AADK Daerah Kluang

AADK Daerah Kluang Sila layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.

AADK Daerah Kluang di talian 07-7733393 atau hubungi talian hotline 1-800-22-2235(AADK) atau 019-626 2233 (Whatsapp) untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan.

15/01/2026
15/01/2026

RAWATAN DAN PEMULIHAN DADAH ATAU BAHAN SECARA SUKARELA

Adakah andai tahu tentang program rawatan dan pemulihan secara sukarela?

Mari kami jelaskan.

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) amat menggalakkan orang ramai yang terjebak dengan penagihan atau penyalahgunaan dadah atau bahan secara sukarela.

Perkhidmatan ini boleh diperoleh melalui dua cara iaitu secara dalam institusi melalui Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) dan dalam komuniti di Pejabat AADK Daerah dan Pusat Rawatan Pemulihan Dalam Komuniti.

Antara kaedah kemasukan termasuklah kehadiran sukarela, rujukan pihak ketiga, atau melalui program outreach (temuseru) dengan kebenaran klien.

Perkhidmatan ini ditawarkan di beberapa PUSPEN terpilih di seluruh negara termasuk PUSPEN Sungai Besi, Kuala Lumpur PUSPEN Karangan, Kedah, PUSPEN Dengkil, Selangor dan PUSPEN Papar, Sabah serta 108 Pejabat AADK Daerah seluruh negara.

AADK sentiasa komited dalam memberi peluang kedua kepada mereka yang ingin berubah demi masa depan yang lebih baik.

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah









15/01/2026

IBU BAPA β€˜β€™SUPPORT ANAK HISAP DADAH?!

Dengar tajuk ni memang rasa macam tak percaya, kan? Tapi itulah hakikat pahitnya di zaman sekarang. Ramai mak ayah yang tahu anak mereka terjerumus dalam masalah dadah, tapi takut nak laporkan kepada pihak berkuasa.

Bukan sebab tak sayang, tapi sebab TAKUT STIGMA, TAKUT MALU, dan TAKUT ANAK DIHUKUM! Dilema ni memang selalu menyekat ibu bapa dari membantu anak. Sebab itulah mereka terpaksa diam dan seolah-olah menyokong perbuatan anak-anak itu.

Ibu ayah bukan berseorangan! Perasaan takut tu normal. Tapi, menutup mata hanya akan memburukkan keadaan anak kita. AADK bukan untuk menghukum, kami di sini untuk membantu dan merawat.

Mari kita β€˜break the cycle’ ni. Jika rakan-rakan ada dilema yang sama, jangan pendam. Hadir ke fasiliti AADK secara sukarela untuk dibantu atau hubungi hotline untuk kaunseling sulit.

Cuba komen apa nasihat positif rakan-rakan semua untuk ibubapa diluar sana.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.

πŸ“’ AKTIVITI WALKING MESSAGE KESEDARAN ANTIDADAHπŸ“† Tarikh: 13 Januari 2026 (Selasa)πŸ“ Tempat : Taman Kluang BaratAgensi Anti...
15/01/2026

πŸ“’ AKTIVITI WALKING MESSAGE KESEDARAN ANTIDADAH

πŸ“† Tarikh: 13 Januari 2026 (Selasa)
πŸ“ Tempat : Taman Kluang Barat
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kluang telah melaksanakan aktiviti Walking Message di Taman Kluang Barat pada 13 Januari 2026 sebagai usaha meningkatkan kesedaran masyarakat setempat mengenai bahaya penyalahgunaan dadah.

Aktiviti ini memberi penekanan kepada pendekatan turun padang dengan menyampaikan mesej pencegahan secara bersemuka, edaran bahan informasi serta interaksi langsung bersama penduduk bagi menggalakkan penglibatan komuniti dalam membanteras penyalahgunaan dadah.

✨ Diharapkan inisiatif ini dapat memperkukuh kesedaran awam serta menyokong pembentukan komuniti yang sihat, selamat dan bebas daripada ancaman dadah.





πŸ“˜ CERAMAH DAN PAMERAN ANTIDADAHSEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) MACHAPπŸ“† Tarikh : 15 Januari 2026 (Khamis)πŸ•₯ Masa : 10...
15/01/2026

πŸ“˜ CERAMAH DAN PAMERAN ANTIDADAH
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) MACHAP

πŸ“† Tarikh : 15 Januari 2026 (Khamis)
πŸ•₯ Masa : 10.30 pagi
πŸ“ Tempat : SJKC Machap

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kluang telah melaksanakan Ceramah dan Pameran Antidadah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Machap sebagai inisiatif pencegahan awal dalam membanteras penyalahgunaan dadah dalam kalangan murid sekolah.

Ceramah telah disampaikan oleh Puan Siti Nurasiah binti Khamis, yang memberi pendedahan berkenaan bahaya penyalahgunaan dadah, rokok dan v**e serta kesan buruknya terhadap kesihatan, pembelajaran dan masa depan generasi muda. Program ini turut disokong dengan pameran bahan pendidikan antidadah dan sesi interaksi bagi meningkatkan kefahaman serta kesedaran murid.

✨ Diharapkan program ini dapat memupuk sikap menolak pengaruh negatif, membina jati diri yang kukuh serta melahirkan generasi yang sihat, berdisiplin dan bebas daripada ancaman dadah.






πŸ“˜ CERAMAH DAN PAMERAN PENCEGAHAN PENYALAHGUNAAN V**E DAN DADAHDALAM KALANGAN REMAJAKOLEJ VOKASIONAL KLUANGπŸ“† Tarikh : 14 ...
14/01/2026

πŸ“˜ CERAMAH DAN PAMERAN PENCEGAHAN PENYALAHGUNAAN V**E DAN DADAH
DALAM KALANGAN REMAJA
KOLEJ VOKASIONAL KLUANG

πŸ“† Tarikh : 14 Januari 2026 (Rabu)
πŸ•¦ Masa : 11.30 pagi
πŸ“ Tempat : Kolej Vokasional Kluang

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kluang telah melaksanakan Ceramah dan Pameran Pencegahan Penyalahgunaan V**e dan Dadah dalam Kalangan Remaja di Kolej Vokasional Kluang pada 14 Januari 2026. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan kefahaman remaja terhadap bahaya serta kesan penyalahgunaan v**e dan dadah terhadap kesihatan, keselamatan dan masa depan mereka.

Ceramah ini telah disampaikan oleh Puan Norlizawati binti Ismail, yang berkongsi pengisian berinformasi merangkumi jenis-jenis bahan terlarang, implikasi jangka pendek dan jangka panjang penyalahgunaan, serta kepentingan membuat pilihan hidup yang sihat dan bertanggungjawab.

✨ Diharapkan program ini dapat membentuk generasi remaja yang lebih berpengetahuan, berdaya tahan dan bebas daripada ancaman penyalahgunaan dadah dan v**e.

Aktiviti yang dijalankan :
Pameran Antidadah
Walking message
Edaran Risalah
Edaran Poster

Jika anda/ rakan anda menghadapi masalah berkaitan dadah hubungi pejabat AADK Daerah Kluang di talian 07-7733393 atau hubungi talian hotline 1-800-22-2235(AADK)







πŸ“˜ KEM PENGUKUHAN PASUKANAGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN DAERAH KLUANGπŸ“† Tarikh: 9 – 10 Januari 2026 (Jumaat & Sabtu)πŸ“ Tempat:...
13/01/2026

πŸ“˜ KEM PENGUKUHAN PASUKAN
AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN DAERAH KLUANG

πŸ“† Tarikh: 9 – 10 Januari 2026 (Jumaat & Sabtu)
πŸ“ Tempat: Telok Gorek Chalet & Campsite, Tanjung Resang, Mersing

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kluang telah menganjurkan Kem Pengukuhan Pasukan pada 9 dan 10 Januari 2026 bertempat di Telok Gorek Chalet & Campsite, Tanjung Resang, Mersing. Penganjuran kem ini bertujuan untuk memperkukuhkan semangat kerja berpasukan, meningkatkan kerjasama serta komunikasi yang berkesan dalam kalangan pegawai dan kakitangan, di samping memupuk hubungan kerja yang lebih harmoni dan produktif.

Pelbagai aktiviti berteraskan pembinaan pasukan telah dilaksanakan bagi memperkasa nilai kebersamaan, saling menghormati dan komitmen bersama ke arah pencapaian objektif organisasi. Pendekatan ini diyakini dapat menyumbang kepada peningkatan motivasi serta keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Dalam majlis yang sama, warga AADK Daerah Kluang turut meraikan Haji Muhamad Faris Abdul Kadir, yang bakal bersara pilihan, sebagai tanda penghargaan dan penghormatan atas jasa, komitmen serta khidmat bakti beliau sepanjang tempoh perkhidmatan.

✨ Semoga kem ini menjadi pemangkin kepada pengukuhan kesepaduan pasukan, manakala penghargaan yang dizahirkan menjadi kenangan bermakna serta inspirasi kepada seluruh warga kerja AADK Daerah Kluang.




πŸ“Œ CERAMAH DAN PAMERAN PENCEGAHAN PENYALAHGUNAAN DADAH, ROKOK DAN V**E DALAM KALANGAN REMAJAπŸ“† Tarikh : 12 Januari 2026 (I...
13/01/2026

πŸ“Œ CERAMAH DAN PAMERAN PENCEGAHAN PENYALAHGUNAAN DADAH, ROKOK DAN V**E DALAM KALANGAN REMAJA

πŸ“† Tarikh : 12 Januari 2026 (Isnin)
πŸ•˜ Masa : 9.00 pagi
πŸ“ Tempat : Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perdana
🎀 Penceramah : Encik Jafri bin Rajab

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kluang telah melaksanakan Ceramah dan Pameran Pencegahan Penyalahgunaan Dadah, Rokok dan V**e dalam kalangan remaja di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perdana sebagai usaha memperkukuh kesedaran awal serta membentuk daya tahan diri pelajar terhadap pengaruh negatif.

Program ini bertujuan memberi pendedahan menyeluruh mengenai bahaya penyalahgunaan dadah, rokok dan v**e, termasuk kesan buruk terhadap kesihatan fizikal, mental, emosi serta implikasi sosial dan undang-undang. Ceramah yang disampaikan oleh Encik Jafri bin Rajab menekankan kepentingan membuat pilihan yang bijak, keberanian menolak ajakan negatif serta peranan pelajar dalam menjaga maruah dan masa depan diri.

Pameran yang diadakan turut menyediakan bahan maklumat interaktif bagi membantu pelajar memahami isu penyalahgunaan bahan secara lebih jelas dan berkesan.

✨ Diharapkan program ini dapat menyemai kesedaran berterusan, membina jati diri yang kukuh serta menyokong usaha melahirkan generasi remaja yang sihat, berdisiplin dan bebas daripada pengaruh dadah.

Jika anda/ rakan anda menghadapi masalah berkaitan dadah hubungi pejabat AADK Daerah Kluang di talian 07-7733393 atau hubungi talian hotline 1-800-22-2235(AADK)



**e


Address

AADK DAERAH KLUANG, ARAS 1. BANGUNAN PERSEKUTUAN KLUANG, Jalan BATU PAHAT KLUANG
Kluang
86000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6077733393

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AADK Daerah Kluang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to AADK Daerah Kluang:

Share