20/10/2022
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan menganjurkan Sesi Taklimat Pendaftaran Perniagaan Peringkat Nasional Siri 04/2022 sebagai salah satu aktiviti di bawah Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK) setiap bulan bermula Julai 2022 dengan kerjasama bersama pihak Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC).
Program ini bertujuan untuk memberi Penerangan Berkenaan Pendaftaran Perniagaan SSM serta turut menawarkan inisiatif Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) secara PERCUMA kepada kepada golongan sasaran iaitu usahawan B40 dan pelajar IPTA/IPTS/Kolej/Pusat Kemahiran dan sebagainya secara sepenuh masa dan mengikuti pengajian di dalam negara dan juga penerangan berkenaan Kod QRSSM BizTrust yang merupakan โBusiness Starter Kitโ kepada usahawan yang diberi secara PERCUMA.
Siapa yang wajib hadir?
- Peniaga kecil dan Penjaja (Separuh masa/ sepenuh masa)
- Peniaga atas talian dan media sosial
- Peniaga secara jualan langsung, dropshipper, agen insurans, agen penapis air dan sebagainya
- Pelajar IPT
Untuk makluman, sesi taklimat akan dijalankan secara maya dengan menggunakan platform Microsoft Team. Tuan/puan boleh menggunakan platform tersebut dengan cara berikut:
- Melalui telefon pintar peribadi (link dihantar melalui email); atau
- Melalui aplikasi Microsoft Team (apps atau website) di komputer masing-masing.
Bagi tujuan kelancaran sesi taklimat ini, berikut adalah tatacara yang perlu ditekankan sebelum sesi tersebut dijalankan:
- Pastikan kamera anda ditutup ketika sesi sedang berlangsung;
- Pastikan mikrofon anda berada dalam mode senyap/mute;
- Bagi tujuan melihat skrin penuh penceramah, mohon tuan/puan right click pada slide atau penceramah kemudian pilih butang โPinโ;
- Gunakan platform chat sekiranya ada keperluan untuk berkomunikasi atau ingin bertanyakan soalan;
- Berada ditempat yang bersesuaian; dan
- Sesi taklimat yang dijalankan akan dirakam.
Berminat?? anda perlu membuat pendaftaran kehadiran terlebih dahulu selewat-lewatnya pada 24hb 10 2022. jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi untuk saya bantu anda.
rakan digital diana
+60 11-1866 8149