PD Kampung Melayu Niyor, Kluang, Johor.

PD Kampung Melayu Niyor, Kluang, Johor. PD PNM KG MELAYU NIYOR DI BAWAH PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA / KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA

JUMAAT | 14 OGOS 2026 | Malaysia Mendidik MELINDUNGI MURID BERMAKSUD MELINDUNGI GURU. 🛡️🏫Apabila kita bercakap tentang p...
14/08/2026

JUMAAT | 14 OGOS 2026 | Malaysia Mendidik

MELINDUNGI MURID BERMAKSUD MELINDUNGI GURU. 🛡️🏫

Apabila kita bercakap tentang perlindungan murid, ada guru yang mungkin tertanya-tanya:

“Kalau berlaku sesuatu kepada murid, adakah semuanya akan menjadi tanggungjawab saya?”

“Kalau saya tersalah bertindak, adakah saya p**a yang akan dipersalahkan?”

Sebab itulah prosedur yang jelas sangat penting.

Perlindungan murid bukan tentang meletakkan seluruh beban di bahu guru. Sebaliknya, kerangka dan prosedur yang jelas membantu guru memahami apa yang perlu dilakukan, kepada siapa perkara perlu dilaporkan dan bagaimana tindakan seterusnya perlu diuruskan.

Guru perlu prihatin dan mendengar apabila murid memerlukan bantuan. Tetapi guru tidak sepatutnya dibiarkan bersendirian mengendalikan sesuatu situasi yang memerlukan tindakan lanjut.

Apabila peranan setiap pihak jelas, guru tidak perlu membuat keputusan berdasarkan andaian atau bertindak di luar bidang tanggungjawab mereka.

Murid mendapat perlindungan. Guru p**a mendapat panduan dan perlindungan ketika menjalankan tanggungjawab dengan betul.

Inilah mengapa usaha mewujudkan sekolah yang selamat perlu dilihat secara menyeluruh.

Bukan sekadar bertanya, “Bagaimana kita melindungi murid?”

Tetapi juga, “Bagaimana kita memastikan guru tahu apa yang perlu dilakukan apabila seorang murid memerlukan perlindungan?”

Kerana guru yang mempunyai panduan yang jelas akan lebih yakin untuk bertindak dengan betul.

Kita mahu sekolah yang selamat untuk murid, dan pada masa yang sama sistem yang tidak membiarkan guru menghadapi situasi sukar tanpa panduan dan sokongan.

Melindungi murid dan melindungi guru bukan dua perkara yang bertentangan. Kedua-duanya perlu bergerak bersama. ❤️

JUMAAT | 14 OGOS 2026 | Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia 𝐍𝐚𝐝𝐢 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐬𝐚
14/08/2026

JUMAAT | 14 OGOS 2026 | Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia

𝐍𝐚𝐝𝐢 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐬𝐚


JUMAAT | 14 OGOS 2026 | Merdeka360 🇲🇾 Hormati Jalur Gemilang dengan mengamalkan etika yang betul sebagai tanda cinta kep...
14/08/2026

JUMAAT | 14 OGOS 2026 | Merdeka360

🇲🇾 Hormati Jalur Gemilang dengan mengamalkan etika yang betul sebagai tanda cinta kepada negara.

Bersama kita pelihara simbol kedaulatan dan maruah Malaysia. ✨





JUMAAT | 14 OGOS 2026 | Aaron Ago Dagang Jom meriahkan Fiesta Uniti  Adat 2026 bertemakan “Dinamika Adat”, anjuran Kemen...
14/08/2026

JUMAAT | 14 OGOS 2026 | Aaron Ago Dagang

Jom meriahkan Fiesta Uniti Adat 2026 bertemakan “Dinamika Adat”, anjuran Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Muzium Malaysia pada 22–23 Ogos 2026 di Muzium Adat!

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda termasuk pertandingan, persembahan kebudayaan, demonstrasi, sukan warisan rakyat, jualan dan banyak lagi.

Moh teghojah ko Muzium Adat!




13/08/2026
KHAMIS  | 13 OGOS 2026 | KELAS MEMBACAINFO KELAS MEMBACA (KECA) 📚📌 Sasaran: Kanak-kanak berumur 6–10 tahun yang belum la...
13/08/2026

KHAMIS | 13 OGOS 2026 | KELAS MEMBACA

INFO KELAS MEMBACA (KECA) 📚

📌 Sasaran: Kanak-kanak berumur 6–10 tahun yang belum lancar membaca.

🗓️ Hari: Setiap Rabu & Khamis
⏰ Masa: 3.30 petang – 4.30 petang

🎯 Objektif:
Menguasai kemahiran asas membaca.
Meningkatkan minat dan motivasi membaca.
Mengembangkan kefahaman terhadap teks.
📍 Tempat: PD PNM Kg Melayu Niyor, Kluang, Johor.





KHAMIS | 13 OGOS 2026 | JABATAN AGAMA & KAUNSELING PDRM⏰ MENEPATI MASAMasa tidak pernah menunggu sesiapa.Menepati masa i...
13/08/2026

KHAMIS | 13 OGOS 2026 | JABATAN AGAMA & KAUNSELING PDRM

⏰ MENEPATI MASA

Masa tidak pernah menunggu sesiapa.

Menepati masa ialah tanda disiplin, amanah dan rasa hormat terhadap orang lain.

Setiap minit yang dihargai membina kepercayaan, membuka peluang, dan mengundang keberkatan.

Hargai masa, kerana masa juga akan menjadi saksi kehidupan kita.

KHAMIS | 13 OGOS 2026 | Perpustakaan Negara Malaysia Busan, Korea, 12 Ogos 2026 – YBrs. Tuan Edy Irwan bin Zulkafli, Ket...
13/08/2026

KHAMIS | 13 OGOS 2026 | Perpustakaan Negara Malaysia

Busan, Korea, 12 Ogos 2026 – YBrs. Tuan Edy Irwan bin Zulkafli, Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), telah menyertai beberapa program utama bersempena dengan ‘International Federation of Library Associations and Institutions World Library and Information Congress (IFLA WLIC)’ Ke-90 yang berlangsung pada 10 hingga 13 Ogos 2026 di Busan, Korea.

Majlis Perasmian IFLA WLIC Ke-90 telah diadakan pada 10 Ogos 2026 (Isnin) di Busan Exhibition and Convention Center (BEXCO) diikuti dengan ‘Conference of Directors of National Libraries (CDNL)’ pada 11 Ogos 2026 di Signiel Busan Hotel yang dihoskan oleh National Central Library, Korea.

Bersempena dengan persidangan tersebut, YBrs. Tuan Edy Irwan turut mengadakan pertemuan dua hala dengan Puan Melissa Tam, Ketua Pegawai Eksekutif National Library Board (NLB), Singapura yang baharu. Pertemuan ini menjadi platform bagi memperkukuh hubungan profesional dan kerjasama antara PNM dengan NLB.

Antara perkara yang dibincangkan ialah penganjuran Congress of Southeast Asian Librarians (CONSAL) 2028 di Singapura. Dalam pertemuan tersebut, NLB turut menyatakan hasrat untuk mendapatkan kerjasama dan sokongan PNM bagi menjayakan persidangan berkenaan.

IFLA WLIC Ke-90 melabuhkan tirainya pada hari ini menerusi Majlis Penutup yang berlangsung dengan penuh meriah. Dalam majlis tersebut, turut diumumkan IFLA WLIC Ke-91 pada tahun 2027 akan diadakan di London, United Kingdom.

Penyertaan PNM dalam IFLA WLIC terus membuka ruang kepada pengukuhan jaringan antarabangsa, perkongsian kepakaran serta penerokaan peluang kerjasama strategik dalam bidang perpustakaan dan kepustakawanan di peringkat serantau dan antarabangsa.

KHAMIS | 13 OGOS 2026 | KEMENTERIAN DALAM NEGERIKENALI MALAYSIA KITA!Malaysia bukan sekadar tanah tempat kita berpijak, ...
13/08/2026

KHAMIS | 13 OGOS 2026 | KEMENTERIAN DALAM NEGERI

KENALI MALAYSIA KITA!

Malaysia bukan sekadar tanah tempat kita berpijak, tetapi penuh dengan sejarah, simbol dan identiti yang membentuk negara kita hari ini. ❤️🤍💙💛

Tahukah anda? Jata Negara, Bendera Malaysia, Rukun Negara, lagu kebangsaan Negaraku dan Bunga Raya masing-masing mempunyai sejarah serta makna tersendiri yang menjadi sebahagian daripada identiti Malaysia.

✨ Jom kenali dan hayati simbol-simbol kebanggaan negara kita!

Sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026, mari kita semarakkan rasa cinta kepada negara dengan mengenali sejarah, menghargai warisan dan menghayati nilai yang menyatukan kita sebagai rakyat Malaysia. 🇲🇾

KHAMIS | 13 OGOS 2026 | Jabatan Penerangan Malaysia 😊 SENYUMAN IALAH BAHASA PERPADUAN 🤝Tahukah anda? Senyuman itu mudah,...
13/08/2026

KHAMIS | 13 OGOS 2026 | Jabatan Penerangan Malaysia

😊 SENYUMAN IALAH BAHASA PERPADUAN 🤝

Tahukah anda? Senyuman itu mudah, maknanya besar, dan kesannya sangat mendalam. Dalam kepelbagaian masyarakat kita, senyuman adalah "jambatan hati" yang mampu menghubungkan kita tanpa mengira latar belakang.

📌 SENYUM KITA, MANFAAT BERSAMA:

Mewujudkan Kejiranan yang Harmoni: Mengikat silaturahim sesama jiran tetangga.

Menguatkan Toleransi & Saling Hormat: Menumbuhkan rasa hormat-menghormati dalam kehidupan seharian.

Membuka Ruang Komunikasi Positif: Memudahkan interaksi dan mesra sesama kita.

Membina Masyarakat Bersatu Padu: Asas kepada kedamaian dan keharmonian negara.

💡 FAKTA MENARIK:
• Senyuman meningkatkan keyakinan diri serta mengurangkan stres.
• Ia mewujudkan suasana positif dan mengeratkan hubungan.
• Senyuman tidak memerlukan sebarang kos, tetapi memberi impak yang sangat besar!

Jom amalkan senyuman hari ini! Sebarkan kebaikan, sebarkan senyuman. Bersatu hati, damai bersama—kerana perpaduan bermula dengan kita. ❤️








Address

Jalan Niyor 2, Kampung Melayu Niyor
Kluang

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PD Kampung Melayu Niyor, Kluang, Johor. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share