTARAN SEBELUM INI - RAYUAN DIBUKA 1-14 JUN 2026





13/05/2026
13/05/2026

Address

No 5, Tingkat 1, Jalan Durian
Kluang
86000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when YPKDT Daerah Kluang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share